How could you

1.3K 212 58
                                        

Aku buka pintu bilik untuk keluar. Tapi langkah aku mati bila nampak satu bagasi besar dan satu lagi yang sederhana. Ini bagasi aku, kenapa ada dekat sini? Aku tolak masuk ke dalam bilik dan turun ke bawah.

"Jimin."

"Ya?"

"Kau pergi ambil baju aku ke?" Gelengan Jimin membuatkan aku diam sekejap. Aku pandang mata Jimin membuatkan Jimin mengeluh. Dia keluarkan sesuatu dari poket dan telefon aku dihulur.

"Taehyung yang hantar subuh tadi."

"봐(what)?" Telefon aku genggam dan aku duduk di sebelah Jimin. Jimin menegakkan badannya dan berkalih sikit supaya menghadap aku. Rambut aku diusapnya.

"Taehyung cakap apa?"

"Aku tak tahu kenapa dengan dia tapi dia cakap dia taknak tengok muka kau. Dia cakap dekat aku dia dah pecat kau juga." Aku ketawa sinis. Tak percaya dengan apa yang aku dengar dari Jimin.

"Jiyeon duduk sini dengan kami. Akak tak kisah." Aku menyentuh dahi dan mengetap bibir. Air mata jatuh ke riba dan aku hampir nak menangis lagi tapi aku tahan. Aku pandang Jimin.

"Jimin, salah ke aku balik dan bawa Jiho jumpa dia? Aku cuma nak diorang berbaik. Aku faham kalau dia tak boleh maafkan Jiho tapi dengar la yang Jiho tu nak cakap dan takkan ganggu hidup dia lagi." Aku cuba tahan.

"Dia ingat otak aku tak tepu ke fikir macam-macam nak bagi Jiho tu lembut hati? Hari-hari aku ayat dia, aku psiko dia, ingat senang ke nak buat orang yang berdendam ni lembut hati?"

Jimin menarik leher aku mendekat dan dipeluknya. Aku balas pelukan Jimin dan bajunya aku genggam. Aku menangis sepuasnya di bahu Jimin. Kenapa kena berubah jadi macamni?

Aku menjauh bila telefon aku berdering. Aku seka air mata dan dimukus ditarik. Dan terus sahaja aku angkat panggilan dari eomma.

"Eomma,"

"Jiyeon duduk dekat mana sekarang? Eomma nak jumpa. Appa cakap Taehyung pecat kamu. Eomma nak kamu cerita."

"Ada dekat rumah Jimin. Eomma datang dengan siapa?"

"Eomma seorang je. Hantarkan alamat dekat eomma, sekejap lagi eomma pergi." Aku hm dan eomma matikan panggilan. Ruangan mesej dibuka dan aku hantarkan alamat rumah Jimin pada eomma dan aku tutup telefon.

"Jimin, kak Aehyun. Korang tak kisah ke kalau Jiyeon duduk sini?" Soalku dan mereka berdua menggeleng.

"Rumah aku dah cukup besar untuk kau duduk sekali. Kalau bukan sini kau nak duduk mana? Kau dah tak kerja, siapa nak tanggung kau?" Aku tercebik.

"Jimin, sorry susahkan kau lagi. Kesian kau kena tanggung aku dengan kak Aehyun. Jihyun lagi."

"Jiyeon takpe, akak kerja jadi akak ada duit juga. Jiyeon jangan risau, duduk je sini. Kami tak kisah." Aku tersenyum nipis dan mengangguk. Aku hulur tangan, memanggil Jihyun. Dia turun dari riba kak Aehyun dan berjalan ke arah aku.

"Nanti aku cari pembantu rumah."

"Jangan gatal, nak buang duit bayar gaji dia lagi. Tak payah Jimin." Jimin ketawa dan mengangguk. Aku bersandar di sofa dan sambil memeluk Jihyun.

"Jihyun sayang aunty tak?"

"Hm, sayang." Aku cium rambutnya dan memeluknya lebih erat. Sampai bila Taehyung nak jauhkan diri dari aku?

"Jom sarapan." Ajak Jimin dan aku bangun bersama Jihyun dan berjalan ke dapur. Kak Aehyun pula dah jalan masuk dapur dulu. Aku duduk di hadapan Jimin. Saat bertentang mata dengannya aku ukis senyum.

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang