Semi Special 3

2K 230 77
                                    

Baju terakhir untuk disidai, siap! Taehyung nak sidai baju? Memang tak lah. Aku masuk ke dalam rumah dan menuju ke ruang tamu. Aku ambil tempat di sebelah Taehyung sambil mengerling jam. Dah dekat pukul 11.

"Sayang bosan ni. Kita nak buat apa?" Aku mengangkat bahu. Aku pun tak tahu nak buat apa. Taehyung mencebik. Kakinya dihentak-hentak sambil masuk ke dalam bilik. Aku ketawa kecil.

Tadi dia ajak pergi supermarket tapi aku taknak. Taehyung bahaya kalau keluar dalam keadaan dia yang macamni. Ramai orang tercari-cari dia. Aku tutup televisyen dan telefon aku capai. Aku bangkit dari sofa dan masuk ke bilik.

Aku baring di atas katil dan memeluknya dari tepi memandangkan dia meniarap. Taehyung endahkan aku dan teruskan main PUBG dia. Aku naikkan sebelah kaki ke atasnya dan selesakan diri.

Aku buka telefon dan tengok youtube. Kalau dekat rumah, masa berjalan rasa sekejap je sebab ada Jihyun, Eunchae dengan Jaemin. Kalau jaga diorang memang tak terasa lama pun masa tu.

"Taehyung." Aku panggilnya.

"Taehyung." Kalini aku letak telefon di bantal dan memandangnya. Aku mencebik. Tekun betul dia main ya?

"Taehyung."

"Eung."

"Bila awak plan nak kahwin dengan saya?" Aku main-main rambut perm Taehyung.

"Secepat mungkin." Aku mencebik lagi. Attractive betul game tu sampai tak pandang aku. Aku capai telefon dan bangun. Sampai dipintu aku berpaling dulu, mengharapkan dia untuk menahan aku tapi hampeh.

Aku keluar dari bilik dan berjalan di sekeliling rumah. Setahu aku ada kolam indoor dekat sini. Aku memandang ke satu laluan yang muat untuk dua orang lalu. Situ kot. Aku berjalan ke sana dan ya. Aku tersenyum.

Boleh mandi kolam.

Aku tutup pintu tersebut dan kunci. Biar Taehyung tak boleh masuk. Aku berjalan ke arah dinding yang digantung bathrobe dan telefon aku letak di atas meja.

"Ada perempuan pernah datang sini ke?" Aku memandang sut mandi perempuan iaitu bra dan pantieskirt yang tergantung. Ah, pakai je la. Takkan aku nak basahkan baju dalam aku kan? Aku capai dan masuk ke dalam bilik persalinan.

Baju yang aku buka aku lipat dan letak di atas meja bersebelahan dengan telefon aku. Telefon pula aku bawa dan letak dekat lantai, tapi jauh sikit dari air. Perlahan-lahan aku turun dan berendam.

Disebabkan dah lama tak mandi aku jadi kekok sikit nak berenang. Tapi seronok. Dekat rumah Jimin memang tak la aku nak mandi sebab mengandungkan si Eunchae. Jadi takut air pula.

Sedang aku sibuk menenangkan diri, Taehyung datang mengetuk pintu yang aku kunci tadi. Aku hanya endahkan dan teruskan berenang seolah-olah tiada gangguan. Tadi kau endahkan aku. Sekarang aku endahkan kau pula.

Aku menyelam untuk beberapa saat. Dan saat aku keluar dari air, aku tepis dulu air dimuka dan membuka mata. Oh? Macam mana dia masuk? Aku kerling tangan Taehyung yang sedang memegang kunci.

"시.." aku mencebik. Taehyung tersenyum sinis dan bajunya dibuka. Meninggalkan seluar pendeknya sahaja. Taehyung masuk ke dalam air dan berjalan ke arah aku.

"Dah habis main game? Kenapa tak main game lain pula?" Taehyung tersenyum mengejek. Aku menggulingkan biji mata dan berenang sambil mengendahkan Taehyung.

"Merajuk ke?" Aku mencebik. Aku kerling dada Taehyung yang menggoda. Cepat-cepat aku larikan mata.

"Nanti betul taknak kerja dengan saya balik?"

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now