Memories

1.4K 220 144
                                    

1 month later.

Aku memandang berita tak berkelip bila berita tentang pengakuan Taehyung pula mengambil alih media. Dia buat pengakuan dan dah war-warkan Sooji sebagai tunang dia. Aku memandang pula surat di tangan aku.

Borang penceraian yang aku terima pagi tadi. Dihantar oleh postman. Aku kerling tandatangan aku yang dah tercatat disitu dengan senyuman yang nipis. Saya tak sangka yang saya akan sign surat bercerai sebulan sebelum saya bersalin.

Aku akan ke mahkamah hari Isnin minggu depan. Dan untuk kali yang terakhir, aku dapat tengok Taehyung versi suami aku sebelum berubah menjadi bekas suami.

Aku rasa nak menangis tapi aku tahan. Banyak aku bazirkan air mata selama aku mengandung. Tak bagus sebenarnya untuk baby tapi ini dugaan aku, nak buat macam mana.

"Aunty," aku berkalih memandang Jihyun yang sedang berdiri di belakang aku. Tubuhnya aku bawa ke sebelah dan baringkan Jihyun.

"Nak apa sayang?"

"Bila babychae dengan jiminjunior boleh kuar? Tak sabar." Aku ketawa kecil mendengar perkataan babychae dengan jiminjunior. Ni semua Jimin la ni. Dia yang gelar anak aku babychae dan anak dia pula jiminjunior sebab kak Aehyun mengandungkan baby boy.

"Bulan depan. Tak lama lagi Jihyun jumpa la dengan diorang. Seronok tak nak jadi hyung dengan oppa?" Jihyun mengangguk laju. Aku senyum lagi dan pipinya yang gebu aku cubit geram. Arh!!

Nanti kalau Jaemin lahir lepastu ikut muka Jimin, adalah Jihyunjunior! Kalau boleh aku pun nak anak lelaki, nak dia ikut muka Taehyung sebiji-sebiji tapi bukan rezeki. Aku terima je siapa anak aku, asalkan anak aku bersama Taehyung.

Dua sahaja benda yang aku simpan.

Eunchae, dan cincin kahwin kami.

Sebab cincin ni berharga sangat. Taehyung belikan untuk aku yang baru dan cincin ni cuma aku je ada. Sebab bukan dibeli cincin berpasangan. Jadi aku taknak buang. Aku sentuh cincin tersebut.

I love you.

"Jihyun lapar tak? Nak aunty masak apa?" Disebabkan aku dah makin sarat, Jimin tak bagi aku bawa Jihyun makan dekat luar. Bahaya sebab susah sikit nak jaga Jihyun dengan keadaan aku yang terhad ni.

Jadi aku masak dekat rumah je.

"Tak lapar. Nanti baru makan." Aku mengangguk.

"Jihyun untung sangat sebab ada eomma dengan appa yang baik. Ada keluarga yang sayangkan Jihyun sepenuh hati." Jihyun senyum. Pipinya aku usap.

"Eomma, appa, Jihyun, babychae dengan jiminjunior pun sayang aunty."

"Thank you, sayang." Aku mengukir senyum. Tubuh Jihyun aku bawa ke dalam pelukan dan kami beedua menonton televisyen bersama. Aku memandang Jihyun yang sedang mengusap perut aku.

Taehyung, lagi sebulan je anak awak nak tengok dunia.

Bila duduk macamni, aku senang sangat ingat memori aku dengan Taehyung. Bila pandang dapur, aku teringat yang dia akan teman aku masak walaupun dia tak pandai masak.

Aku kerling kaki aku yang dulunya pernah berparut sebab air panas. Parut pun dah tak ada tapi memori masih melekat dalam kepala. Tapi aku tetap sayangkan dia.

Bila tengok pintu rumah, aku teringat macam mana kami balik sama-sama dari pejabat dan terus berehat dekat sofa. Lepastu naik atas dan mandi. Semua tu tak boleh hilang.

Saya harap awak masih ingat sekurang-kurangnya satu memori kita walaupun awak benci saya. Sebab saya ingat semuanya walaupun awak dah kecewakan saya.

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now