"Asy, bangun Asy. Tolong mummy kejap. Lagipun matahari dah tegak atas kepala tak reti - reti nak bangun ke ? " bebel Tengku Airien. Pintu bilik anaknya diketuk - ketuk.
"Urghhh ." rungut Asyraf. Apa yang mummy nak pagi - pagi ni ? Nak membuta lama - lama sikit pun tak boleh . Buat rugi je aku balik tidur sini .
"Asyy , bangunnn " naik lenguh tangan Tengku Airien mengetuk pintu anak terunanya .
Selimut tebal milik Asyraf , ditolak kasar . Sakit hati betul , nak tidur pun tak boleh . Pintu yang dikunci , dibukanya .
"Apa my ? Bising la " rungut Asyraf . Wajah risau mummy dilihatnya. Dah kenapa ni ?
"Tolong mummy Asy ." ujar Tengku Airien.
"Tolong apa ?" soal Asyraf . Pagi - pagi buta pun dah mintak tolong , urgent sangat ke ? Jam di dinding dikerling . Pukul 12 baru .
"Tolong beli kek . Lupa ke harini nak celebrate hari jadi Aisya ? "
"Bukan ke mummy dah tempah ? " soal Asyraf malas . Masih mengantuk .
"Memang la. Tapi diorang baru call tadi , owner dia accident ." kata Tengku Airien. Tapak tangan Asyraf digapainya.
"Tolong mummy ya ? Mummy tak nak suruh orang lain . Asy bukan tak tahu adik Asy tu, cerewet orangnya . Asy kan tahu taste adik Asy macam mana ? " pujuk Tengku Airien.
"Yelah - yelah . Owner tu pun satu, masa inilah nak accidentnya . " bebel Asyraf . Rambutnya yang kusut dibetulkan .
"Tak baik cakap macam tu . Benda dah nak jadi . Dia pun tak nak jadi macam tu . Pergi cepat ya . Mummy takut tak sempat ." pesa Tengku Airien . Pintu bilik anaknya ditutup . Kaki menuju ke dapur , ingin menyiapkan persiapan yang masih belum siap.
"Haih, ada je yang nak mengacau tidur aku ." kaki Asyraf menuju ke closet . Baju tidurnya ditukar kepada t-shirt polo . Jeans hitam dipakainya . Sinki di tandas ditujunya . Ingin membasuh muka dan gosok gigi . Mandi ? Aku tak rasa sempat . Selesai membasuh muka dan gosok gigi . Rambutnya disikat .
'Okey dah handsome . Walaupun belum mandi . Tak tuang tak tuang .' bisiknya sendiri .
Kunci kereta BMW I8 dan beg dompetnya diambil . Laju kakinya keluar dari bilik .
******
Kereta mewahnya diparkir dihadapan kedai kek yang berhampiran dengan officenya . Kereta dilock . Rambut dikemaskan sekali lagi .Pintu kaca ditolaknya. Kakinya menuju ke kaunter . Kek - kek yang disusun diatas rak , dipandangnya . Hm, semua nampak menarik .
"Cari kek apa ya Encik ?" soal pekerja yang menjaga kaunter .
"Hm, red velvet ada ? " tanya Asyraf . Pekerja yang bertanya dipandang sekilas . Eh , minah ni ? Biar betul ?
"Ada. Ada lagi dua je . Yang lain dah sold out " ujar Safiya tenang . Wajah lelaki bongkak dipandang sekilas . Mulanya agak terkejut, tapi bila ingatkan si mamat ni customer , buat - buat tak kenal je la .
"Kau ? Kan aku dah cakap daddy sugar kau dah bankrupt , sebab itu kau jadi pekerja kat sinikan ? " bidas Asyraf. Terus lupa tentang kek . Buat hal betul .
"Ehem ." Safiya berdehem sedikit . Ingin menahan amarah .
"Kalau Encik nak cari gaduh, tak ada kat sini ya. Kat sini cuma ada kek sahaja , harap maklum " Safiya tersenyum , mengejek .
"Aku tak jadi beli kat sini . Muntah adik aku , makan kek kau nanti . " bidas Asyraf lagi . Mati moodnya melihat gadis tersebut . Terus kaki diatur keluar dari kedai kek ini .
Safiya mendengus . Dia yang cari pasal , dia yang panas . Aku tak faham betul dengan mamat bongkak ni .
"Kenapa tu Alanna ? " soal Raihan . Nampak tegang suansana dikaunter tadi .
"Entah . Mamat tu gila kot ." ujar Safiya selamba.
"Muka punya hensem kau kata gila? Mata kau dah rabun ke ?"
"Hensem, otak kat lulut tak ada guna juga, Rai " tangannya lincah mengelap meja .
"Kenapa pulak ? " soal Raihan tidak berpuas hati .
"Tak ada apa . Kau dah tak ada kerja ke ? " perli Safiya . Raihan yang tergamam , dibiarkan . Tak ada mood nak bahas fasal mamat tak cukup akal tu .
![](https://img.wattpad.com/cover/124260091-288-k558721.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
Chick-LitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...