"Ya allah , Fiya ! . Bukan main jauh lagi kau datang erk . Kan aku dah cakap nanti resepsi aku dekat KL jelah kau datang . Tak perlu sampai ke Kedah kau kena datang . Kandungan kau tu lemah lagi ," bebel Aira apabila melihat sahaja kereta mewah milik suami Safiya memarkir di halaman rumahnya .
Safiya ketawa kecil . Risau bebenor si Aira ni . Kalah suami aku tahap caring dia .
"Awat kau ketawa pulak ni?," geram Aira bertanya . Beria aku bebelkan dia, boleh pulak ketawa .
"Tak dak aih , kau tak nak ajak kitaorang naik ke ? ," Safiya tersengih . Asyraf hanya menggeleng kepala , sorang tu risau tahap gaban yang ini buat dunno je .
"Ya allah ! Lupa . Naik , naik . Acik tolong angkat naik beg Kak Fiya ni ," pelawa Aira . Safiya dipapah naik . Safiya tersengih , baru tiga bulan preggy tak sarat lagi tapi layan dia macam esok aku nak beranak.
"Tersengih - sengih . Degil kau ni Fiya . Kang jadi apa - apa aku yang tak jadi nikah nanti ," sambung Aira apabila punggung mereka selamat didaratkan di sofa .
"Alah , aku bukan nak sangat pergi kenduri kau cuma aku rindu kampung aku ni , risau betul kau ya , takut tak jadi nikah kalau aku dekat sini ," usik Safiya . Aira tersengih .
"Sampai hati kau . Huh ,---"
"Eh Fiya , bila sampai ? ," ramah mak Aira menyapa . Safiya disalami .
"Baru je . Tak panas lagi punggung ni . Yelah , anak makcik ni sibuk je membebel," Aira menjeling .
"Asyraf mesti penatkan drive dari KL ke sini , masuklah bilik . Rehat . Kesian Fiya , lagipun baru lagi kandungan tu . Mesti cepat penat. Tak usah layan si Aira ni , masuk bilik rehat ya , nanti makcik panggil untuk makan malam," ujar mak Aira . Safiya tergelak melihat wajah cemberut Aira .
Asyraf mengangguk perlahan . Memang penatlah sebab dia je yang drive tadi , aku membuta je sebelah dia .
"Aira , tunjukkan bilik diorang . Jangan kacau diorang , Aira pergi rehat jugak. Esok nak kena hadap ramai orang , tak pepasal muka tak ada seri nanti. " sambung mak Aira lagi sebelum melangkah ke dapur kembali . Banyak perkara yang maknya perlu uruskan .
"Kau rehatlah di bilik tengah sana , kalau panas sikit maaf erk. Biasalah rumah kampung , tak ada aircond ," ujar Aira berbasi - basi .
"Ye ye aku tahu. Macamlah aku ni tak pernah datang sini . Thanks kasi kitaorang tidur sini ,"
Asyraf hanya senyap . Penat sangat , lepas dia balik office terus drive sampai Kedah . Tak sempat rehat .
"Bang , jom " lengannya aku tarik . Aira menapak ke dapur , mahu membantu maknya mungkin .
Asyraf hanya menurut . Pinggang Safiya dipeluknya . Kepala diletokkan ke atas bahu Safiya .
"Ala ala , sian suami Fiya erk . Penat. " ujar Safiya sebaik masuk sahaja ke dalam bilik . Pipi Asyraf dicium mesra .
"Sayang , jom tidur " pinggang Safiya ditarik untuk sama - sama jatuh ke atas katil .
"Terima kasih abang. Drive jauh - jauh untuk datang sini raikan majlis kahwin Aira ," bibir Asyraf dikucup sebentar . Rindu pulak nak manja - manja macam ni . Dekat KL sama - sama busy .
"Aira kawan sayang , Qayyum kawan abang . Diorang kahwin so , our friends kahwin takkan kita tak nak datang . Kedah ni apelah sangat kalau dibandingkan dengan cinta abang buat sayang ," pelukan di pinggang Safiya dieratkan . Dahi si isteri dikucup lama .
"Sayang ayah ni , nakal tak harini ?," perut Safiya diusap .
"Behave je sebab boleh tidur dengan lenanya masa datang sini ," balas Safiya sebelum tergelak . Asyraf menarik perlahan hujung hidung Safiya .
"Nakal ," ujarnya .
"Abang , tidurlah . Sayang very sure yang abang penat , so rest and get some sleep okey ? ," Safiya mula bangun dari pembaringan , mahu menolong apa yang perlu di dapur.
"No . Sayang tahukan abang tak boleh sleep kalau tak ada sayang sebelah ? ," ujar Asyraf manja . Badan Safiya ditarik untuk baring kembali .
"Fiya nak tolong mak Aira dekat dapur . Fiya dah puas tidur dalam kereta tadi ,"
"No , please . " wajah dicebikkan . Safiya mengeluh . Haih , baby besar ni mengada sungguh !
"Fine , come sleep ," kepala Asyraf diletakkan di atas dadanya .
Asyraf tersenyum . Seronok dimanjakan .
***
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...