Tomorrow is my birthday, Alhamdulillah saya dah 19😂❤️
Aku berjalan keluar dari mahkamah setelah bersurai. Dan kini, aku bukan lagi isteri kepada Taehyung. Eomma dengan appa sempat jumpa aku sebelum diorang balik. Disebabkan eomma menangis, aku pun terikut menangis sekali.
"Eomma harap bila Jiyeon dah lahirkan anak, Jiyeon sudi benarkan appa dengan eomma melawat cucu kami."
"Eomma dengan appa datanglah bila-bila. Jiyeon berbesar hati sangat kalau eomma dengan appa datang melawat." Aku tersenyum sambil menangis. Mereka berdua memeluk aku erat.
"Jaga diri." Aku mengangguk. Eomma appa mula menjauh. Jimin memeluk bahu aku. Dan mata aku terarah pada Taehyung yang tengah bercakap dengan seseorang dalam telefon.
"Jimin, aku nak jumpa Taehyung kejap."
Jimin mengangguk. Aku berjalan ke arah Taehyung bersama beg kertas kecil di tangan. Aku tarik lengan bajunya dan Taehyung berkalih. Aku ukir senyuman nipis.
"Nah." Aku hulur beg tersebut padanya dan Taehyung menerimanya.
"Hadiah untuk birthday awak yang saya dah lama tempah. Tapi keadaan berubah jadi saya bagi harini." Ujarku dan Taehyung mengangguk.
Jam tu aku memang dah lama tempah. Dan designnya hanya satu sahaja iaitu khas untuk Taehyung sebab aku yang design jam tu. Jadi takde jual dekat mana-mana.
"Saya nak minta maaf kalau selama menjadi isteri awak, saya banyak kekurangan." Suara aku mula bergetar. Aku menunduk. Taehyung hanya diam. Dia taknak cakap apa-apa ke dekat aku?
Disebabkan situasi terlalu dingin jadi aku nak minta dia buat satu permintaan terakhir untuk aku. Nak dia sentuh perut aku dan biar Eunchae tahu kehadiran dia buat kali terakhir pun jadilah.
"Say—"
"Aku kena pergi. Sorry." Dan Taehyung berjalan jauh dari aku. Aku menggigit bibir. Aku cuba menahan air mata dan berjalan ke arah Jimin semula. Terus aku ajaknya ke kereta dan balik rumah.
"Jiyeon, makan tengahari dulu baru rehat." Aku menggeleng.
"Aku takde selera." Dan aku memanjat tangga. Pintu bilik aku tutup dan aku berjalan ke katil. Cincin kahwin yang tersarung di jari manis, aku cabut. Rantai dileher aku buka dan aku sangkut cincin disitu dan dipakai semula.
Cincin yang kini tergantung di leher aku sentuh. Kim Taehyung, you're my first and last. I will never not think about you. Dalam kepala saya cuma ada awak. Aku tersenyum nipis. Aku bangun dan berdiri di hadapan cermin.
Kim Jiyeon, aku takkan tukar surname aku. Sebab aku berbangga aku merupakan isteri Taehyung suatu masa dulu.
"Bayang awak tak akan ada dalam mata saya lagi Taehyung. Pagi tadi merupakan bayang terakhir awak dalam mata saya."
Dan aku takkan nampak bayang aku dalam mata Taehyung lagi. Pagi tadi merupakan yang terakhir. Walaupun hanya sekejap aku dapat tengok bayang aku dalam mata Taehyung, tapi ianya amat berharga.
"We can do it baby."
Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur. Turut serta Jimin dengan kak Aehyun makan tengahari. Sedang aku berborak dengan mereka berdua, telefon aku berdering. Dan aku tak sangka Sooji telefon aku.
Aku ke ruang tamu dan mengangkat panggilannya.
"Hello Sooji, ada apa telefon saya?"
"Jiyeon kenapa awak tak terus terang dengan saya?" Dahi aku berkerut.
ANDA SEDANG MEMBACA
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...
![[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]](https://img.wattpad.com/cover/129041101-64-k833835.jpg)