Jaemin, Bracelet

1.4K 228 146
                                        

Ada lagi dua part je guys, baik minta maaf dengan Taehyung kalau taknak menangis sebab serbasalah yang menggunung.


28 Januari 2020

Aku tersengih tengok Jihyun tak berhenti sentuh adik dia yang dalam dukungan Kak Aehyun. Syukur, harini Jaemin selamat dilahirkan lepas subuh tadi. Jungkook yang baru keluar dari tandas, duduk sebelah aku dan tangannya dihulur.

Minta Eunchae la tu.

Aku menghulur Eunchae padanya dan Jungkook tersengih. Nasib baiklah anak aku jenis nak dengan orang. Mana taknya, waktu hari pertama dia lahir pun entah berapa tangan yang dukung. Tak menangis pula tu.

"Bila balik Busan?"

"Seminggu lagi. Kak Aehyun tinggal rumah eomma dia seminggu. Saya pula nak jumpa eomma appa Taehyung. Mungkin bermalam tiga hari je dekat sana." Jungkook mengangguk faham.

"Hi!!" Kami memandang ke arah pintu wad bila ianya terbuka luas. Aku tergamam sebenarnya. Ada Kayla, ada Iseul dan ada Taehyung. Diorang paksa Taehyung datang ke apa budak dua orang ni?

"Kami bawa Encik Taehyung datang melawat waktu rehat!" Iseul menarik lengan Taehyung masuk ke dalam dan berdiri di sebelah katil Kak Aehyun. Kayla pula ambil kesempatan yang ada iaitu dukung Jihyun.

"Hi, abang Jimin. Lama tak nampak." Aku menahan ketawa bila terdengar perkataan abang keluar dari mulut Kayla. Pft tak kena langsung nak panggil Jimin, abang.

"Wahhh, comel betul adik Jihyun. Macam muka kak Aehyun macam buka abang Jimin. Hensem dan cantik dalam masa yang sama." Puji Iseul. Dia memandang Taehyung.

"Encik Taehyung taknak dukung?" Tanpa menunggu jawapan dari Taehyung, Iseul terlebih dahulu mengambil Jaemin dan terus diserahkan pada Taehyung.

"Taehyung, sinilah duduk." Ajak Jungkook.

"Iseul nah." Jaemin diberikan semula dan Taehyung berjalan perlahan-perlahan menuju ke tempat kosong sebelah Jungkook. Aku pula bangun, mendekati Kayla dan Iseul sebelum melompat sakan.

"Jiyeon, kau tu dah la berpantang sekejap je betul-betulnya. Harini nak melompat pula. Duduk diam." Aku mencebik bila Jimin menegur. Iyelah waktu berpantang, siapa yang jaga aku kalau bukan Kak Aehyun dengan Jimin.

Tapi singkat je masa sebab Kak Aehyun nak bersalin tak lama lepas aku berpantang untuk masa yang singkat tu. Ada la sekejap-sekejap Jimin upah orang datang uruskan aku sebab dia tak reti. Maklumlah, kak Aehyun berpantang eomma dia yang jaga.

"Aku dah sihat. Nanti balik Busan aku pantang la balik." Jimin menggeleng perlahan.

"Jiyeon."

"Ya kak."

"Okay ke?" Aku mengangguk perlahan. Okay je, kalau tak tengok Taehyung aku okay je. Tapi telinga aku tak okay sebab asyik dengar Jungkook berborak dengan Taehyung.

"Kau taknak ke dukung dia? Dukunglah. Dia dah besar sikit ni, selamat." Apa yang selamatnya Jeon Jungkook? Taehyung bukan taknak dukung anak dia sebab takut pegang budak baru lahir tapi dia memang taknak la.

Aku berkalih dengan niat nak ambil Eunchae dari Jungkook tapi langkah aku terhenti bila Eunchae selamat dalam dukungan Taehyung. Aku berkalih memandang Jimin.

"Jimin. Tengokkan Eunchae, aku nak turun kejap."

"Jangan lama-lama."

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang