Mad
PRANG!!
Jiyeon melangut memandang ke tingkat atas. Apa pula yang Taehyung jatuhkan sekarang ni? Tadi waktu dia nak bagi Taehyung sarapan lelaki itu menolak. Sampai pergi tolak sup yang Jiyeon nak suap dan akhirnya tangan Jiyeon yang melecur.
Sekarang dia nak apa pula?
Kaki Jiyeon melangkah naik ke atas untuk menjenguk. Pintu dibuka dan Jiyeon melepaskan keluhan saat terlihat gelas air yang dia bawa tadi berterabur di lantai. Dengan hati yang berat, dia kutip serpihan kaca tersebut ke dalam tong sampah.
Selesai memastikan tiada lagi serpihan kaca di lantai, Jiyeon memandang Taehyung. Tangannya yang baru ditekap pada dahi serta-merta ditepis membuatkan Jiyeon terasa hati.
"Kenapa dengan awak ni?" Jiyeon duduk di birai katil, memandang mata Taehyung ingin meminta penjelasan.
"Marah sangat ke bila saya tanya awak pasal Eunhwa semalam? Saya tanya soalan simple je Taehyung. Takkan awak nak marah saya sampai macamni?" Dia mula rasa tak puas hati. Takkan sebab soalan semalam tu marah terbawa-bawa sampai dah tengahari harini?
"그래서(then), jangan masuk campur urusan aku."
"Ya, bila saya abaikan awak tadi awak marah saya pula. Awak nak apa sebenarnya?"
"꺼져(get lost)." Jiyeon terdiam.
"Aku taknak tengok muka kau. Keluar." Tangan Taehyung cuba dicapai namun lelaki itu mengelak.
"Keluar dari rumah ni Jiyeon. Please. Aku nak bersendirian."
Terus sahaja dia bangkit dari katil dan masuk ke wardrobe. Bajunya dikemas dengan harapan Taehyung akan datang untuk menghalang tapi itu hanyalah angan-angan. Terus sahaja Jiyeon meninggalkan Taehyung dan keluar dari rumah.
Disebabkan taknak susahkan Jimin dan kak Aehyun, Jiyeon terus memandu untuk ke Busan. Pulang ke kampung halamannya dan duduk di sana. Sempat Jiyeon menelefon ayah mertuanya terlebih dahulu.
"Kalau Jiyeon cakap macamtu, okaylah. Appa tak marah. Cuma, jangan pergi lama sangat."
"Appa jangan risau. Jaga diri appa." Jiyeon matikan panggila dan fokus pda pemanduannya.
—🌹—
Preorder still buka. So bolehlah join group whatsapp kalau korang berminat❤️
Sorry for the late update for preview. Author dah mula online class so yeah, a bit busy😘 but dont worry, kalau ada soalan boleh tanya saya❤️
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...