Let's pretend

1.6K 193 41
                                    

Jaga-jaga, Taehyung dah tak ada dekat sebelah. Jam baru pukul 8.30 pagi tapi dia bangun awal sangat nak pergi mana? Harini cuti, lepastu tengahari nanti nak pergi rumah eomma appa.

Aku keluar dari bilik air setelah siap berus gigi.Baru nak keluar, Taehyung dah buka pintu bilik bersama senyuman.

"Awak pergi mana? Awalnya bangun." Ujarku sambil mengikut Taehyung ke katil. Taehyung duduk di hadapan aku manakala aku bersandar di kepala katil. Taehyung mendekat dan dulang ditangannya, diletakkan di hadapan kami. Aku pandang Taehyung.

 Aku pandang Taehyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak buat?"

"Eo, bangun pukul 7 tadi tengok youtube. Sekarang baru siap. Susah betul." Aku tersenyum. Aish Taehyung. Cukup-cukuplah dengan sweet kamu. Saya tak tahan!

"Uuuuu I should take a picture then. My husband did a great job." Aku ambil telefon dan gambar makanan yang Taehyung buat aku tangkap. Beralih ke wajah Taehyung dan aku letak telefon ke tepi.

"Rasalah."

Sandwich buatan Taehyung aku ambil dan aku gigit. Aku sua ke arahnya dan Taehyung turut gigit. Aku kunyah bersama senyuman sebab sedap sangat. Ada ham, cheese, dengan breakfast favourite aku, telur rebus mayo. Sumpah sedap.

"Tapi telur ni mesti tak boleh sama dengan rasa yang sayang buat."

"Tak sama pun, awak buat sedap juga. Okaylah tu, menjadi apa." Aku capai garfu dan aku cucuk pula buah. Aku turut suapkan untuk Taehyung atas usaha keras suami saya bangun jam 7 sampai sekarang baru dia makan.

"Jom turun." Ujarku sambil mengangkat dulang tersebut tapi Taehyung halang.

"Biar saya buat. Awak kena turun hati-hati." Aku angguk dan mengikut Taehyung di belakang perlahan-lahan. Sampai sahaja di dapur, Taehyung bergerak ke sinki dan aku pula mengambil penyapu.

Sambil-sambil menyapu, aku kerling dapur sebab Taehyung tak keluar-keluar lagi dari situ. Takkan dia basuh pinggang lama sangat? Aku habiskan sapu sampah dan beralih ke dapur. Aku bercekak pinggang.

"Makan kek pagi-pagi?"

"Tadi buka peti ternampak dia, menggoda." Aku hanya mengangguk. Biarlah dia nak makan. Aku simpan penyapu semula dan berjalan ke arah Taehyung. Kek tersebut aku ambil sikit dan merasa.

"Lepasni awak bolehlah buat kek sendiri."

"Sedap eh?" Aku mengangguk. Rambut Taehyung aku serabutkan. Aku naik ke atas semula dan baju Taehyung aku pilih. Untuk pakai pergi rumah appa sekejap lagi. Aku pula pakai blouse dengan slack putih.

Dan untuk Taehyung, turtleneck kelabu dengan seluar fit. Nice choices. Aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi dulu. Sedang aku sibuk buka baju dalam bilik air, pintu diketuk.

"Apa?"

"Bukalah."

"Saya nak mandilah Taehyung."

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now