"Jiyeon terima kasih tumpangkan saya dekat rumah awak dua hari tau . Thank you sangat - sangat." Ucap Eunhwa tak henti dari tadi membuatkan aku hanya tersenyum . Setakat tumpangkan dia dua hari dekat rumah apalah sangat kan ?
" Tak ada hal lah Eunhwa , awak kawan saya jadi saya tolong lah awak . Jangan risau , " ujarku cuba untuk tenangkan dia . Bukan apa sebab bila dia dah duduk dengan keluarga dia , keselamatan dia boleh terancam sebab lelaki psiko tu tahu rumah dia.
" Saya nak minta maaf dengan awak . Saya tak tahu masa depan saya Yeon , mana tahu saya per— "
" Eunhwa jangan lah cakap benda tak elok . Keluarga awak dah bekerjasama dengan polis kan ? Awak jangan risau sangat . Apa - apa awak telefon je saya . " terus tubuhnya aku peluk . Eunhwa cepat gemuruh dan jiwa dia selalu tak tenang semenjak dia kena simpan dengan Jiho .
" Saya balik dulu , awak pergi masuk . " ujarku dan Eunhwa mengangguk . Perlahan - lahan pintu rumahnya ditutup . Aku terus melangkah ke arah Taehyung yang sedang bersandar pada kereta .
" Jom balik , " ajakku namun Taehyung menggeleng . Kening aku terangkat .
" Harini hari bekerja sayang , kau masuk office harini . " terus aku mencebik . Baru ingat nak berendam dalam air sabun . Taehyung ni kacau betul . Mentang - mentang aku bersiap elok terus dia ajak masuk pejabat .
" Tak payah nak buat muka macamtu , dah berapa lama kau tak masuk pejabat ? Jangan nak mengelat . Jom , " eiiiiiii geramnya aku ! Terus sahaja aku loloskan diri ke dalam kereta . Potong mood nak berendam betul .
" Okaylah tu masuk half day . Bukan banyak kerja sangat . " pujuk Taehyung dan aku hanya diam . Memanglah tak banyak kerja , tapi aku malas nak masuk pejabat . Lagi-lagi Taehyung ni dekat pejabat dia ingat kerja je sampai aku ajak makan tengahari pun taknak ikut. Sayang sangat kerja dia sampai bini ajak makan pun taknak.
"Malamni kita stay pejabat." Aku terus berpaling memandang wajah Taehyung dengan pandangan tak percaya. Nak buat apa pula stay dekat pejabat sampai malam? Nak buli aku buat kerja sampai malam sebab masuk lambat ke apa dia ni? Taehyung tersenyum sebelum memandang aku sekilas.
"Ada benda nak bagi. Bukan suruh kau buat kerja lah." Aku mengeluh lega namun tetap ragu-ragu dengan jawapan Taehyung. Namun aku biarkan dan hanya diam sampailah kami tiba dipejabat. Taehyung turunkan aku di depan pintu lobi pejabat manakala dia, terlebih dahulu parkir kereta di parking lot.
"Good Morning Ms.Kim." Tegur seorang pekerja wanita disitu sambil tersenyum. Aku turut tersenyum namun selepas beberapa saat senyuman aku hilang. Aku pandang wajahnya yang dari tadi asyik tersenyum memandang aku. Terus aku mendekat dan tangannya aku tarik.
"Mana awak tahu surname saya Kim? Saya tak pernah bagitahu pun." Bisikku ditelinganya sebelum dibalas dengan ketawa kecil. Bahu aku ditepuk perlahan.
"Semua orang tahu. Encik Taehyung tu layan bini dia dekat office bukan macam PA sampai semua orang syak sendiri. Saya tahu sebab nampak akak selalu keluar dari kereta dia setiap hari." Aku melepaskan keluh. Kalau semua orang dah tahu buat apa aku nak simpan lagi?
"Betul ke? Semua orang tahu? Ke awak tipu akak ni?" Soalku lagi.
"Tak, kalau tak percaya pergi tanya Makcik Seol." Aih kalau dia suruh aku tanya Makcik Seol yang bekerja sebagai cleaner tu maksudnya memang dah sampai ke telinga semua orang lah pasal ni. Aku mengeluh sebelum angguk. Buat biasa sudah lah. Orang tak cakap aku tak cakap, kalau diorang tanya aku jawablah benda betul kan?
Aku masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat di mana pejabat Taehyung dan bilik PA aku terletak. Sebaik sahaja tiba di situ, aku terdengar jeritan riuh-rendah dari dalam bilik Taehyung. Ianya suara seorang perempuan. Aku buka sedikit pintu bilik Taehyung.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...