Disappointed

4.5K 501 50
                                    

Aku menapak masuk ke dalam syarikat milik bapa mertuaku , merangkap bapa kepada Taehyung . Aku memandang sekeliling . Aku tak tahu nak ke mana . Apa yang aku tahu , aku akan jadi Personal Assistant kepada Taehyung , itu sahaja . Tak pula aku diberitahu harus rujuk dengan siapa , naik ke tingkat berapa dan lain - lain jenis arahan lagi .

" Jiyeon ? " panggilan dari seseorang membuatkan aku mengalihkan padanganku terhadapnya . Setelah mengenal pasti siapakah yang menegurku tadi , terus aku menunduk hormat .

" Kenapa tak datang dengan Tae ? Tapi bukan ke kamu mula kerja esok ? " soal appa Taehyung sambil mengajakku berjalan ke arah lif . Aku hanya tersenyum kelat . Entah jawapan apa patut aku beritahu pada appa .

" Uhm , Yeon yang nak datang sendiri . Kalau ikut memang kerja esok , tapi Yeon tak buat apa pun dekat rumah . Baik datang harini . " jawabku setelah dapat memikirkan alasan yang paling bernas sekali walaupun terpaksa selitkan pembohongan .

" Baguslah kalau macam tu . Bilik kamu sebagai PA Taehyung dekat tingkat 12 , ada bilik dia , bilik kamu demgan bilik mesyuarat jabatan . Bilik appa , dekat atas . " beritahu appa dan aku mengangguk faham . Nasib baik dalam lif tak ada orang lain . Kalau ada , mesti orang tahu aku ni menantu dia , isteri Taehyung .

Sudahlah lelaki itu awal - awal lagi memberitahunya agar tidak mendedahkan identiti mereka .

" Kalau Yeon nak apa - apa minta dekat Iseul , dia penjaga kaunter dekat tingkat pejabat Taehyung . Nae ? " pesan appa sambil jari telunjuk kanannya menekan punat ' < > ' agar lif terbuka memandangkan aku sudah berada di tingkat 12 .

" Nae , terima kasih appa . " ucapku sebelum menunduk hormat lalu keluar dari lif . Aku berjalan menuju ke arah Iseul yang sempat ditunjukkan oleh appa tadi . Dia memandang aku lalu bibirnya mengukirkan senyuman yang manis . Aku membalas .

" Cik Jiyeon ? " soalnya . Aku tersenyum hambar . Saya ' puan ' kalau nak diikutkan . Namun aku hanya mengiyakan sahaja soalannya dengan anggukan . Dia tersenyum lalu membawa aku ke sebuah bilik sederhana besar . Berhadapan dengan bilik ini pula ada bilik yang berpintu berwarna hitam .

" Ini bilik Cik Jiyeon , dan ini bilik Tuan Taehyung . Yang sebelah sana bilik mesyuarat jabatan . Dekat sudut tu pula pantri . Kalau ada apa - apa Cik Jiyeon boleh maklumkan pada saya . " ucapnya sambil tersenyum sebelum badannya ditundukkan sedikit . Aku mengangguk lalu mengucapkan terima kasih .

Pintu bilik lutsinar dihadapanku , aku buka . Bilik yang sangat cantik dan tidak kelihatan untuk ditempatkat seorang pembantu peribadi . Sebab terlampau cantik . Dindingnya yang bercorakkan bunga - bunga hitam manakala dindingnya pula berwarna coklat .

Sesuai dengan dekorasi pintu bilik Taehyung , kawasan di kaunter Iseul berada dan juga bilik mesyuarat termasuklah bilik ini . Bilik ini mempunyai dua tempat duduk , secara berhadapan . Mungkin aku ada rakan kerja . Aku duduk di kerusi yang mejanya kelihatan kemas di situ lalu komputernya aku hidupkan .

Sementara menunggu komputer menyala , aku membelek barang - barang yang berada di atas meja ini . Semuanya kemas . Tak ada yang oerlu diusik lagi . Mata aku terarah pada skrin komputer di hadapanku .

Gambar Taehyung bersama seorang perempuan .

Dan tekaan aku , perempuan itu adalah Seo Eunhwa , perempuan yang sepatutnya Taehyung kahwin semasa hari perkahwinan mereka . Taehyung kelihatan sangat gembira di dalam gambar tersebut dengan senyumannya yang manis .

Baru sahaja aku ingin menyentuh tetikus , aku dikejutkan dengan satu suara .

" Bangun . "

Aku memandang ke arah Taehyung yang ternyata sudahpun berdiri di hadapan aku . Tangannya disimpan ke dalam poket dan wajahnya , dingin . Aku terdiam .

" Nae ? "

" Kau tak ada hak nak sentuh atau duduk dekat tempat Eunhwa . Tu tempat kau . Aku nak kau siapkan kerja - kerja dokumen yang aku dah letak atas meja tu . " ujar Taehyung lalu menjuihkan bibirnya ke arah meja berhadapan dengan aku yang disangkakan aku mungkin mempunyai rakan kerja yang lain kerana di atas mejanya terdapat dokumen yang banyak .

Ternyata dokumen itu semua bakal menjadi kerja aku . Aku mengeluh lalu komputer tersebut aku padamkan lalu beg tanganku aku capai lalu berpindah ke meja satu lagi . Aku duduk lalu mengendahkan Taehyung yang sedang memethati aku .

Beberapa saat kemudian aku mengeluh apabila Taehyung mula beredar . Sakitnya hati . Aku tak tahu besar sangat ke salah aku sampai dia nak halang aku buat semua benda ? Kalau dia tak inginkan aku , kenapa dia terima aku jadi pengantin dia ?

Kenapa dia tak terus terang je yang bakal pengantin perempuan kemalangan dan tak libatkan aku langsung ? Sudahlah aku sanggup berhenti menjalankan bisnes aku demi dia , tapi dia ada hargai jasa aku ? Yang dia tahu hanya sentiasa menjadi dingin dan hanya suka memarahi aku .

{ 18:49 P.M. }

Kelihatan Iseul sudahpun mulai berkemas untuk pulang . Aku mengeluh . Aku masih lagi berada di sini , menyiapkan tugas aku manakala orang lain sudahpun berehat di rumah . Aku kecewa . Taehyung cakap dia tak kasi aku balik selagi kerja aku tak siap . Sudahlah banyak . Terasa seperti hendak menangis .

Aku mengeluh sebelum kerjaku disambung . Namun tak terjadi bila aku terlihat kelibat Taehyung pula keluar dari biliknya tak lama selepas itu . Dan apa yang membuatkan aku pelik , kenapa dia bawa beg bimbit dia sekali ?

Aku bangun lalu berlari anak ke arahnya yang sedang melangkah ke lif .

" Tae , awak nak pergi mana ? "

" Aku nak baliklah . Office hour dah lama habis pun . " aku terdiam . Dia nak balik ? Habis aku ? Takkan dia taknak benarkan aku balik sekali ?

" Awak tunggu boleh ? Saya nak kemas barang . "

" Aku tak benarkan kau balik selagi kerja kau belum siap . " ujarnya membuatkan niatku untuk berpatah balik ke tempatku terbantut .

" Ha- habis ? Takkan saya seorang ? "

Taehyung mengangkat kedua belah bahunya lalu masuk ke dalam perut lif . Aku memandangnya dengan dada yang terasa sesak . Sehinggalah tertutup pintu lif , aku masih kaku disitu . Menahan pedih di dada . Sanggup dia dera aku sampai macam tu sekali ?

Aku merengus kasar sebelum kembali ke tempatku . Sungguh kecewa . Bertambah kecewa . Dada aku terasa sakit dan sesak . Menahan sebak . Aku menyambung semula kerjaku dengan air mata yang setia menemani aku hinggalah jam 10 malam aku berseorangan di sini menghabiskan kerja yang sengaja diberi Taehyung hanya untuk menyeksa aku .

Siap sahaja kerja , aku tidak pulang ke rumah tetapi aku berhenti di sebuah pasaraya besar . Aku menuju ke bahagian pakaian kasual dan membeli satu set pakaian kasual untuk dipakai esok . Aku tidak rasa hendak pulang ke rumah malam ini . Aku rasa sakit hati yang teramat .

Selesai sahaja membeli , aku mencari pula hotel yang berdekatan dengan syarikat . Tidur semalam di hotel mungkin dapat mengurangkan rasa sakit hati aku .

~ To be continue ~

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now