" Jiyeon , "
Aku mengangkat kepala saat mendengar nama aku dipanggil seseorang . Namun aku tundukkan semula saat melihat orang yang memanggil namaku tadi . Kedengaran dia menghela keluhan berat .
Derapan kaki berbunyi saat dia melangkah ke sisi aku , tangannya naik menekan punat off pada monitor berjenama apple dihadapanku . Kertas kerja aku juga ditutupnya lalu tangan kananku ditarik agar aku bangun dari duduk .
" Awak nak ap— "
" Jom lunch " aku terdiam . Inilah Taehyung , suami aku yang akan berkelakuan pelik . Sekejap dia okay dan sekejap tidak . Macam tadi pagi semasa didalam lif , dia dingin dan sekarang mengajakku keluar makan tengahari pula ?
" Takna— "
" Jomlah makan , lapar ni . " ujarnya lagi lalu beg tanganku di bahagian bawah meja terus dicapainya lalu Taehyung menarik tanganku ke lif . Aku mengeluh sebelum mengambil beg tanganku yang sedang dipegangnya .
" Awak , saya tak faham lah dengan awak ni . Sekejap oka— "
" Aku ajak kau makan je , takkan itu pun susah ? Baik salah , tak baik pun salah . Semua salah . Sudahlah tak balik rumah semalam . Kau tahu tak aku tunggu sampai pukul tiga pagi ? Telefon taknak angkat , mesej taknak baca . Baik tak payah ada telefon . "
Ssupp !
Aku yang terkena ceramah dia . Kan , siapa suruh dia berperangai pelik . Sekejap okay sekejap tak . Ikut angin dia je . Tup tup semalam tunggu aku balik . Hmm memang taklah nak balik lepas apa yang dia dah buat dekat aku .
" Manalah saya tahu awak tunggu saya sampai tiga pagi . " ujarku sambil memandang kaki . Beberapa saat kemudian terasa lenganku ditarik dan baru aku sedar yang lif dah terbuka .
" Mestilah aku tunggu . Sampai tiga pagi kau tak balik . Kalau ye pun nak merajuk dengan aku jangan lah sampai tak bagitahu . Sekurang - kurangnya bagitahu yang kau ada dekat mana . Kalau ada apa - apa terjadi kan sen— "
" Okay Taehyung okay . Maaf , salah saya semalam sebab tak angkat telefon , tak balas mesej . Lepasni kalau saya buat lagi , saya bagitahu awak . " potongku sambil memandangnya . Taehyung turut memandangku sebelum mengeluh lega .
" Ada niat nak buat lagi ? "
" Kalau dah awak buat saya terasa lagi , saya buat la lagi . " jawabku selamba tanpa memandangnya . Dan tanpa diduga , mataku terus membuntang saat terasa ada tangan yang melingkar di pinggang aku dan tubuhku ditarik supaya rapat dengannya .
" Kalau aku buat macam ni , kau ada niat nak ulang benda semalam tak ? " soalnya dengan nada yang sangat seksi . Ya Tuhan , rasa macam nak luruh jantung aku saat ni . Terbuka sahaja lif , terus aku menepis tangannya dari pinggang aku . Kalau orang nampak ni , tak naya ke .
Aku berjalan di belakang Taehyung bagi mengelakkan orang yang bekerja disini berfikir tentang hubungan aku dengan Taehyung . Aku memandang sekeliling dan mataku bertembung dengan mata Appa .
Dia tersenyum memandang aku dan aku mengukirkan senyuman kekok . Appa tahu yang aku cuba sembunyikan status aku dengan Taehyung . Aku membawa jari telunjukku ke bibir tanda teruskan menyimpan rahsia dan Appa ketawa besar sebelum mengangguk .
Aku menghela nafas lega . Orang yang tahu status aku sebagai isteri Taehyung hanyalah orang atasan iaitu rakan - rakan Appa . Selebihnya ada yang tahu ada yang tak . Sehinggalah sampai di parkir , kami berdua masuk ke dalam kereta dan terus menuju ke restoran yang tak jauh dari syarikat kami bekerja .
" Balik nanti buatkan kek lagi tau ? Semalam member aku datang rumah termasuk Jimin . Aku hidang kek tu sebab tak ada makanan lain dah . Even sebenarnya aku tak nak kongsi kek tu dengan orang lain kecuali kau tapi terpaksa juga . Balik ni buat okay ? " ujarnya sambil memotong stik .
ANDA SEDANG MEMBACA
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
Storie d'amoreOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...
![[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]](https://img.wattpad.com/cover/129041101-64-k833835.jpg)