Masuk sahaja ke dalam syarikat milik bapa mertua aku , rambutku yang sedikit kerinting di bahagian bawah dan berwarna coklat keperangan berterbangan saat aku membuka pintu lutsinar dek menerima angin sepoi - sepoi bahasa penyaman udara .
Aku dah nekad dalam diri , nak kerja dan tak memikirkan sebarang masalah dan semestinya aku taknak diganggu oleh sesiapa pun . Yang aku tahu , aku datang sini bekerja dan aku cuba untuk berbuat tak endah terhadap pandangan mata Encik Kim Taehyung semestinya .
Dia sedang berborak bersama beberapa rakannya yang lain di sambil menunggu kehadiran lif . Begitu juga dengan aku , cuma aku berdiri sedikit jauh dari dia dan rakan dia . Abaikan mereka . Seperti apa yang dia inginkan , aku bukan sesiapa padanya ketika di pejabat mahupun dirumah .
Bunyi deringan telefon separa kuat di dalam poket seluar aku keluarkan saat menerima panggilan . Nama pemanggil aku baca dan aku slide ke kanan untuk menjawab panggilan .
" Hello ? Nae aku ada kat office . Breakfast ? Taknaklah . Aku banyak kerja . Kau keluar dengan Kak Aehyun lah . Bye Jimin . " ucapnya lalu menyimpan semula telefonku ke dalam poket seluar . Jimin ajak keluar sarapan pagi , tapi aku tolak sebab aku dah sarapan dekat hotel .
Terbuka sahaja pintu lif , aku terus masuk bersama Taehyung dan rakannya . Aku mengambil tempat di bahagian belakang . Kalau berdiri dekat depan , tqkut belakang aku diusha padat . Jadi pilihan terbaik , perempuan di belakang . Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku tak selesa .
Kim Taehyung berdiri dekat sebelah aku dan pandang aku tak lepas .
Aku mengeluh sebelum menyandarkan tubuhku ke dinding lif . Kenapalah dia mesti berdiri tepi aku ? Tak selesa . Sudahlah semalam dia buat aku sakit hati . Menangis sebab terlampau banyak kerja dan tak boleh pulang disebabkan kerja yang bertimbun . Kalau aku ni orang lama tak apa , ni orang baru tau ?
Sebaik sahaja rakan - rakan Taehyung tadi sampai di tingkat pejabat mereka berada , kini tinggal aku dan Taehyung sahaja di dalam lif . Memandangkan pejabat kami berada di tingkat atas , semestinya agak mengambil masa .
Aku menjarakkan jarak antara aku dengan Taehyung . Beg bertali panjang aku sandangkan di atas bahu kanan sebelum berpeluk tubuh .
" Kau pergi mana semalam ? Tak balik rumah ? " soalan dari Taehyung membuatkan aku memandang ke arahnya sekilas . Aku memandang ke hadapan pula . Tak terasa hendak menjawab soalannya .
Tapi lain jadinya bila tangan kirinya yang berada di di dalam poket seluar dikeluarkan lalu menarik lenganku supaya berdiri di sebelahnya . Aku mengetap bibir dan menghembus nafas dengan kasar .
" Tak ada mulut dah nak jawab soalan aku ? " soalnya lagi atau lebih kepada memerli aku sebenarnya .
" Bukan hal aw-- "
" Hal aku sebab kau isteri aku . "
" Jangan cakap pasal status kita kalau awak sendiri tak rela la Taehyung . Awak sendiri cakap taknak ada apa - apa hubungan bila dekat pejabat kan ? Jadi tak perlu tanya . " hamburku lalu menarik semula lenganku yang dipegangnya dari tadi .
Serta merta aku melangkah keluar dari lif saat lif terbuka . Terus aku menuju ke tempat aku dan memulakan kerja tanpa memandangnya yang berhenti di hadapan pintu lutsinar ruang pejabat aku dan memandang aku beberapa saat sebelum beredar ke biliknya .
Aku mengeluh .
Sukar .
Sorry pendek 😘
Nanti author belanja part panjang kayh 💕
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...