" Okay , nanti aku buatkan untuk kau . Macam orang perempuan lah kau ni , nak mengidam pula . Ish . " ujarku di hujung talian . Jimin lah ni gatal sangat minta aku buatkan dia cream puff katanya teringin . Bukan dia tak boleh pergi beli dekat kedai . Gedik nak aku juga yang buat . Nasib sayang abang je .
" Hahahahaa gumawo-yo dongsaeng . Malam ni aku nak ekh , aku lapar sangat cream puff kau . Jangan pula kedekut creamnya . " pesannya lagi dan aku hanya menggumam . Dah order nak minta lebih - lebih pula . Setelah panggilan ditamatkan , aku menyimpan telefonku ke dalam poket seluar .
" Cakap dengan siapa ? " tanya Taehyung sebaik sahaja duduk di kerusi meja makan . Bukan nak perasan lah , harini dah hari kedua Taehyung cakap baik - baik dengan aku . Tapi dalam baik dia tu kadang - kadang ada juga ayat dia buat aku terasa . Aku memandangnya kemudian menjawab ;
" Jimin , dia minta saya buatkan cream puff tengahari ni . " jawabku dan Taehyung hanya mengangguk . Aku menghidangakan chicken ham sandwich yang aku buat tadi di atas meja . Jus oren turut aku sediakan sebelum duduk di hadapan Taehyung .
" Kau tak nak makan sekali ? " soalnya dan aku hanya menggeleng . Disebabkan aku dah biasa sarapan lambat , jadi aku tak terasa lapar kerana sekarang masih awal . Lagipun Taehyung nak ke pejabat , biarlah dia yang sarapan dulu .
" Saya tak lapar . Awak makanlah , saya tengok awak makan . " jawabku dan Taehyung berdecit sebelum menggigit sandwich yang aku sediakan . Dia nampak berselera .
" Ingat ya , lagi tiga hari kau akan kerja dengan aku okay ? No more relaxing at home . Esok petang ikut aku cari baju kasual okay ? Aku half day esok . " pesannya sambil mengelap comot di bibir sebelum jus oren diteguknya .
" Ya , saya ingat . Tapi saya nak pergi kerja dengan siapa ? " soalku . Taehyung memandangku sebelum jam tangannya dikerling .
" Nanti aku sediakan kereta , pergi kerja sendiri dan bukan dengan aku . Ingat , rahsiakan pasal status kau . " pesannya sebelum bangun dari kerusi dan terus menuju ke muka pintu .
" Apalah nasib , kahwin tak kahwin sama je hidup . Tak bebas langsung . Kena kerja dengan dia , tak boleh buat kek . Masa belajar tak boleh tahu pasal sosial . Teruknya hidup aku . " omelku sendiri sambil mengemas dapur .
19:28 p.m.
Apron aku buka dan aku letakkan di atas meja . Cream puff yang siap aku letakkan dalam bekas aku pandang sebelum dibawa ke ruang tamu . Telefon aku buka sebelum nombor Jimin aku dail .
" Hah , aku dah nak sampai . Kejap . " ujar Jimin lalu menamatkan panggilan . Aku pula menunggunya di luar rumah . Duduk di kerusi batu yang ada .
" Eo ? Kenapa letak dalam bekas ni ? " tanya Jimin sambil duduk di sebelahku . Dahi aku kerutkan . Dah dia nak bawa balik kan ? Takkan nak bawa guna pinggan ?
" Habis ? Kau nak aku letak dalam mana ? Dalam pinggan pastu kau bawa balik macam tu ? " tanyaku sambil memandangnya . Jimin menepuk dahi . Kemudian bekas berisi cream puff itu dibuka .
" Aku nak makan dengan kau . " ujarnya dan aku ketawa . Bukan nak cakap . Mana aku tahu dia nak makan dengan aku . Alah , biarlah . Tak luak apa pun kalau aku letak dalam bekas .
" Makan je lah . Sama juga , nak makannya cream puff bukan bekas . " jawabku dan aku aku bangun lalu berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil sekotak air coklat dan dua cawan kosong .
Sedang kami berdua makan , Jimin ada cerita pasal rakan dia . Aku pula hanya mendengar . Setelah habis semua cream puff yang ada di dalam bekas itu , Jimin berborak pendek dengan aku . Dia tanya pasal aku dengan Taehyung .
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...