🎊 CONGRATULATIONS 🎊Bangtan menepuk tangan gemuruh diikuti dengan tetamu jemputan yang lain. Hari ini, 12 Oktober 2020 Kim Taehyung berjaya melancarkan projek pembangunan hotel barunya yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul.
Bukan senang nak deal dengan pemilik tanah sini untuk adakan projek sebab kena yakinkan bahawa hotel ni boleh menjamin keuntungan dan sambutan ramai. Tapi Taehyung berjaya.
"일단(first), saya nak ucapkan terima kasih kepada pekerja KIM GROUP yang tak berhenti sokong saya, jadi tulang belakang saya selamani. Lagi-lagi tiga ketul manusia yang ada dekat sebelah saya ni."
Kata-kata Taehyung mengundang tawa dari tetamu. Kayla, Iseul dan Sooji hanya mampu tersenyum paksa. Boleh pula Encik Taehyung panggil kami tiga ketul depan orang ramai ni?
"Terima kasih juga saya nak ucapkan pada appa saya, pemilik KIM GROUP. 역시, 우리 아버지 잘이지(yeokshi, my abeoji is the best)!" Taehyung tersenyum lebar sambil memandang ayahnya. Pandangan mata Taehyung beralih kepada Jiyeon. Mereka berbalas senyuman.
"Um, saya nak curi masa sekejap." Taehyung berlari anak turun ke meja dimana Jiyeon berada. Terus Jiyeon didukung naik ke atas pentas. Jiyeon menekup mulut, tak percaya dengan tindakan Taehyung.
Tepukan gemuruh mula kedengaran.
"Harini, hari yang bermakna sangat sebab tarikh ni tarikh dimana kami berdua disatukan." Taehyung beralih menghadap Jiyeon dan tangan Jiyeon digenggam.
"Dah banyak benda kami lalui jadi saya nak bagi sesuatu untuk isteri saya." Kayla datang membawa sesuatu. Jiyeon memerhati pelik tindak tanduk Taehyung. Dan matanya mengecam cincin yang sedang dipegang oleh Taehyung.
"Cincin ni saya tempah dekat CHANEL khas untuk awak. Sempena anniversary kita yang ke-3. Je t'aime Kim Jiyeon." Cincin yang istimewa tersebut disarungkan dan Taehyung memeluk Jiyeon seeratnya.
"Sekejap." Taehyung memimpin Jiyeon turun dari pentas terlebih dahulu sebelum naik ke atas untuk memberi ucapan sepenuhnya.
Jiyeon menilik cincin yang Taehyung sarungkan buatnya. Cantik. Cantik sangat. Jiyeon mengusap perutnya. Syukur dah tiga bulan mengandung, dia rasa gembira dangat sebab kalini Taehyung ada dengan dia.
Jiyeon berkalih mencari kelibat ibu mertuanya. Dan bibirnya mengukir senyuman bila terlihat Eunchae duduk diam di atas riba ibu mertuanya. Jiyeon memandang Jihyun pula.
Jihyun turun dari riba kak Aehyun dan berjalan ke arah Jiyeon. Perut Jiyeon disapa perlahan dengan tapak tangannya yang kecil. Jiyeon mengusap kepala Jihyun.
"Kenapa?"
"Baby tidur aunty." Jiyeon ketawa kecil dan mengangguk. Syukur, dia bersyukur sangat yang dia masih berpeluang nak teruskan hidup bersama orang yang dia sangat sayang. Jiyeon memandang Jimin.
Jaemin tengah seronok cubit pipi appa dia.
"Terima kasih." Dan tetamu memberikan tepukan setelah Taehyung habis bicaranya di atas pentas. Kini tetamu dijemput untuk menjamu selera. Taehyung menarik tangan Jiyeon keluar dari dewan.
"Awak nak pergi mana?" Mereka masuk ke dalam lif dan Taehyung menekan butang tingkat paling atas. Iaitu balkoni yang menampakkan kota Seoul. Jiyeon mengamati permandangan malam yang indah tersebut.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomansaOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...