2 days later
Aku menongkat dagu memandang Jihyun koyak kertas kosong. Aku nak ajar dia menulis dia pergi koyak kertas pula. Dan tangan aku bergerak pantas menarik kertas di tangan Jihyun yang hampir sahaja masuk mulut.
"Jihyun-ah, kertas ni bukan untuk dimakan. Aigoo anak siapa la ni nak makan kertas." Dan terasa dahi aku ditunjal membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.
"Jangan nak perli aku eh, semua budak pernah nak makan kertas. Kau pun sama je." Aku mencebik dan beralih ke Jihyun semula. Tubuhnya aku peluk dari belakang. Pensel aku pegangkan pada Jihyun dan tangannya aku genggam.
"a, b, c,"
"by!"
Itu je lah yang dia tahu. Asal nampak huruf B, dia sibuk nak pegang perut aku. Lepastu dia beralih pula pada Kak Aehyun dan perut Kak Aehyun turut disentuh.
"by!"
"Sebutlah betul-betul sayang. Ba..by!" Ujar Kak Aehyun sambil meriba Jihyun. Kertas yang Jihyun guna tadi ditarik dan berbuat yang sama pada Jihyun. Aku mengemam bibir. Comel sangat la Jihyun!
"Taehyung okay?"
"Okay, dia cakap malamni dia gerak pergi rumah eomma. Dia bosan." Aku mengangguk. Aku mendekat ke arah Jimin dan duduk di hadapannya. Jimin duduk dekat atas sofa.
"Jimin urutkan bahu aku kejap. Lenguh la." Dan Jimin hanya menurut. Jarinya mula mengurut bahu aku membuatkan aku memejam mata. Sumpah lenguh sebab tunduk lama sangat.
"Sekejap lagi kau naik atas mandi. Lepastu turun kita makan. Aku order je malamni." Aku mengangguk dan cuba menahan sakit sebab Jimin urut kuat sangat. Aku menjauh bila terasa lega.
"Aku naik dulu." Aku meminta diri dan mendaki tangga. Aku masuk ke dalam bilik dan mencapai tuala untuk mandi. Siap bersihkan diri, aku keluar dan pakai baju terlebih dahulu.
Dan sedang aku sidai tuala, bunyi tangisan Jihyun membuatkan dahi aku berkerut. Kenapa Jihyun menangis kuat sangat? Aku membuka pintu dan aku terkaku.
Aku turun ke bawah dengan berhati-hati. Aku ketap bibir bila Jimin terbaring lemah di atas lantai dengan luka di wajah. Aku mendekati kak Aehyun. Jihyun yang dalam dukungan Jiho membuatkan aku risau.
"Awak nak apa Jiho?!"
"Korang semua penipu!! Kau ingat aku bodoh?! Aku tahu kau isteri Taehyung!!" Aku telan liur pahit. Tangisan Jihyun yang semakin menjadi-jadi membuatkan aku terasa sebak. Aku dah libatkan Jihyun, Jimin dengan Kak Aehyun.
"Saya ikut awak tapi lepaskan dia!" Jiho memandang aku tajam.
"Lepaskan dia dan saya janji saya ikut awak." Ucapku perlahan sambil mendekatinya. Jihyun aku ambil dan aku serahkan pada Kak Aehyun. Aku ketap bibir saat lengan aku ditarik Jiho.
Jujur aku tak mampu.
Jimin.
"Biar saya tengok abang saya dulu!" Ujarku dan Jiho berhenti menarik aku. Lengan aku dilepas kasar dan aku meluru ke arah Jimin. Aku rangkul tubuhnya dan aku pelik erat sambil menangis.
Pipi Jimin aku usap perlahan.
"Jangan ikut dia.."
"Aku sayang kau Jimin. Bagitahu Taehung jangan risaukan aku." Dahi Jimin sempat aku cium dan tangan aku ditarik Jiho. Aku mengikut langkahnya keluar dari rumah Jimin dan masuk ke dalam keretanya.
Dalam keadaan terpaksa, aku pakai tali pinggang keledar. Aku mengerling Jiho. Dalam kepala aku ligat fikir ayat nak psiko dia. Tapi aku simpan terlebih dahulu. Aku nak korek cerita.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomansaOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...