Confession
"Saya penat la Taehyung. Saya cuba terima kenyataan yang kita berdua jadi suami isteri dan cuba nak jadi isteri yang terbaik tapi awak.." Jiyeon mengelap air matanya. Setelah lama berdiam, Jiyeon bangun untuk naik ke bilik.
"Memang aku nak bandingkan kau dengan Eunhwa." Langkah Jiyeon terhenti. Selepas beberapa saat, kini Taehyung berada di hadapannya.
"Aku tak tahu kenapa tapi setiap kali aku tengok kau, aku berdebar. Aku tak suka perasaan tu. Macam sekarang." Taehyung memandang tepat ke dalam mata Jiyeon membuatkan degupan jantung mereka berdua makin laju.
"Aku fikir yang tak ada siapa boleh gantikan tempat Eunhwa. Semua staff Kim adore Eunhwa, dan kami semua fikir Eunhwa yang paling terbaik dalam Kim. Dia pandai buat kerja, orang hormat dia walaupun dia sombong. Tapi kesempurnaan dia buat orang tak kisah."
Jiyeon setia mendengar. Semakin lama Taehyung semakin dekat. Dan saat ini, tangan kirinya digenggam oleh Taehyung. Mengusap kekura tangannya lembut.
"Tapi.. bila dengan kau. Semua orang dekat Kim bagitahu aku yang diorang selesa berkawan dengan kau. Panggil kau Jiyeon dengan senang hati sebab kau humble. Baru first day tapi satu Kim bercakap benda yang baik pasal kau."
"Aku rasa tak adil bagi pihak Eunhwa sebabtu aku marah-marah." Taehyung menunduk. Bibirnya bergetar perlahan.
"Tapi aku kena jujur dengan kau." Matanya bertemu dengan mata Jiyeon sekali lagi. Jiyeon masih menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulut Taehyung.
"Aku rasa kau cantik sangat-sangat bila kau pakai baju yang aku beli. Gelang kaki kau, rantai kau. Aku tak tahu kenapa Jiyeon. Dalam hati, aku tak berhenti puji kau. Aku rasa bangga bila Kim puji isteri aku."
Tangan kirinya naik menyelit rambut Jiyeon ke belakang telinga.
"Tapi satu lagi diri aku nafikan semua tu. Dia benci bila orang puji kau. Dia benci bila rasa kau lagi bagus dari Eunhwa dan dia nak kecewakan kau." Pipi mulus Jiyeon diusap menggunakan ibu jari. Tangannya yang tadi menggenggam tangan Jiyeon berubah, menarik pinggang Jiyeon.
"Aku cuba untuk buka hati aku dan terima kau. Nak kenal isi hati kau dan nak jadi suami yang terbaik. Sebab aku tahu impian seorang wanita, ialah untuk memiliki suami yang sempurna."
"Aku nak minta maaf sebab kecewakan kau. Buat kau menangis. Mainkan perasaan kau. Malukan kau tadi." Jiyeon menggeleng perlahan. Tangan Taehyung yang sedang mengusap pipinya disentuh sambil bibir melakarkan senyuman.
"Aku suka kau, Jiyeon."
Jiyeon memejamkan mata saat Taehyung mencium bibirnya. Pinggangnya dipeluk erat seolah-olah tak mahu dilepaskan. Perlahan-lahan Jiyeon membalas ciumam tersebut. Tangannya naik merangkul leher Taehyung, meminjam kekuatan saat kakinya mula terasa lemah.
"Awak betul-betul maksudkannya?" Soal Jiyeon setelah menjauh. Taehyung mengangguk. Dia tak mampu untuk sorok perasaannya lagi. Dia tak mampu untuk tipu sendiri yang dia dah jatuh suka dengan Jiyeon sebenarnya.
"Awak akan cuba terima saya?"
"Eung."
"Kalau lepasni saya pakai baju yang awak beli ikut suka saya boleh?" Taehyung mengangguk lagi tanpa ragu. Dia tak kisah sebab dia taknak buat Jiyeon tak selesa. Lagipun Jiyeon ada hak dalam menentukan pakaian dia sendiri.
"Kenapa awak terfikir nak terus-terang dengan saya malamni?"
"Tak tahu. Aku tak suka kau buat silent treatment. Aku jadi tak tentu-arah." Jiyeon ketawa kecil. Tahu pun sakitnya kena silent treatment. Jiyeon cuba untuk melepaskan dirinya namun Taehyung menguatkan pegangannya.
"Saya nak naik."
Taehyung menggeleng. Bibir Jiyeon diusapnya membuatkan dada Jiyeon kembali mengepam laju.
"Can you sleep with me tonight?"
—🌹—
Uuuuu guys!!! 4 members needed untuk group preorder untuk turunkan harga buku😆
Dari RM60sm/RM65ss ke RM55sm/RM60ss
Kalau berminat boleh join group preorder❤️
Boleh bayar RM20-RM30 untuk cop buku😘
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
Roman d'amourOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...