7 Months

1.4K 209 94
                                    

5 months later.

Aku keluar dari bilik Doktor Lia selepas membuat checkup. Aku menuju ke lif bersama Jihyun dan terus ke kereta aku. Kereta ni Jimin yang ambil dekat rumah Taehyung tiga hari lepas kejadian tu.

"Aunty.."

"Ya sayang?"

"Lapar." Aku tersenyum. Sempat aku singgah drivethru mcd terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Semenjak duduk dengan Jimin, Jihyun memang banyak luang masa dengan aku.

Dia dah tak duduk rumah eomma Kak Aehyun sebab aku boleh jaga dia dekat rumah. Jadi hari-hari aku ajar dia sampai dia dah lancar cakap. Tak ambil masa sangat sebab aku memang banyak cakap dengan dia.

Aku memimpin tangan Jihyun masuk ke dalam rumah sambil membawa makanan yang dibeli tadi. Kami duduk di ruang tamu dan aku buka televisyen. Takdelah sunyi sangat. Belum sempat nak tukar siaran, aku diam melihat berita yang terpampang di televisyen.

CEO KIM GROUP yang baru sahaja dilantik dua bulan lepas, Kim Taehyung tular di sosial media saat tersebar berita beliau mempunyai teman wanita—

Aku terus tukar rancangan. Memang berita ni tular dekat merata tempat sebab aku sendiri nampak. Aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana lepas nampak benda ni. Aku dah tak kerja dengan dia, aku tak nampak dia buat apa.

Dengan siapa dia berkawan. Aku nak tanya Kayla dengan Iseul tapi aku takut aku tak boleh terima kalau Taehyung betul-betul ada teman wanita.

"Aunty, jangan nangis." Aku ketap bibir kuat bila Jihyun berdiri di hadapan aku dan wajah aku disentuhnya. Aku bawa Jihyun ke dalam pelukan.

"Aunty tak nangis." Aku menepis air mata. Jihyun aku dudukkan di riba dan aku buka makanan. Aku suap dia perlahan-lahan. Aku hanya tersenyum bila sekejap-sekejap dia akan melangut pandang aku. Aku tahu dia nak tengok aku menangis ke tidak.

"Nanti anak aunty lahir, Jihyun janji akan kawan dengan dia eung?"

"Eung!"

"Seronok tak nak dapat dua adik?" Jihyun tersengih dan kentang disua pada aku. Kami berkalih memandang ke pintu bila seseorang baru sahaja balik. Awalnya Jimin balik.

"Awal kau balik?" Soalku. Jimin mengangguk dan turut bersila.

"Aku half day. Dah pergi hospital?" Aku mengangguk. Burger yang aku beli untuk Jimin aku hulur dan Jimin turut menjamu selera. Kak Aehyun je belum balik lagi.

"Stop crying. Aku tak suka tengok kau menangis." Aku memandang Jimin yang tiba-tiba berkata. Aku menggeleng perlahan. Nampak sangat ke muka aku macam baru lepas nangis?

"Mana ada."

"Aku dah ambil cuti seminggu sebelum kau bersalin. Aku risau kalau ada apa-apa jadi." Aku tersenyum nipis. Sepatutnya bukan Jimin yang kena ambil cuti tapi orang yang tengah tular dekat sosial media tu sebenarnya.

Aku cuba nak tepis segala negative thoughts dalam kepala aku tapi tak boleh. Aku mula fikir yang Taehyung dah tak cintakan aku, sebabtu dia cari perempuan lain. Aku takut.

Dia tak ingat ke dia ada isteri yang tengah sarat mengandungkan anak dia? Kurang dari dua bulan je lagi anak dia bakal lahir. Dia tak ingat?

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now