PREVIEW 07

442 55 10
                                        

Not Mine

Tak sampai setengah jam Taehyung berjaya sampai sebab bawa dengan kelajuan yang maksimum. Dia tak mampu nak bersabar lagi bila situasi dah jadi macamni. Dalam kepalanya cuma fikir nak serang Eunhwa.

"Uncle dengan aunty tak ada dekat rumah?" Pembantu rumah menggeleng sebaik sahaja pintu utama ditutup setelah Taehyung melangkah masuk. Dia nyatakan hasratnya untuk berikan ruang privasi padanya supaya dapat berjumpa Eunhwa tanpa gangguan.

Terus kakinya melangkah naik ke bilik Eunhwa. Pintu dihempas dan dikunci, Taehyung memandang Eunhwa dengan pandangan yang tajam bersama kepalan tangannya yang semakin kuat.

"Kau cakap plan ni takkan libatkan isteri aku, mana kau sembunyikan dia Eunhwa?!" Taehyung menghamburkan amarahnya. Api semakin membuak bila Eunhwa hanya mengendahkannya sambil menyikat rambut di meja solek.

"Eunhwa!"

"Awak tuduh saya kenapa? Seharian saya duduk rumah tak keluar dan awak fikir saya culik perempuan tu ke? Tolonglah." Eunhwa bangun dan melangkah ke pintu biliknya untuk keluar. Namun Taehyung menahan, pintu ditutup semula dan tubuh Eunhwa dipusing kasar.

"Ya memang kau tak buat tapi kau boleh upah orang. Sekali lagi aku tanya ka—"

"Awak lupa ke siapa yang akan buat perkara sama dekat semua perempuan yang dekat dengan awak? Lupa ke yang awak ada musuh?" Terasa seakan air liurnya sangat kesat untuk ditelan. Jiho ke yang culik Jiyeon?

Kakinya mengundur setapak. Matanya bergetar memandang wanita yang sedang tersenyum sinis dihadapannya.

"Fikirkan sayang. Saya tak ada masa nak culik perempuan tu. Dia tak function pun dalam plan kita." Pipi Taehyung diusap perlahan. Eunhwa melangkah mendekati Taehyung, semakin lama wajah mereka semakin dekat. Saat bibir mereka hampir bersentuhan, Taehyung menepis.

"Sekurang-kurangnya Jiho ada belas kasihan. Bukan macam kau." Sejurus itu terus Taehyung meninggalkan Eunhwa yang semakin berang saat mendengar kata-kata Taehyung. Semakin lama difikir dia mula terasa geram dan akhirnya Eunhwa melepaskan jeritannya sekuat hati.

Segela kosmetiknya dilempar ke lantai. Bingkai gambarnya dilempar kemudian katilnya turut disepahkan. Sekali lagi jeritan nyaring keluar dari bibir merah miliknya.

"Cik Eunhwa! Jangan macamni!"

—🌹—

Guyssss lagi dua minggu lebih je tarikh preorder nak tutup dah😭

Seperti yang dijanjikan, author akan belanja cover book kedua.

Seperti yang dijanjikan, author akan belanja cover book kedua

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Okay ini first, iaitu MR PERFECT.

Yang ni yang kedua, MR PERFECT UNWRITTEN

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Yang ni yang kedua, MR PERFECT UNWRITTEN.

😍😘

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang