Tunamayo

1.9K 202 38
                                    

"Bertuah betul korang ni kan? Datang rumah aku semata-mata nak suruh aku buat roti yang korang makan waktu sekolah menengah?" Aku yang sedang bersila di atas sofa sambil memeluk Jihyun yang duduk di atas riba aku hanya mengangguk.

"Ingat sweet?" Jimin menjeling dan masuk ke dapur.

"Appa Jihyun tu mengada je. Minta buat roti pun bising." Ujarku pada Jihyun. Taehyung mendukung Jihyun dan dibawa ke laman rumah Jimin manakala aku ke dapur nak jenguk abang tersayang.

"Dulu kau juga pesan jangan merajuk banyak sekarang asal kau yang banyak merajuk?" Walaupun aku dah tahu kenapa aku saja tanya. Ni semua sebab kalini Jimin yang dapat perangai si ibu mengandung. Hati tu ish sensitif sangat!

Aku peluk Jimin dari belakang. Rindu Jimin.

"Kau belum ada isi ke dik?"

"Tak, kenapa?"

"Korang dah lama kahwin. Kerja keras sikit." Aku hanya diam dan menutup mata sambil bersandar di bahu Jimin. Aku pun tak tahu kenapa tak mengandung-mengandung lagi. Belum ada rezeki kut. Gila kau tak teringin nak menngandung.

"Kak Aehyun mana? Dari tadi tak nampak."

"Dia pergi pasar pagi dengan jiran sebelah. Aku nak bawa dia taknak." Aku tersenyum. Aku menjenguk tangan Jimin yang sibuk di bawah sana. Fuh pro lah Jimin! Dah nampak sedap ni macam mana?

Sedang aku sibuk perhati Jimin spread tunamayo atas roti, aku terperasankan Taehyung yang dah ada depan kami dengan Jihyun di dukungan. Tak lama selepas beberapa minit, terdengar loceng berbunyi. Kak Aehyun balik!

Aku lepaskan pelukan dan berlari anak ke pintu utama. Sebaik sahaja dibuka pintu, aku terus peluk kak Aehyun dan kami sama-sama jerit. Rindunya!!

"Bila Jiyeon sampai?"

"Baru je, takde la lama sangat. Jom pergi dapur, Jimin tengah buat tunamayo untuk sarapan. Akak mesti tak pernah rasa yang Jimin buat kan?" Kak Aehyun mengangguk-angguk dan kami bersama berlalu ke dapur.

"Hi Taehyung, sihat ke?"

"Sihat kak. Akak sihat?" Kak Aehyun mengangguk sambil senyum. Dia letak barang yang dia beli atas kaunter dapur dan berdiri di sebelah Jimin. Mereka berdua sempat bercium sesaat. Aku kerling tubuh kak Aehyun. Dia memang takkan naik berat ke kalau mengandung?

Sumpah kak Aehyun punya body elok. Sebabtu juga kut Jimin tak tahu yang kak Aehyun mengandung. Susah nak cam sikit. Padahal nak dekat sebulan dah.

"Korang tak kerja harini?"

"Tak, esok dah nak bertolak. Harini rehat." Jawab Taehyung. Jihyun yang tadi atas riba sekarang dah duduk atas kaunter membuatkan Taehyung asyik sembam muka dia dekat badan Jihyun. Aku tersenyum.

Taehyung suka budak tapi aku tak mengandung lagi. Sedihnya.

Aku cuma berharap yang aku mampu bagi dia anak. Itu je.

"Makan tengahari sini ya?"

Kami berdua mengangguk. Siap tunamayo yang Jimin buat, kami sama-sama sarapan sambil berborak macam-macam. Kalini aku pula pegang Jihyun sebab aku nak bagi dia minum susu.

Sambil meriba Jihyun, aku makan perlahan-lahan.

"Kau okay tak ni? Kenapa muram je?" Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku. Kepala aku tak boleh lari dari fikir negatif tau? Aku takut satu benda sampai asyik terfikir walaupun benda tu tak pasti pun. Aku kesian dengan Taehyung.

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now