JK

1.9K 210 19
                                    

Aku landing di atas bahu Taehyung sementara menunggu kak Aehyun kemas beg Jihyun. Aku ketawa tengok Jimin geletek Jihyun. Sampai nyaring suara Jihyun gelak sebab geli. Jimin dirikan Jihyun dan seluar anak dia yang makin ke bawah ditarik ke atas semula.

"Aigoo anak appa ni, comel macam siapa?" Soal Jimin dan hidung Jihyun dilagakan dengan hidung dia. Jimin dukung Jihyun dan berdiri. Dia duduk di atas sofa pula dan bersandar.

"Sayang, dah ke belum?" Aku berkalih memandang tangga dan kak Aehyun tengah turun sambil bawa beg Jihyun. Kami mula bergerak sekali memandangkan Jimin nak tumpang Taehyung.

Kak Aehyun tak larat nak dukung Jihyun dan Jimin masih tak tahu kak Aehyun mengandung. Selow la abang aku ni.

Sampai sahaja di hotel yang merupakan hotel ayah Leesa, kami keluar dari kereta dan masuk ke dalam hotel.Aku terpegun tengok hiasan mewah perkahwinan Jungkook. Bukan biasa-biasa. Kami mengambil tempat di meja yang tertanda, Bangtan.

Dua meja yang disediakan atas nama Bangtan. Aku kerling ke sebelah. Nasib baik lah Jihyun memang terbiasa dengan Jimin. Sebab dia makin besar dan kak Aehyun memang tak boleh dukung dia. Tengok la tu, tak duduk diam.

"Jihyun seronok eh uncle Jungkook nak kahwin?" Soalku sambil pipinya aku cuit. Aku tersenyum bila Jihyun ketawa. Bajunya yang terselak aku kemaskan. Rambutnya aku usap.

"Buas betul dia harini." Ucap Jimin dan ya aku tak nafikan.

"Sini aku dukung." Pinta Taehyung, aku ambil Jihyun dari Jimin dan hulur pada Taehyung. Charmingnya suami saya bila dukung budak. Ehem. Aku pandang Kak Aehyun yang duduk di sebelah Jimin.

"Kak Aehyun okay tak?" Soalku membuatkan Jimin turut berkalih memandang kak Aehyun.

"Okay je. Sorry awak tak boleh dukung Jihyun. Saya tak larat." Jimin menggeleng tanda tak apa. Bahu kak Aehyun dipeluknya dan aku berkalih memandang ke pintu utama dewan. Ouh Jungkook dah sampai.

Jungkook berjalan masuk dan menuju ke atas pentas. Berdiri di hadapan paderi dengan segak. Dan tak lama selepas itu, ketibaan pengantin perempuan diumumkan.

"Cantik betul Leesa tu." Ujarku dan Taehyung memandang aku.

"Apa?"

"Sayang cantik lagi." Aku mencebik. Kami mula menepuk tangan bila mereka berdua bercium. Aku ketawa kecil bila Taehyung, Jimin dengan Seokjin bunyikan wisel buatan sendiri.

Jungkook mengambil mic dari meja yang Seokjin duduk. Rasanya dia nak cakap sesuatu kut.

"Lepasni ada majlis tari-menari dekat ballroom sebelah. Lepas makan bolehlah pergi. Dan selepas tu ada sesi bergambar. Boleh stay kalau nak bergambar. Jemput makan." Ujarnya dan tetamu mula menjamu selera.

Disebabkan Taehyung dukung Jihyun jadi aku suapkan dia makan. Aku pun tak lalu sangat nak makan jadi aku kongsi je makanan dengan Taehyung.

Ramai tetamu mula tinggalkan dewan makan dan beralih ke ballroom untuk majlis tari menari. Kami pula merupakan orang terakhir yang meninggalkan dewan makan.

"Pegangkan Jihyun. Aku kena naik pentas." Walaupun keliru aku tetap terima huluran Taehyung dan Jihyun beralih ke dalam dukungan aku. Kenapa Jimin pun naik pentas sekali? Eo? Bangtan?

Aku mula tergamam bila diorang menyanyi atas pentas. Aku tak tahu diorang mempunyai bakat macamni. Yang aku tahu Taehyung cuma pandai menyanyi tapi aku tak tahu diorang semua berkebolehan.

Louder than Bombs by BTS version acoustic dimainkan.

Aku hayati suara merdua diorang sambil bergerak ke kiri dan kanan, rasanya Jihyun mengantuk sebab dengan appa dia menyanyi. Akhirnya dia terlena atas bahu aku. Kak Aehyun pandang aku serba salah.

"Bila nak bagitahu Jimin yang akak mengandung?"

"Akak tunggu esok malam. Sempena anniversary kami berdua. Akak nak masak dinner. Jadi akak nak minta tolong Jiyeon jagakan Jihyun boleh?" Aku menekup mulut.

Dah anniversary diorang berdua esok? Maksudnya dah 4 tahun la kan? Sebab sekarang Jihyun dua tahun. Kak Aehyun mengandungkan Jihyun lepas dua tahun diorang kahwin. Aku tersenyum dan mengangguk.

"Takpe dua hari ni biar Jihyun duduk dengan Jiyeon. Balik nanti ambil baju dia." Kak Aehyun mengangguk dan aku tersenyum. Jimin ni, bertuah sangat dapat kak Aehyun.

"Akak rasa anak Jiyeon mesti kecil macam Jihyun bila lahir. Dulu waktu akak mengandungkan Jihyun, bulan ketiga baru perut nampak betul. Tapi nasib baik berat dia okay je."

"Itulah, Jiyeon pun tak percaya sebab dah dua bulan mengandung sebenarnya. Harapnya dia sihat je la bila dah makin besar nanti."

Aku memandang Taehyung yang sedang meluru ke arah aku. Kerusi disebelah aku diduduk dan bahu aku dipeluknya.

"Lepasni kita bergambar dengan diorang. Lepastu kita balik. Kesian kak Aehyun kena tunggu lama." Aku mengangguk setuju. Taehyung ambil alih Jihyun dan punggung Jihyun ditepuknya supaya kembali lena.

"Yang perempuan boleh datang depan. Bergambar dengan pengantin dulu." Aku dan kak Aehyun bangun bersama dan menuju ke arahLeesa dan Jungkook. Kami berdiri di sebelah mereka dan bersedia untuk bergambar.

"Okay, sekarang lelaki pula."

Aku bergerak ke tepi bersama kak Aehyun. Aku berkalih memandang ke kiri bila terasa bahu aku disentuh seseorang. Terbuntang mata aku melihat gerangan manusia tersebut.

"Doktor Lia?!" Aku terus peluk tubuhnya.

"Tak sangka boleh jumpa."

"Saya tak nampak doktor pun tadi."

"Saya baru sampai. Datang dari hospital." Aku tersenyum sambil mengangguk.

"Macam mana doktor boleh datang sini? Kenal dengan Jungkook atau dengan Leesa?"

Doktor Lia tersenyum.

"Saya tunang Hoseok. Saya kenal Bangtan termasuk Aehyun." Jawapannya membuatkan aku ternganga. What?! Kenapa aku tak pernah tahu? Tapi yelah aku tak pernah jumpa Bangtan selain dari Jimin.

Isteri Namjoon, Yoongi dengan Seokjin pun aku tak kenal sangat.

"Kenalan rapat pengantin boleh sedia. Kita tangkap gambar." Kami bergerak dan kali ini berdiri bersama pasangan masing-masing. Terasa pinggang aku dirangkul Taehyung. Aku mengukir senyuman dan pandang kamera.

It's great to capture happy moments like this. Aku takde gambar kahwin dengan Taehyung dekat rumah. Tapi takpelah, sekarang dah bahagia. Aku pun bakal jadi eomma.

Tetamu mula bersurai. Aku menyapa akak-akak bangtan sebelum balik terlebih dahulu. Kak Aehyun nampak letih. Aku dan Taehyung berjalan di belakang Jimin dan kak Aehyun.

"Sayang, awak demam ke? Dari tadi diam je? Selalu mulut awak paling bising." Aku ketawa perlahan dengar kata-kata Jimin. Jahat dia cakap kak Aehyun bising. Aku tolak bahunya dari belakang.

"Kau jahat la cakap kak Aehyun bising. Dia penat la."

"Takdelah. Badan tak panas pun. Period pun tak kan? Saya siap tolong kemas rumah lagi. Mana ada buat salah."

"Saya pening sikit."

"Alright, kita balik pastu awak rehat."

[ To be continue ]

Chapter ni biasa biasa ja hooo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter ni biasa biasa ja hooo

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now