Leesa

1.9K 208 53
                                    

Aku kerling jam dan dah hampir 6.30 petang. Baik aku masak makan malam. Aku tinggalkan Taehyung dan bergerak ke dapur untuk masak. Aku berkalih saat terasa seperti diikut. Rupanya Taehyung ikut masuk dapur sekali.

"Nak tolong saya masak ke?" Taehyung mengangguk dan aku tersengih. Taehyung tak pernah biar aku masak sendiri walaupun hakikatnya dia tak pandai masak. Kalau dulu asyik kena duduk atas kaunter dapur tapi sekarang dah ada improvements sikit dah.

"Masak kari ayam je harini boleh? Dengan telur gulung." Soalku sambil membuka peti sejuk.

"Masak je la apa pun sayang. Aku tak pernah tak makan apa yang kau masak. Semua aku telan." Aku tersenyum dan mengambil ayam yang dah siap potong kiub dalam peti. Harini aku masak coconut curry chicken.

"Awak, tolong potong ubi ni. Potong kiub tau. Nah." Ujarku sambil meletakkan ubi kentang yang dah basuh ke dalam bekas tapis. Taehyung angguk dan berdiri di sebelah aku. Papan pemotong dan pisau aku tempatkan di depan Taehyung.

"Kulit ubi ni awak kupas, buang je dalam sinki dulu. Dah habis baru buang dalam tong sampah tau. Saya nak potong carrot." Taehyung bergerak ke sinki dan kulit ubi tersebut diasah. Selepas diasah sekali, matanya memandang aku.

Aku tersenyum sehingga ke telinga.

"Jangan luka tangan ya sayang." Pesanku dan bergerak ke sinki sebelah dapur memasak pula. Aku lebih suka buat kerja dekat sebelah dapur sebab kaunter jauh sikit. Tapi takpelah, Taehyung ada situ.

"Nak kiub besar ke kecil." Aku berkalih dan mendekat. Aku ambil sebiji dan aku demo padanya. Aku memerhati Taehyung potong ubi tersebut dan mengangguk. Aku bergerak semula ke tempat aku. Ayam dah dibasuh, bawang dah siap dipotong serta carrot.

Aku bergerak ke laci yang aku simpan segala jenis serbuk untuk memasak. Aku pilih serbuk coconut curry serta satu paket kecil serbuk cheese sebab nak bagi lagi sedap. Aku bergerak ke arah Taehyung. Dah hampir siap.

"Aku nak cuba masak boleh?" Aku mengangguk. Periuk yang dah ada atas dapur, aku panaskan. Aku hulur botol minyak pada Taehyung. Sambil dia menuang, aku pegang tangannya takut terlebih tuang.

Dah panas minyak, aku tuang pula bawang yang aku dah siap potong, Taehyung pula jadi tukang kacau. Dah naik bau aku masukkan carrot. Dan bahan kedua yang terakhir ialah ayam dan ubi kentang. Aku tahan air dan tuang bila ayam dah separuh masak.

Aku gunting paket serbuk kari dan beri pada Taehyung. Dia tuang ke dalam periuk dan dikacau rata. Aku bagi pula paket serbuk cheese dan Taehyung buat benda yang sama. Sehinggalah dah sebati, aku tutup periuk untuk biar dia masak sepenuhnya.

"Come, buat telur gulung." Aku tarik lengan Taehyung mendekat ke kaunter. Untuk masak yang ringan-ringan aku lebih suka guna dapur kecil yang dekat kaunter. 3 biji telur yang aku dah siap basuh, aku hulur satu-persatu manakala Taehyung pecahkan. Disebabkan telur gulung agak susah jadi aku yang masak dan aku minta tolong Taehyung tanak nasi.

Siap hidang telur, aku keluarkan kimchi dari peti dan alih sedikit ke dalam piring. Aku buka penutup periuk dan nampaknya kari yang kami masak dah siap. Aku angkat periuk dan hidang di atas meja.

Its biasa kan orang Korea akan jenis angkut periuk letak atas meja terus an an?

Ding dong!

Aku berkalih memandang depan. Siapa yang datang rumah dah nak malam ni? Jimin baru je datang semalam. Takkan dia nak datang harini?

"Awak rasa siapa?"

"Jom tengok."

Aku mengikut langkah Taehyung menuju ke pintu utama rumah. Dan saat dibuka, kami berdua kaku di hadapan pintu melihat tetamu yang tak disangka akan muncul.

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now