Aku mengemam bibir. Dada aku semakin rancak berdebar. Jiyeon dah mula rasa sakit nak bersalin. Perut dia mula kekejangan, belakang dia sakit dan bibir dia tak berhenti keluarkan keluhan. Dia tak boleh duduk selesa.
"Jiyeon, pandang aku."
"Jangan kacau aku Jimin." Aku mengeluh. Bahu aku yang sedia digenggam, dicengkam pula makin kuat membuatkan aku berkerut. Aku pegang lengannya. Dia berdiri tapi makin lama makin membongkok je aku tengok.
Dan nafas lega aku hela sebaik sahaja Jiyeon lepaskan bahu aku dan duduk di atas katilnya. Aku faham sakit orang nak bersalin ni. Sekejap datang sekejap pergi. Tapi aku tak tahulah rasa dia macam mana. Tapi aku hampir makan penampar Aehyun sebab benda ni la.
"Kau nak air?" Jiyeon menggeleng.
Dan posisi diubah sekali lagi. Kalini Jiyeon melutut di atas katil dan kepalanya ditekup pada katil. Aku urut belakangnya perlahan dan aku terdengar Jiyeon menangis.
"Jimin."
"Eung?"
"Taehyung tak datang ke?" Aku berkalih memandang yang lain. Kami menunduk sebelum aku menjawab.
"Tak datang." Jiyeon angkat kepalanya dan baring pula. Dia mengiring membelakangi aku dan menangis. Aku keluar dari wad bila terasa sebak. Aku raup wajah aku dan naik ke rambut.
"Sayang saya tak boleh la tengok dia macamtu." Aku mula mengadu bila terasa pinggang aku dipeluk Aehyun. Aku memeluk bahunya dan menahan sebak.
"Sabarlah Jimin."
"Kak Aehyun?" Kami berkalih dan ianya Sooji. Aku tepis air mata. Sooji mengukir senyuman nipis. Aku dan Aehyun beri ruang untuk Sooji masuk manakala kami berdua mengikutnya di belakang.
"Jiyeon." Jiyeon berkalih memandang Sooji dan bangun duduk. Dia berpelukan sekejap dengan Sooji. Jiyeon duduk semula dan aku mengajak yang lain untuk tunggu luar. Mungkin ada benda yang Jiyeon nak cakap dengan Sooji.
•
•
•
•
•
"Jiyeon, saya minta maaf tapi saya tak dapat pujuk Taehyung datang." Aku menggeleng perlahan. Aku tak menaruh harapan pun untuk Taehyung datang. Cuma jauh di hati, aku berharap dia datang.
"Takpe. Saya tak minta pun awak pujuk dia." Aku mengerutkan dahi saat perut aku terasa tak selesa.
"Jiyeon, saya tak nak kahwin dengan Taehyung."
"Kenapa awak cakap macamtu Sooji? Awak dengan dia dah bertunang. Taehyung cintakan awak." Sooji mengeleng. Tangan aku digenggam erat.
"Saya taknak rosakkan kebahagiaan awak. Saya tak sepatutnya muncul dalam hidup Taehyung."
"Saya dengan Taehyung dah bercerai hampir sebulan dah Sooji. Kalau awak tak kahwin dengan Taehyung benda tetap dah jadi." Aku mencengkam selimut kuat bila sakit makin terasa.
"Kalau awak rasa saya kawan awak, kahwin dengan Taehyung dan buat dia bahagia." Sooji menunduk.
"Fikirlah, apa akan jadi dekat anak awak kalau suatu hari nanti dia lahir, dan dia dapat tahu dia anak luar nikah dan takde ayah yang nak tanggung dia. Awak taknak dia sedih sebab masyarakat kecam kan?"
"Habistu anak awak?"
"Orang sekeliling saya tahu yang saya berkahwin dan bercerai. Sekurang-kurangnya dia pernah rasa kehadiran ayah dia waktu saya mengandungkan dia." Dan aku tersenyum nipis bila Sooji menangis.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomansaOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...