Mad

5.2K 541 85
                                    

" JIYEON !! " terhinjut bahu aku saat terdengar suara Taehyung menjerit panggil nama aku dari tingkat atas . Aku yang tengah bancuh air teh panas untuk dia serta - merta terhenti . Baru nak buka langkah , Taehyung dah masuk ruangan dapur . Aku pandang Taehyung risau .

" Ken— "

" Kau ada masuk bilik aku ke semalam masa aku keluar pergi pejabat ? " soal Taehyung dingin . Aku terdiam . Badan aku terasa sejuk . Sejuk yang teramat sejuk . Aku terlampau takut . Taehyung ada bagitahu aku yang dia larang aku dari masuk bilik tu . Tapi semalam , aku masuk bilik tu sebab aku bosan .

Lagipun aku cuma belek buku album Taehyung dengan Eunhwa , bukan aku curi benda dari bilik tu pun . Bahu aku terhinjut sekali lagi saat Taehyung memukul kaunter dapur . Menyentakkan aku dari lamunan .

" Jawab Jiyeon , kau masuk bilik aku ke semalam ? Jujur . " soal Taehyung sekali lagi . Dan sekarang dia berjalan mendekati aku . Aku berundur setapak . Kepala aku tundukkan , tak berani untuk memandang wajah Taehyung yang sentiasa dingin dan sekarang bertambah dingin .

" Sa-saya cuma tengok album— "

" Siapa bagi kau kebenaran masuk bilik tu ? Siapa bagi kau kebenaran sentuh barang aku ? " aku diam . Tak membalas . Tangan aku genggam dengan sangat kuat . Jantung aku tak boleh berfungsi dengan baik sekarang .

" Jawablah ! " mata aku terpejam . Rasa risau dalam diri makin menebal . Aku takut sangat - sangat . Mata aku buka kembali .

" Sa-saya cuma bosan , sa— "

" Aku tak tanya kau bosan ke tak , aku tanya siapa bagi kau kebenaran masuk dan sentuh barang aku dalam bilik tu ? " aku beranikan diri angkat kepala untuk pandang Taehyung . Dia amat - amat menakutkan saat ni . Muka dia merah , menahan marah .

" Tak ada siapa , tapi Taehyung saya tak buat apa - apa pun dalam tu . Saya cuma mas— "

" Benda senang pun kau tak boleh dengar ke Jiyeon ? Aku cuma suruh kau jangan jejakkan kaki dekat situ je . Susah ke ? " Taehyung potong percakapan aku lagi . Aku pula yang naik geram . Dari tadi dia asyik potong ayat aku .

" Taehyung , kan saya dah cakap saya cuma tengok album awak je , kenapa awak nak marah sangat ? Saya tak buat benda lain pun dalam bilik tu ! " akhirnya aku dah tertinggikan suara . Taehyung diam . Aku juga turut terdiam .

Tanpa bicara , secawan teh yang masih panas Taehyung tepis dan akhirnya mendarat dengan selamat di atas permukaan kaki aku . Aku menjerit sakit . Mata aku berair menahan perit . Taehyung berjalan meninggalkan aku di dapur . Aku ketap bibir .

Sakit hati .

" Eomma , " aku menangis . Permukaan kaki kiri aku tekup dengan tangan . Sakitnya yang teramat membuatkan aku menangis sendirian di dapur . Cawan teh yang pecah tadi aku pandang sayu . Sanggup Taehyung tepis cawan tu hanya sebab aku masuk bilik tu ? Apa yang hebat sangat bilik tu ?!

Aku bangun . Dengan terhinjut - hinjut aku berjalan ke sudut dapur untuk ambil penyapu serta penyodok . Kaca yang berterabur aku sapu sehingga bersih . Sesekali , air mata aku lap dengan lengan .

Selesai mengelap air yang tumpah , perlahan - lahan aku naik ke bilik . Kulit kaki aku habis memerah . Melecur dan terasa sangat sakit . Aku menangis semula bila aku sapukan krim pada kulit aku . Sehingga terpaksa gigit hujung baju lengan panjang aku .

Dengan berhati - hati aku membalut kaki aku dengan kain anduh . Air mata aku lap sebelum pintu bilik aku pandang . Taehyung baru sahaja keluar dari bilik dia . Kami berpandangan seketika sebelum aku mengalihkan pandangan . Perlahan - lahan aku bangun dari katil lalu menuju ke pintu bilik .

