PREVIEW 01

742 83 8
                                    


Dugeun-dugeun


Jiyeon hanya memandang gerak-geri Taehyung. Lepas kejadian atas pentas tadi, lelaki tu tak keluarkan sepatah perkataan langsung. Wajah dia jangan cakaplah, ketat nak mampus. Jiyeon memandangnya lagi dan lagi.

"Tengok aku buat apa? Pergi buat apa yang patut." dadanya tersentak. Terus dia bangun dan masuk ke dalam bilik air bersama dengan baju tidur di tangan. Taehyung melepaskan keluhan. Pelipisnya diurut sambil matanya terpejam. Sakit kepala. Tengkuk diurut pula bila terasa tekanan disitu.

Matanya mengecam Jiyeon yang dah siap berpakaian baju tidur dan bersedia untuk tidur. Tanpa kata, Jiyeon terus lelapkan mata dan berbaring membelakangi Taehyung. Tangannya menutup suis lampu dan bilik berubah gelap.

Walaupun dah cuba untuk lelapkan mata tapi Taehyung tak boleh tidur. Dalam kepala, asyik berlayar kejadian tadi. Dia tak sedar apa dia buat. Nak kata menyesal, ada la sikit. Tapi rasa macam dia sendiri yang rela nak buat macamtu.

Kepalanya berkalih memandang katil Jiyeon. Telinganya menangkap bunyi hembusan nafas Jiyeon yang sememangnya dah tidur nyenyak. Selimut diselak dan punggungnya dilabuhkan di birai katil. Bibirnya digigit dan selepas beberapa saat berfikir, dia bangun dari katil.

Dan dengan langkah yang tertib, Taehyung memanjat katil Jiyeon dan berbaring di sebelah isterinya. Pergerakan kecil wanita itu membuatkan tubuhnya mengeras bersama nafas yang ditahan. Takut Jiyeon sedar.

Selepas beberapa saat, nafas lega dihelakan. Taehyung selesakan baringnya dan menarik selimut menutup tubuh kemudian matanya dipejam. Selepas beberapa saat, dibuka semula dan kali ini dengan beraninya tangan kanan diangkat.

Pinggang Jiyeon dirangkul dan serentak tangan kirinya diselit ke bawah leher wanita itu. Terus tubuhnya merapat dan wajahnya disembam pada belakang leher Jiyeon. Sumpah dia tak tahu kenapa dia buat macamni, tapi tubuh dia yang bergerak.

Jauh di sudut hati, memang Taehyung taknak sentuh mana-mana perempuan selain Eunhwa tapi dia cuba untuk nafikan. Taehyung akan buktikan yang kata-kata Seojun lebih kurang satu jam yang lepas takkan berulang lagi. Dahinya sedikit berkerut menahan getaran di dada yang sangat kuat dan tidak menyenangkan. Lama-kelamaan dia terlelap dan dengkuran halus mula kedengaran.

Jiyeon memandang tangan Taehyung yang berada di bawah lehernya. Dia turut rasa getaran yang sama. Malah sejak petang tadi. Dia dah jatuh cinta dengan Taehyung ke? Tak mungkinlah kan? Atau sebenarnya memang dah jatuh cinta?

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now