Rambut aku sikat menggunakan tangan supaya tak kelihatan kusut sebaik sahaja ikatan sanggul yang aku buat pagi tadi sudah terlerai. Sambil menahan geram di dada, aku menggayakan rambut aku ke bawah tanpa diikat dan dibawa ke depan. Ini semua sebab Taehyung.
"Tak ada guna pun awak tutup, ramai orang dah nampak la." Aku memandang refleksi Iseul di cermin. Sedap betul dia sandar dekat dinding sambil perli aku. Aku menjelingnya sambil membetulkan rambut aku.
"Nampak sangat orang dekat sini asyik nak scan leher orang je. Takde tempat lain nak tengok?" Bebel aku lagi dan kali ini Iseul menapak dekat ke arah aku dan bahu aku dipeluknya.
"Taehyung panggil personal assistant dia masuk ofis. Sebabtu saya datang sini. Dia nak jumpa awak." Ujar Iseul dan aku semakin geram. Nak panggil-panggil pula. Aku dah bagitahu dia la dia ada tiga mesyuarat harini. Buat apa nak jumpa aku lagi?
"Pergi cepat." Tubuh aku ditolak dan aku hanya mengalah sebelum berjalan perlahan ke arah bilik Taehyung. Pintunya aku ketuk dan aku masuk setelah dijawab olehnya dari dalam. Aku berdiri di hujung meja milik Taehyung sambil memandang bawah.
"Masam betul muka. Cuba ceria sikit?" Aku berdecit perlahan.
"Encik Taehyung nak jumpa saya ada apa? Saya ada banyak lagi kerja nak siapkan. Kalau takde saya nak minta diri." Tanpa berlengah aku berbicara. Malas nak hadap perangai main-main dia. Dia memang sengaja yang teramat.
"I'm not calling you as my PA but I call you as my wife." ujar Taehyung dan aku hanya mendiamkan diri. Sehinggalah Taehyung sendiri bangun dan tubuh aku dipeluknya dari belakang. Sebaik sahaja bibirnya hinggap di leher aku yang ditutup dengan rambut, segera aku menjauh.
"Apa? Nak tambah banyak-banyak lagi? Awak jangan bagi saya malu lagi boleh tak? Harini semua orang asyik cakap pasal leher saya tahu tak?" Marahku dan aku semakin membara saat Taehyung smirk.
"Kau nak malu buat apa? Semua orang dah tahu la kita suami isteri."
Aku mencebik tak puas hati. Memang la semua orang dah mula tahu tapi semua mulut bercakap pasal aku bukannya dia. Aku tak buat pun dekat dia. Sikit pun tak ada. Aku duduk di hujung meja miliknya dan memandang Taehyung yang masih tersenyum.
"Awak nak cakap apa?"
"Aku dah apply cuti untuk kita berdua dan appa dah approved. Dua minggu." Terangkat kening aku. Dua minggu dia minta cuti? Lama-lama nak pergi mana?
"Guess what?" Aku mengangkat bahu tanda tak tahu. Taehyung mengambil sesuatu dari poket di dalam kotnya sebelum dihulurkan sampul tersebut pada aku. Dengan perasaan ingin tahu yang kuat aku buka sampul tersebut. Serta merta mata aku terbuka luas.
"Maldives?! Seychelles?!" Terus sahaja aku berdiri sambil memandang Taehyung. Dan saat Taehyung mengangguk, aku memeluk lehernya sambil menahan perasaan yang sangat-sangat gembira.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...