Aku masuk ke dalam bilik selepas masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh. Langsir bilik aku selak dan pintu sliding aku buka, mengambil udara pagi. Aku beralih ke katil dan disitu masih terbaring encik suami bersama Jihyun.
"Taehyung, bangunlah. Dah pukul 9." Ujarku sambil duduk di birai katil. Aku tersengih bila ternampak Jihyun dah bangun dah sebenarnya. Menggeliat dia bila dia bangun duduk di tepi Taehyung.
"Jihyun, kejut uncle." Ujarku sambil tangan Jihyun aku capai, dan disentuhkan pada wajah Taehyung. Aku menahan ketawa bila wajah Taehyung mula berkerut. Jihyun berbaring di depan muka Taehyung.
Aku tepuk lengan Taehyung berkali-kali supaya bangun.
"Taeeee, bangunlah mandi." Taehyung masih tak bergerak membuatkan aku menampar lengannya geram.
"Uncle taknak mandi, jom auntie bagi Jihyun mandi dulu." Aku bangun dan bergerak ke ruang yang aku guna untuk tidur dan duduk disitu. Aku buka satu-persatu baju tidur Jihyun dan tinggalkan lampin.
Aku dukung Jihyun dan masuk ke dalam bilik mandi. Aku buka air dan tunggu tub untuk diisi dengan air. Bila dah separuh, aku buka lampin Jihyun dulu dan buang dalam tong sampah. Aku tutup air dan masukkan Jihyun.
Disebabkan takut akan licin, aku ambil keputusan nak melutut sambil mandikan Jihyun. Aku biarkan dia duduk. Sebelah tangan aku pegang pada belakang leher dan tangan kanan aku jirus air pada satu badan. Aku tersenyum bila Jihyun ukir senyuman.
"Jihyun kenapa comel sangat?" Tiba-tiba, tub terasa lain bila Taehyung masuk dan bersandar tanpa berbaju dan hanya berseluar pendek. Jihyun diambil alih. Aku bangun dan syampu Jihyun yang dibawa dari rumah Jimin aku ambil.
Kepalanya aku sabun dengan senang hati memandangkan Taehyung pegang dia. Aku ambil pula sabun badan dan badannya aku sabun. Selesai, Taehyung dudukkan Jihyun di ribanya dan badan Jihyun dibersihkan.
"Dah siap, jom keluar." Tuala Jihyun yang tersangkut di bahu aku capai dan Taehyung mengangkat Jihyun keluar dari air, aku pula balut tuala tutup tubuh dia dan ingin bangun.
"Lepas siapkan dia, masuk mandi dengan saya."
"Saya dah mandi." Taehyung mencebik. Aku keluar dan pintu bilik air aku tutup. Aku tersengih jahat, aku belum mandi lagi sebenarnya. Aku siapkan Jihyun sementara Taehyung tengah mandi. Aku tunggu dia keluar dan bersiap.
"Dah bawa dia turun. Saya nak mandi."
"Tadi cakap dah mandi."
"Tipu je." Aku cium bibir Taehyung sekilas dan masuk ke dalam bilik air.
•
•
•
•
•
Aku duduk bersama Hwitae dan Jihyun di atas karpet sambil menunggu Jiyeon dan eomma siapkan makan tengahari. Aku tatap Jihyun yang mukanya tak ubah macam Jimin. Itulah kalau ayah hensem automatik anak hensem.
Mesti anak aku hensem kan?
"Hyung."
"Kenapa?"
"Jihyun tak pandai cakap lagi?" Soal Hwitae sambil tangannya sibuk meraba pipi gebu ala-ala mochi Jihyun.
"Dia lambat sikit. Jimin hyung cakap, Jihyun banyak diam. Tapi nanti bolehlah tu." Jawabku dan Hwitae mengangguk faham. Jihyun ni nak dengar dia menangis pun susah. Cuma dia dah tahu panggil eomma, appa. Ada la bahasa dia yang aku tak faham bila dia merepek seorang diri.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
Любовные романыOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...