Drunk
Tangannya naik menutup telinga saat cawan tersebut dihempas ke lantai. Jiyeon mula terasa ingin menangis namun cuba ditahan. Taehyung sangat menakutkan. Tangannya digenggam. Matanya memandang serpihan kaca di atas lantai bersebelahan kakinya.
"Taehyung!" Jiyeon terjerit saat tangannya ditarik dan dipaksa keluar dari bilik. Tangannya ditarik ke bawah dan pintu bilik Jiyeon dibuka. Ditolak tubuh wanita itu ke dalam bersama pandangan marah. Pintu bilik tersebut ditutup dan Taehyung masuk ke dalam biliknya.
Jiyeon terduduk di lantai. Darah yang berada di lantai membuatkan dia menangis teresak-esak. Tapak kakinya yang penuh serpihan kecil kaca yang dilempar Taehyung tadi menyapa pandangan.
Kaki kirinya luka sepenuhnya. Jiyeon mengesot untuk ke meja soleknya. Mengambil first aid kit. Kaca dikeluarkan terlebih dahulu dan Jiyeon membalut kakinya. Dia tak ada ubat yang mampu sembuhkan luka besar macamni.
Telefon lamanya di dalam laci meja solek diambil dan Jiyeon mendail nombor Jimin.
"Jimin.."
"Kau kenapa ni? Kau menangis ke?"
"Datang ambil aku. Paskod pintu 181012. Kau naik bilik aku Jimin." Jiyeon matikan panggilan dan bersandar di dinding. Dia tak berani nak pandang darah yang berlumuran jadi dia pejam mata. Menunggu Jimin sampai.
Dalam hati sumpah dia tak sangka yang Taehyung sanggup buat macamtu. Hatinya sakit. Sangat kecewa dengan Taehyung. Setelah beberapa detik menunggu, akhirnya Jimin tiba.
Leher Jimin dipeluk erat saat tubuhnya dirangkul. Tanpa lengah, Jimin segera membawa Jiyeon ke hospital untuk dirawat.
Taehyung keluar dari bilik saat terdengar bising-bising suara Jimin. Dahinya berkerut memandang Jiyeon yang sedang didukung oleh Jimin. Tak sempat untuk memanggil kerana Jimin dah pun keluar.
Matanya memandang bilik Jiyeon. Dan dia tersentak saat terlihat darah di atas lantai. Dia masuk ke dalam bilik Jiyeon dan Taehyung tergamam melihat serpihan kaca yang berlumuran darah berada di lantai.
Matanya mengerling anak tangga. Dan lidanya kelu. Taehyung berlari anak naik ke biliknya. Wajahnya diraup kesal. Nombor telefon Jiyeon didail dan Taehyung melepaskan dengusan saat terdengar ringtone Jiyeon di dalam biliknya.
Nombor Jimin didail pula namun berkali-kali tak diangkat.
"Kim Taehyung, 바보."
—🌹—
Saya akan busy start harini sebab dah mula online class😭 Tapi setiap hari, InsyaAllah saya akan post preview hingga ke part 10. Jadi mana yang rasa tertarik lepas baca preview boleh lah join batch 1 sementara masih buka.
Pm me 0194611310, for any details.
For those yang tak join batch 1, perlukan batch 2 ke? Kalau nak bagitahu yaa❤️
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomantizmOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...