Terhinjut bahu aku saat pintu pejabat Taehyung dihempas kuat . Aku angkat kepala , melihat seorang perempuan yang berpakaian agak seksi keluar dari bilik Taehyung . Bunyi derapan kasut tumit tinggi kedengaran saat tapak kasut tumit tinggi itu menyembah lantai .
Aku bangkit dari kerusi sebelum berjalan keluar dari ruangan pejabat aku . Pintu bilik Taehyung aku ketuk sebelum tombolnya aku tolak ke bawah dan pintunya aku tolak . Dapat aku lihat Taehyung sedang berdiri memandang ke luar pejabatnya . Tangannya pula berada di pinggang .
" You nak apa lagi Leesa ? I cakap I taknak jumpa you kan ? Tak faham bahasa ke ? " ujar Taehyung tanpa mengetahui aku yang sebenarnya masuk ke dalam bilik dia . Tubuh dia aku dekati . Jadi nama perempuan tu Leesa ? Tapi kenapa Taehyung tak sukakan dia ? Diorang ada apa - apa ke ?
" Awak marah - marah ni kenapa ? Ini saya , bukan Leesa , " tegurku dan Taehyung terus mengalihkan tubuhnya menghadap aku . Taehyung menghelakan nafas sebelum rahang aku disentuhnya dengan kedua belah tangan .
" Sorry , tak perasan kau yang masuk . " aku hanya mengangguk . Taehyung tersenyum nipis sebelum tangannya dijatuhkan semula . Aku angkat kening beberapa kali . Dan aku pasti Taehyung faham akan bahasa isyarat aku .
" Boleh buatkan aku hot chocolate ? I'll tell you everything then , " ujar Taehyung dan aku mengangguk . Senyuman sesaat aku hadiahkan sebelum melangkah ke arah pintu bilik dia dan keluar sebelum menuju ke pantri .
Selesai sahaja membancuh coklat panas untuk Taehyung , aku bergerak semula ke pejabatnya . Aku letakkan secawan coklat panas di atas mejanya sebelum duduk berhadapan dengan Taehyung . Taehyung pula offkan telefon dia sebelum memandang aku .
Coklat panas yang aku buat untuk dia , dihirup sedikit . Cawan diletakkan semula di atas meja .
" Leesa , anak Tuan Heo , kawan sekerja appa , yang syarikatnya nama Heo's Empire tu ? Kau tahu kan ? " soal Taehyung dan aku mengangguk . Aku tahu nama syarikat tu sebab selalu juga aku cek fail yang berkaitan dengan syarikat tu sebab Heo's Empire merupakan syarikat yang bekerjasama dengan syarikat appa .
" Ye saya tahu , tapi kenapa awak marahkan dia tadi ? "
" Dia ex girlfriend aku waktu aku sambung belajar dekat Jordan dua tahun lepas . Tapi lepas dapat tahu dia tipu aku , aku putuskan hubungan dengan dia dan bawa diri balik ke sini . Dan waktu tu juga lah aku jumpa dengan Eunhwa , Yeon . "
" Okay , habis kenapa marah dia ? "
" Dia nak kahwin dengan aku , dan dia cakap ayah dia dah rancang semuanya . Cuma nakkan persetujuan dari appa . Aku tak risau sebab aku tahu appa akan tolak sebab yelah , kita dah kahwin . Tapi apa yang aku tak puas hatinya , first dia tak percaya yang aku cakap aku dah kahwin , second dia cakap kalau betul aku dah kahwin , dia akan apa - apakan isteri aku . Itu yang aku risau Yeon . Aku takut dia dapat tahu yang kau isteri aku , dia akan apa - apakan kau . "
Suasana berjeda seketika . Hati aku jadi tak tenang terus bila Taehyung cakap macamtu . Aku pandang Taehyung .
" Habis sekarang awak nak buat apa ? Tak mustahil dia boleh tahu siapa isteri awak , sebab yelah pekerja syarikat ni pun ada yang hadir majlis kita masatu . " jawabku dan Taehyung mengangguk setuju .
Setakat nak tanya dengan siapa Taehyung berkahwin , suatu perkara yang mudah untuk orang bertanya . Nak pula memang ada pekerja dalam syarikat kami yang pergi . Walaupun sudah diberitahu supaya tak dihebohkan ,
Aku menggigit hujung kuku jari telunjuk kananku . Berfikir apa yang harus dibuat supaya Leesa takkan tahu yang aku ni isteri Taehyung .
" Dahlah , tak perlu fikir sangat . Jom balik ? Dah habis waktu kerja dah pun . " kata - kata dari Taehyung mengejutkan aku dari lamunan . Uhm mungkin aku tak perlu pening kepala fikir pasal Leesa tu . Dan mana tahu , dia cuma nak gertak Taehyung ?
" Awak , jom pergi makan dulu ? Saya lapar lah , " ajakku saat Taehyung bangkit dari kerusinya . Komputer dimatikan sebelum fail diatas mejanya ditutup .
" Aik , lapar ? Tadi rehat tak makan ke ? Aku dah suruh kau makan kan ? " ujarnya sebelum kot hitamnya dipakai sebelum dibutangkan . Aku berjalan ke arahnya .
" Tak , saya malas nak makan seorang , awak takpe lah lunch dengan client . Jomlah , saya lapar ni . Lepastu baru balik rumah ekh ? " jawabku sebelum kembali memujuknya agar dia bersetuju .
" Yelah , yelah , pergi kemas cepat . Kita pergi makan . "
" Jjinja ?! Yessss !! " sorakku dan tanpa sedar aku berjalan sambil tak tengok depan sebab asyik sangat tengok Taehyung sampaikan aku terlanggar pintu . Sakit bahagian dada aku oh mai .
" Yah kalau ya pun suka , jalan tu biarlah pandang depan . " ujar Taehyung sebelum tubuhku ditarik ke sebelahnya sebelum pintu pejabatnya dibuka . Aku hanya tersengih sebelum keluar . Aku menuju ke meja aku sebelum meja aku kemaskan dan beg tangan aku ambil dan berjalan ke arah Taehyung .
Masuk sahaja ke dalam lif , kami berdua masuk dan hanya diam ketika menunggu lif untuk sampai ke tingkat bawah . Diam bukan sebab apa , tapi ada pekerja lain yang masih tak tahu kami ni pasangan berkahwin .
Disebabkan Leesa tu ada rancangan , jadi rancangan aku dan Taehyung pun terbatal sekali . Pada mulanya , ketika hubungan kami semakin baik , Taehyung ada cakap yang dia merancang nak bagitahu pekerja dekat pejabat yang aku ni isteri dia .
Tapi keadaan berubah bila Leesa datang dan ugut , untuk apa - apakan isteri Taehyung dimana ianya adalah aku . Jadi dari situ , Taehyung dah berniat nak diamkan diri dahulu sebab dia tak mahu identiti aku sebagai isteri dia tak terbongkar lagi .
" Nak makan dekat mana ? " soal Taehyung sebelum penyaman udara dibukanya sebelum tali pinggang keledar dipakai .
" Hm , ikut awaklah . Saya makan je apa - apa pun . " jawabku setelah tali pinggang keledar dipakai . Taehyung memandang aku sekejap sebelum mengangguk . Kepalanya ditolehkan semula ke hadapan sebelum keretanya mula bergerak , keluar dari kawasan parking .
" Yeon , "
" Hm ? "
" Kek dekat rumah dah habis . Bila kau nak buat baru lagi ? "
~ To be continue ~
ANDA SEDANG MEMBACA
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomantikOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...
![[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]](https://img.wattpad.com/cover/129041101-64-k833835.jpg)