Lee Sooji

1.2K 220 188
                                    

Meroyan betul korang eh dekat chapter lepas😂 btw, sediakan tisu.

3 days later.

Aku menunggu di sebuah kafe berdekatan dengan hospital selepas sahaja buat checkup tadi. Tiga hari lepas aku ada minta nombor PA Taehyung dekat Kayla dan aku ajak dia berjumpa harini. Dan dia tak tahu yang aku isteri Taehyung.

Aku dah bagitahu dia yang aku tunggu dekat dalam kafe. Pakai gaun mengandung warna hitam. Aku menunggu dan hampir 10 minit, datang seorang perempuan berdiri di hadapan aku.

"Park Jiyeon?" Aku memandangnya.

"Lee Sooji?" Dia tersenyum dan duduk di hadapan aku. Sedikit-sebanyak aku cemburu. Dia nampak cantik dari aku. Bergaya. Aku menghulurkan tangan dan bersalam dengannya.

"Maaf lambat."

"Takpe, orderlah air dulu." Sooji mengangguk dan memesan airnya. Setelah waiter tersebut pergi, dia memandang ke arah aku. Dan matanya terarah pada perut aku.

"Wah, dah berapa bulan?"

"Tujuh bulan dah." Dia mengangguk sambil tersenyum.

"Patutlah ramai orang suka awak, awak cantik." Pujiku ikhlas. Sooji tersenyum sambil menggeleng. Aku menegakkan badan dan menyusun ayat.

"Awak bercinta dengan Ceo Kim Group eh? Saya tengok dah banyak berita tu tersebar." Aku memulakan perbualan. Sooji mengangguk.

"Uhm saya pun tak sangka benda ni boleh tersebar sampai macamni." Aku teringat waktu aku dengan Taehyung berkahwin, takde pun mana-mana berita keluar. Dan aku pasti orang dekat pejabat anggap Taehyung dah ceraikan aku.

"Bila awak mula kenal dia? Okay ke berkawan dengan dia?" Soalku.

"Okay. Kitorang berkenal dalam lima bulan lepas. Waktu tu dia baru balik dari Maldives katanya. Ada bisnes. Saya pula tengah nak cari kerja." Aku tersenyum sambil mengangguk. Dalam hati, aku tak percaya sebenarnya itu adalah Taehyung.

"Lepastu macam mana boleh bercinta?"

"Ada satu hari tu, saya pergi kelab. Terjumpa dengan dia. Dia nampak tak terurus, mabuk. Saya nak temankan dia tapi kitorang terlanjur tanpa sedar." Aku mengangguk faham. Dan aku rasa benda ni berlaku waktu Jiho bawa aku pergi.

"Lepastu kejadian malamtu, kitorang tak berjumpa. Tapi bulan lepas saya dapat tahu saya mengandung. Sebabtu saya cari dia."

"Dia nak bertanggungjawab?" Sooji mengangguk. Wah bagusnya ada lelaki yang bertanggungjawab macam dia. Untung Sooji.

"Sekarang kerap juga saya tidur rumah dia. Dia cakap dia risaukan kesihatan saya sebab saya tinggal seorang." Aku ketawa sinis perlahan.

Awak bawa dia masuk rumah kita Taehyung?

"Untunglah awak dapat dia. Susah betul nak cari lelaki macamtu. Dah la bertanggungjawab, sweet pula tu." Aku hanya mampu mengukir senyuman palsu.

"Itulah. Tapi awak pernah kenal Taehyung ke?" Soalnya.

"Kawan sekolah. Saya pun pernah kerja dekat syarikat dia. Tapi berhenti lepas saya mengandung. Saya dah tak kerja." Aku mereka cerita. Sooji mengangguk faham.

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now