Not good in cooking

1.7K 208 43
                                    

Aku bersandar di sofa dan kaki diangkat ke naik ke atas riba Taehyung yang tengah bersila atas lantai. Kaki aku bengkak sikit sebab harini banyak gila berjalan dekat ofis. Jadi encik suami aku yang baik nak tolong urut.

Aku tegakkan badan dan tengok Taehyung mengurut. Rambutnya aku main dan aku cium.

"Awak basuh rambut tak mandi tadi?" Soalku dan Taehyung menggeleng. Aku mencubit pipinya. Asal tangan aku tak boleh duduk diam ni? Satu muka dia aku raba.

"우리 아들(my son), tengok appa tak basuh rambut bila mandi. Tahu tak rambut appa bau macam apa?" Soalku sambil usap perut tapi mata aku pandang Taehyung yang tersengih macam kerang busuk. Aku main lagi rambut Taehyung.

"Appa tak basuh rambut pun eomma suka je?" Aku ketawa sambil mengangguk. Tak dinafikan, Taehyung tak mandi pun aku suka, mandi lagi aku suka. Syukur.

"Taehyung saya lapar."

"Kita dah makan tadi sebelum balik. Awak lapar lagi?" Aku mengangguk. Taehyung menyentuh perut aku. Namun selepas beberapa saat matanya membesar membuatkan aku turut ternganga.

Baby's first kick!

"Anak appa lapar eh?" Perut aku diusap-usapnya. Taehyung bangun dan memimpin aku ke dapur. Aku duduk di kaunter dan memandang Taehyung sintingkan lengan baju dia. Sambil menongkat dagu, aku senyum.

"Sayang, you knew I was a bad cooker. Only good in cleaning dishes okay?"

"I know."

Aku hanya perhati Taehyung masak nasi, goreng telur mata, ambil kimchi dalam peti ais, taruk nasi dalam mangkuk, letak telur atas nasi, letak kimchi dekat tepi. Dan yang terakhir, rumpai laut, sesame seed, sesame oil.

Aku tersengih. Nampak sedap. Taehyung gaulkan semuanya sekali dan duduk disebelah aku. Sesudu nasi disuap dan aku mengangguk berkali-kali. Taehyung suap pula pada dia sendiri dan menggeleng.

"Tak rasa apa pun. Tak sedap."

"Saya rasa sedap. Sini saya makan. Lapar ni." Aku ambil mangkuk nasi tersebut dan makan dengan hati yang riang. Aku kerling Taehyung. Pipinya aku sentuh.

"Atleast awak kena tahu masak untuk diri sendiri. Nanti saya dah sarat saya tak boleh masak macam selalu dekat awak." Rambutnya aku usap lagi. Taehyung mengangguk sekali dan tangan aku diciumnya.

"Esok ada checkup kan?"

Aku mengangguk. Untung dapat suami ingat tarikh checkup sebab aku yang lupa. Aku tersenyum lagi bila Taehyung basuhkan mangkuk aku. Aku mengikut langkahnya ke depan, duduk di ruang tamu.

Taehyung bersandar di sofa manakala aku mengiring berbantalkan peha Taehyung. Aku layankan saja Frozen 2 yang Taehyung buka walaupun dah 10 kali dia tengok. Kenapala dia suka tengok kartun? Dah la kartun perempuan.

"Taehyung."

"Hm?"

"Awak rasa anak kita lelaki ke perempuan?" Soalku sambil mengusap perut. Terasa rambut aku dimain oleh Taehyung membuatkan mata aku terpejam. Nikmat tu bila ada orang main rambut.

 Nikmat tu bila ada orang main rambut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now