Pintu bilik aku tutup rapat . Tapi bila teringatkan kunci pendua pintu bilik ni , terus aku berjalan keluar dan menuju je arah rak yang menempatkan kunci di ruang tamu tingkat dua , iaitu tingkat bilik tidur aku dan bilik tidur Taehyung terletak . Jumpa sahaja kunci pendua bilik aku , terus aku berjalan semula ke bilik aku .

Pintu bilik aku kunci sebelum kunci pendua aku lemparkan ke karpet . Perlahan - lahan aku membaringkan tubuh aku ke katil . Kahwin paksa aku tak seindah kahwin paksa orang lain . Kahwin macamni lebih menyakitkan . Kahwin yang aku idamkan , tak tercapai . Angan - angan aku untuk ada anak pusnah serta - merta .

Cepat sahaja jari aku mengelap air mata yang menitis . Aku tak mahu menangis . Tapi air mata ni masih juga nak keluar . Aku terlampau lemah nak hadap semua ni . Sampai bila aku nak hidup macamni ? Berkahwin tapi macam tiada suami .

Aku juga nak merasakan indahnya rumahtangga , kasih sayang suami , buat aktiviti yang selalunya pasangan suami isteri buat . Tapi semua tu hilang serta - merta dari minda aku bila teringatkan yang hubungan perkahwinan aku tak terjalin sebab cinta .

Aku hanya ganti kepada pengantin perempuan yang dah tak ada hanya kerana nak tutup malu .

Sudah tiga jam aku berkurung didalam bilik . Dan aku terjaga dari tidur saat terdengar bunyi ketukan di luar bilik .

" Jiyeon , " aku mengetap bibir saat terdengar suara Jimin yang memanggil aku . Aku perlukan dia . Tapi aku taknak berjumpa dengan sesiapa pun . Lagipun aku tahu , kalau Jimin datang , pasti dia akan memujuk aku . Itukah cara Taehyung lari dari kesalahan dia ? Meminta abang aku yang pujuk aku sedangkan hal ini hal rumahtangga .

Jimin tak sepatutnya masuk campur . Dan Taehyung yang sepatutnya meminta maaf dan bukannya Jimin . Aku hanya diam . Tidak membalas . Cukuplah aku dengar suara dia .

" Yeon bukalah pintu ni . Kenapa kau nak berkurung lagi ? Keluarlah Yeon . " pujuk Jimin lagi . Aku baringkan tubuh aku semula sebelum mata aku pejamkan . Mujur aku jenis suka bawa makanan masuk bilik . Ada sudut yang aku letakkan alatan dapur yang boleh menggunakan elektrik contohnya  kettle .

Dalam almari pula aku dah simpan ramen dan juga makanan ringan yang lain . Lagipun Taehyung tak tahu . Sebab aku lebih suka buat kerja sambil makan . Disebabkan kerja aku , aku buat dalam bilik jadi aku akan simpan makanan dalam bilik .

" Yeon , "

" Baliklah Jimin , kenapa kau datang sini ? Aku tak suruh kau datang sini pun Jimin . "

" Memang kau tak suruh aku datang . Tapi Taehyung minta aku pujuk kau . Keluarlah . " aku ketap bibir dan menangis . Kenapa Jimin boleh senang - senang dengar cakap Taehyung ? Kenapa dia tak marahkan Taehyung sedangkan Taehyung yang buat aku sakit ?

" Kenapa dia suruh kau pujuk aku ? Bukan kau yang salah . Kenapa ? Dia tak tahu cara minta maaf ke ? Perlu ke libatkan orang lain dalam masalah rumahtangga sendiri ? Baliklah Jimin . " aku cuba kuatkan diri aku supaya tak buka pintu .

" Yeon , jebal . "

" Balik Jimin . Tolonglah . Aku merayu jangan ganggu aku . "

" Okay Jiyeon . Aku dengar cakap kau . Tapi tolong jaga pemakanan kau . Apa - apa telefon aku . " ujar Jimin selepas beberapa lama diamkan diri . Aku menangis . Walaupun aku halau dia balik , tapi aku sebenarnya perlukan dia sangat - sangat . Aku nak cerita semua benda yang jadi dekat dia . Aku nak dia marah Taehyung .

Tapi aku tak mampu . Aku taknak bebankan Jimin . Dia sendiri ada masalah rumahtangga dia . Aku cuma perlukan masa dan aku akan okay sendiri .

" Jiyeon , aku minta maaf . "

~ To be continue ~

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now