"Dah nak balik nanti telefon tau. Aku datang ambil." Aku mengangguk. Jimin menarik leher aku dan dahi aku diciumnya. Semenjak duduk dengan Jimin, dia memang macamni dengan aku.
Dan aku pun rasa aku perlukan kasih-sayang seorang lelaki. Sebabtu aku gembira Jimin merupakan abang aku. Aku mencium pipinya dan keluar dari kereta. Sebaik sahaja kereta Jimin meluncur pergi, aku berjalan masuk ke dalam mall.
Restoran yang aku dengan diorang berdua dah janji nak jumpa terus aku tuju. Aku mencari kelibat Iseul dan Kayla. Dan aku tersenyum bila nampak mereka berdua tengah selfie bersama. Aku mendekat. Pandai diorang pilih tempat.
"Iseul, Kayla."
"Jiyeon!!" Mereka berdua bangun dan kami berpelukan erat. Kayla dan Iseul tanpa segan-silu meraba perut aku. Tubuh aku ditolak perlahan supaya duduk di kerusi yang bersofa manakala diorang duduk di kerusi kayu berhadapan aku.
"Jiyeon, lamanya tak jumpa awak! Terkejut bila nampak baby bump awak tadi." Aku ketawa kecil dan mengangguk.
"Kerja macam mana?" Mereka berdua berpandangan sekejap dan hanya mengangkat bahu. Aku mengangkat kening, menunggu jawapan dari diorang berdua.
"Tak seronok la takde awak."
"Dah la PA baru Encik Taehyung tu sombong."
"Taehyung ada PA baru ke?" Kayla dan Iseul terdiam sekejap. Aku nampak muka diorang yang macam terkatoi dengan aku sebab terlepas cakap. Lama-lama diorang berdua angguk juga.
"Tak payah la cerita pasal diorang. Kita datang sini nak happy happy." Kayla mencebik bibir. Aku diam sambil merenung cincin kahwin aku. Aku ingatkan PA baru Taehyung merupakan salah seorang dari diorang berdua.
"Jadi berita pasal Taehyung tu betul la? Bukan tipu?" Mereka berdua melepaskan keluhan berat.
"Jiyeon sorry. Tapi berita tu betul. Kitorang pun tak tahu kenapa Encik Taehyung jadi macamtu. Sumpah!"
"Waktu hari pertama kitorang tahu yang awak kena pecat, susah sangat kami nak percaya. Encik Taehyung pun berubah sekali. Dia tak cakap dengan kami langsung." Kayla menyambung.
Aku mencapai gelas yang berisi air kosong.
"Dah la PA baru dia mengandung tapi tak kahwin." Aku tersedak. Apa yang aku dengar tadi? Huluran tisu dari Kayla aku sambut. Aku lap bibir aku dan menguh perlahan.
Taehyung bercinta dengan perempuan yang tengah mengandung?
"Dah la taknak la cakap pasal ni. Tengok awak sedih je. Jom la order makanan lepastu kita tengok wayang. Saya tak suka mood macamni." Aku tersenyum dan mengangguk setuju.
"Okay okay."
•
•
•
•
•
"Kenapa ni? Aku ambil tadi pun kau diam je. Tak seronok ke dapat jumpa diorang?" Soalan dari Jimin membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku memandang Jimin yang tengah meriba Jihyun. Kak Aehyun pun tengah pandang aku.
"Fikir pasal Taehyung?" Aku mengangguk perlahan.
"Apa lagi yang dia buat ni?"
"Kayla dengan Iseul bagitahu aku Taehyung ada PA baru. Perempuan tu perempuan yang Taehyung tengah bercinta." Jimin meraup wajah. Aku bermain dengan jari.
"Diorang cakap yang perempuan tu mengandung."
Suasana hening.
"Kau tak payahlah fikir pasal lelaki yang hampir rosakkan hidup kau sekarang ni Jiyeon. Berapa kali dah aku pesan."
ANDA SEDANG MEMBACA
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...
![[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]](https://img.wattpad.com/cover/129041101-64-k833835.jpg)