2 Months

1.9K 205 29
                                        

2 Weeks later
Skip honeymoon because I don't want to make any dirty scenes.

"Sekejap lagi saya balik, awak sabar jap." Ujarku sambil tersenyum. Aku tak bagitahu Taehyung yang aku datang hospital nak buat check up. Saja aku nak pergi sendiri.

"Bukan nak bagitahu nak keluar. Balik cepat sikit, malam ni nak pergi wedding Jungkook."

"Iya, saya tahu la. Okaylah bye."

"Kim Jiyeon." Aku bangkit saat nama aku dipanggil. Aku masuk ke dalam bilik doktor dan menunduk hormat terlebih dahulu.

"Puan boleh baring sini, saya periksa." Aku angguk dan baring di atas katil yang tersedia. Tirai ditutup dan aku menutup mata menahan gementar.

"Awak dah pernah cek dulu ke guna pregnancy test?"

Aku kerling doktor tersebut dan mengangguk.

"Tiga hari lepas saya cek. Ada double line sebabtu harini saya datang nak confirm." Ujarku dan doktor tersebut mengangguk. Selepas beberapa saat, dia berdiri.

"Lap perut awak, lepastu duduk ya." Aku angguk dan perut aku yang penuh jel aku lap sehingga bersih dan kain tersebut aku buang. Aku duduk di hadapannya sambil menunggu.

"Awak lambat realize, awak mengandung dua bulan dah. Ini ultrasound baby awak. Dalam 2-3 bulan lagi tahulah jantina dia."

Aku tersenyum melihat gambar ultrasound tersebut. Kecilnya dia.

"Saya dah tetapkan appointments checkup awak dengan saya dekat sini. Kad ni awak simpan. Dekat situ ada nombor telefon saya, in case awak tak boleh datang hospital, saya akan pergi dekat awak."

Aku mengangguk faham.

"Doktor Lia. Terima kasih ya." Aku bangkit dan tubuhnya aku peluk sekejap. Aku keluar dengan perasaan yang gembira. Tak sia-sia aku datang cek harini. Aku singgah ke kedai kek terlebih dahulu.

"Bagi tart yang ni, enam."

Selesai membeli, aku singgah pula ke kedai sebelah untuk beli kad kecil dengan sampul yang memuatkan ultrasound ni

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Selesai membeli, aku singgah pula ke kedai sebelah untuk beli kad kecil dengan sampul yang memuatkan ultrasound ni. Masuk saja dalam kereta, aku tulis sesuatu terlebih dahulu di atas kat tersebut.

Dear Taehyung Kim,
This 2020 December,
We'll get Taehyung Kim
Junior💛

Aku tersengih. Kalau kira guna jari, sekarang dah bulan May nanti bulan December aku mengandung cukup 9 bulan.

Aku selit di kotak tart yang aku beli tadi dan pulang ke rumah. Selesai parkir kereta, aku terus ke laman rumah memandangkan Taehyung ada dekat situ, duduk atas kerusi batu. Kot labuh yang tergantung di lengan aku letak di bangku yang kosong.

"Pergi mana?"

"Beli ni."

Aku letak kotak tart tersebut di depannya dan Taehyung buka. Tanpa kata terus dia makan. Bertuah betul, tadi marah sangat aku keluar tak bagitahu. Sekarang dia yang makan tanpa salam.

"Taehyung, cuba tengok lagi. Saya bukan beli ni je. Ada hadiah." Ujarku dan Taehyung berhenti mengunyah. Serpihan tart yang ada ditangan ditepuk dan kotak tersebut ditilik. Saat terperasankan sampul coklat yang aku selit, dia pandang aku sambil kecilkan mata.

Taehyung ambil satu tart dan suap pada aku. Sampul tersebut dibuka dan aku menunggu reaksi Taehyung.

"Eo? Ini bukan gambar ultrasound ke?" Dia baca pula kad yang aku tulis. Selepas beberapa saat dia pandang aku dengan pandangan yang tak percaya.

"Kau mengandung ke?" Terus berubah muka aku. Dengar tu, kau kau kau kau.

"Awak la Taehyung."

"Okay. Awak mengandung ke?" Aku tersenyum dan mengangguk. Sejurus itu Taehyung bangun begitu juga dengan aku dan Taehyung memeluk aku dengan begitu erat. Rambut aku diciumnya berkali-kali dan diikuti seluruh wajah aku.

"Berapa minggu?"

"2 bulan."

"WHAT?!"

"Saya rasa kita berdua bongok sangat la sebab fikir yang saya makin buncit sedangkan saya mengandung." Aku ketawa.

Taehyung melutut dan telinganya ditekapkan pada perut aku.

"So anak appa tahu lah apa yang appa buat dekat eomma dua minggu lepas?"

"Yah Kim Taehyung!" Apa pula dia tanya soalan tu? Taehyung bangun dan menarik aku duduk semula. Sambil-sambil dia sambung makan, dia buat video call dengan Hoseok, Jimin dengan Seokjin.

"Apa tu Taehyung?"

"Park Jimin, kau dah ada pun tak tahu ke ni gambar apa?" Soal Seokjin membuatkan aku ketawa.

"Ini gambar Taehyung junior." Jawab Taehyung membuatkan muka mereka bertiga seolah-olah tengah pause.

"KIM TAEHYUNG ADIK AKU MENGANDUNG KE WEH?!" Jeritan Jimin memenuhi kawasan laman rumah kami.

"WAHHHH HOSEOK BAKAL JADI PAPA!"

Bibir aku tak berhenti mengukirkan senyum. Ini momen yang terindah dalam momen yang paling terindah. Sebab memori paling terindah bila Taehyung mula terima aku seadanya. Hehe.

"Okaylah, malam nanti kita jumpa dekat wedding Jungkook. Bye hyung!"

Taehyung matikan panggilan dan pandang aku.

"Thanks sebab mengandungkan anak kita sayang. Tapi kan, agak-agak kita boleh bagi dia adik terus tak atas usaha keras saya?"

"Awak jangan merepek boleh tak? Dia dah dua bulan la." Ujarku dan Taehyung tersengih. Aku tekup pipinya dan bibirnya aku cium.

"Habiskan tu lepastu kita mandi. Bersiap terus pergi rumah Jimin."

"Okay jom."

[ To be continue ]

[ To be continue ]

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang