How It Be

8K 570 69
                                        

Pagi yang ind- tak berapa indah . Aku bangun dari baring seraya menggeliat , meregangkan segala urat - urat aku yang ada untuk turut bangun bersama aku . Setelah berpuas hati , kaki aku turunkan lalu aku pakai kasut sarung aku yang sangat comel iaitu , arnab . Aku sukakan arnab sebab .. aku minat . Okay .

Pintu bilik aku buka kemudian kepala aku jengulkan ke luar . Kosong , sunyi dan sepi . Suasana rumah masih hening jadi terus aku keluar dari bilik dan turun ke bawah . Aku terus menuju ke sliding door di mana aku boleh terus ke taman belakang rumah .

Rumput yang dipotong rata membuatkan mata aku sedap untuk memandangnya . Aku mula memejamkan mata dan melakukan beberapa senaman ringan . Rutin aku setiap pagi sebelum aku sediakan sarapan .

" Yeontan-ah , selamat pagi . " ucapku pada anjing belaan suami tanpa sangka aku . Ya suami tanpa sangka sebab aku tak sangka pun yang aku kahwin dengan dia sebulan yang lepas . Seketika kepala aku mulai mengigati saat - saat dimana aku telah menjadi isteri kepada suami tanpa sangka aku pada masa itu .

Cerita dia macam ni . Pada 12 Oktober 2017 , aku hanya duduk di rumah memandangkan pada hari itu aku sedang bercuti dan duduk sahaja di rumah tanpa berbuat apa . Hanya niat ingin merehatkan diri . Namun niat aku tak kesampaian saat abang aku , Park Jimin mengajakku untuk menemannya ke perkahwinan rakan baiknya .

Pada mulanya aku tolak mentah - mentah tapi bila dia bagi alasan yang Aehyun , kakak ipar aku tak dapat pergi jadi aku hanya ikutkan sahaja . Dia juga ada menyuruhku memakai baju milik Aehyun Unnie yang ditempah iaitu sehelai gaun labuh bewarna putih .

Memandangkan Aehyun Unnie tak pergi , Jimin siruh aku saja yang memakainya . Tanpa membantah aku pakaikan gaun tersebut pada tubuh aku . Nasib muat sebab saiz badan aku dengan Aehyun unnie tak adalah jauh beza . Solekan dikenakan sedikit dan rambut aku yang lurus paras siku dibiarkan lepas .

Aku hanya ikut abang aku pergi ke majkis tersebut yang diadakan di sebuah taman yang luas dan dihiasi dengan perhiasan berwarna putih dan merah hati . Cantik . Dan yang membuatkan aku berasa tak selesa apabila hanya aku seorang sahaja yang memakai gaun berwarna putih .

Ada lah dua tiga orang , tapi gaun diorang mempunyai corak atau hiasan yang berearna selain dari putih . Tapi aku ? Dari atas sampai ke bawah putih . Tak pasal - pasal orang ingat aku ni pengantin perempuan . Abang aku pula memakai tuxedo hitam sama seperti rakannya yang lain . Tapi aku hanya endahkan . Orang lain kahwin , bukannya aku .

Aku hanya ikut langkah Jimin yang mengambil tempat paling depan dan ada juga rakan dia yang lain . Maklumlah abang aku ni bukan ada kawan seorang tapi berorang - orang . Tu satu masalah yang membuatkan aku malu tak tentu fasal .

" Tak ada tempat lain ke nak duduk . Kawan kau ramai lah . Aku je perempuan . " komenku di tepi telinga Jimin . Namun apa yang aku dapat hanya muka selambanya . Aku menghembus nafas kasar . Tak guna punya abang .

" Hai Jiyeon . Lama tak nampak . " tegur salah seorang dari kawan abang aku , Jeon Jungkook . Salah satu sebab kenapa aku suka juga lah dengan kawan - kawan abang aku , semuanya hensem dan menyengat . Kalau aku ni perempuan gatal , aku dah kauk semua . Tapi kesian , semua dah berpunya . Dan kebanyakannya readerslah teman wanita diorang .

" Hai Jungkook . Lama juga tak nampak awak . " balasku . Kami berdua berbalas senyuman sebelum Jungkook mengalihkan pandangannya . Aku memandang sekeliling . Dah makin ramai orang yang datang . Aku pandang pula pengantin lelaki yang ada di bahagian tepi pentas .

Kim Taehyung . Dialah salah seorang kawan abang aku yang paling aku kurang suka . Sebab dia suka buat tak endah bila aku cuba berborak dengan dia . Mula - mula aku dah cop dia lelaki sombong tapi bila abang aku kata yang dia hanya akan jadi ' diri dia ' bila dia dengan kawan dia sahaja .

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang