Wajah sayup mummynya ditatap . Kenapa pulak ni ? Tengku Airien dirapatinya . "Mummy , okey ? " soalku , lembut .
"Okey , mummy cuma risau . Kalau Asy berpindah semula di rumah banglo Asy , siapa yang nak jaga makan , pakai Asy ? " luah Tengku Airien . Kalau anak terunanya kahwinkan senang . Ada orang yang boleh tengok - tengokkan .
Ketawa Asyraf meletus . Ya allah , aku ingatkan apa je . Risau sebab tak ada orang yang jaga aku ?
"Kenapa Asy , gelak ? Mummy buat lawak ke ? " soal Mummy , sebal . Orang risaukan dia , dia gelakkan kita pulak .
"Okey mummy , look . Asy memang sebelum ni duduk sorang je kan ? Bertahun - tahun Asy menetap luar negara sorang - sorang dulu , tak ada pula mummy kesah . Kenapa sekarang mummy nak risau pulak ? " terang Asyraf . Hormon perempuan ni memang cepat berubah eh ?
"Itu dulu . Sekarang lain . Sepatutnya---"
"Mummy , not now please ? Ada jodoh , Asy kahwin . Jangan risau . Okeylah , Asy gerak dulu . Mummy take care . Muah " pipi Tengku Airien diciumnya berkali - kali. Bukan tidak faham, mummynya mahu memulakan perkara yang paling sensitive baginya .
"Asy selalu macam tu . Mummy tak habis cakap lagi . " Tengku Airien mencebir bibir .
"Kirim salam dekat daddy , ya mummy . Assalamualaikum " keretanya di undur keluar sebelum menekan pedal minyak meninggalkan rumah daddynya .'Fuh , selamat ! ' bisiknya sendiri . Kalau tak memang cair tahi telinganya mendengar mummynya berceloteh tentang nikmat kahwin muda . Bukan tidak mahu , tetapi dirinya belum menjumpai wanita yang sesuai dengannya .
***
Selesai sahaja melapor diri di hospital swasta tersebut . Kakinya mula melangkah ke bahagian doktor pakar bedah. Selepas ini , dia akan berkhidmat sebagai doktor di bahagian ini . Ya , memang agak mencabar .
"Awak, Alanna Safiya ya ? Doktor baru ? " soal seseorang yang berada di belakangnya . Laju wajahnya menoleh sebelum dirinya terpaku. Ya allah , handsomenya mamat ni ! Tapi kenapa jambu semacam?
"Errr , awak ? " tegurnya lagi . Dah kenapa dengan perempuan cantik ni ? Desis lelaki tersebut .
"Haa , ya . Ya " Safiya menunduk wajah , malu . Kantoi , tenung anak teruna orang !
"Jom saya tunjuk bilik awak and kenalkan kepada nurse dan doktor yang lain " ujar lelaki tersebut. Dirinya sedikit malu melihat Safiya . Comel betul dengan pipi merah macam tu !
"Err , okay " Safiya hanya menurut . Lelaki tersebut tidak dipandangnya . Malu masih menebal .
"But , wait--- " langkah mereka terhenti . Serta merta Safiya mengangkat wajah . Kenapa pulak ni ?
" ---lupa nak introduce myself . Nama saya , Danish . Nik Danish . " sambung Danish lagi . Wajah cantik Safiya dipandang . Sebelum dirinya berdehem kecil . Tak kuat betul bila tengok muka Safiya .
Safiya mengangguk lagi . Tak ada modal nak cakap . Tak kan nak bagitahu nama aku ? Dia dah boleh ingat nama penuh aku lagi . Lagipun macam pelik je mamat ni .
Selepas selesai beramah mesra dengan jururawat di situ . Dirinya kembali ke bilik . Badan dihempas perlahan di atas kerusi . Mata meliar memandang bilik kerjanya . Boleh tahan besar juga .
Seketika ketukan pintu , menyentakkan dia dari melihat di segenap ruang bilik tersebut .
"Come in " arahnya perlahan . Terus sahaja Safiya berdiri apabila pemilik hospital tersebut masuk .
"Tuan " tegur Safiya . Tuan Saufi hanya tersenyum .
"So , Fiya okey dengan bilik ni ? Kalau tak okey , uncle boleh tukar bilik lain . " ujar Tuan Saufi . Safiya tersenyum kecil .
"Okey . But , boleh tak uncle kalau dekat hospital Fiya panggil uncle dengan gelaran Tuan ? " soal Safiya . Dirinya memang kenal benar dengan Tuan Saufi. Kawan rapat abah .
Kata Tuan Saufi , dulu abah selalu bantu dia dalam bentuk kewangan sebelum Tuan Saufi berjaya membuka hospital swasta ini . Dan kini , Tuan Saufi mahu membalas jasa abah melalui dirinya .
"Kenapa pulak macam tu ? " soalan Safiya tidak dijawabnya , malah dirinya pula menanya kembali .
"Segan lah uncle dengan nurse - nurse and doktor - doktor yang lain . Diorang semua panggil Tuan. " jawab Safiya, tersengih kelat.
"Up to you. Uncle lebih selesa bila Fiya biasakan diri panggil gelaran uncle. "
"And kalau ada apa - apa masalah. Datang jumpa uncle ya ? Good luck , be a doctor " ujar Tuan Saufi lagi sebelum melangkah keluar .
Safiya kembali duduk . Baik betul Tuan Saufi ni. Tasnya kembali diambil . Kerusi ditolak masuk ke bawah meja . Tombol pintu dipulas dan terus menguncinya.
"Dah nak balik ? " soal Danish ketika lalu didepan biliknya .
"A ah . " jawab Safiya , pendek . Sekadar berbasi - basi .
"Okey . Good luck esok " ujar Danish , bibirnya tersenyum . Terasa seperti di awan - awangan apabila berada dekat dengan doktor muda ini.
Safiya senyum paksa . " okey . Thanks . " terus dia melangkah pergi . Balik rumah , tidur lagi bagus !
________________________________
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...