Tangan terlalu gatal nak publish sekarang. At least esok korang boleh sahur dengan aman. Sayang author tak?
1 month later
Harini, wedding Taehyung. Diorang lewatkan tiga bulan jadi sekarang dah bulan March. 7 March.
"Kau taknak ikut kitorang ke?" Soalan Jimin aku balas dengan gelengan. Dia dan Kak Aehyun dah bersiap nak pergi wedding Taehyung. Jihyun dengan Jaemin pula ada dekat rumah eomma kak Aehyun.
Jimin mengangguk dan dia keluar dari rumah selepas dahi aku diciumnya.
Aku dapat tahu yang wedding Taehyung diadakan dekat tempat yang sama kami berdua kahwin dulu. Sebenarnya aku akan pergi, aku nak tengok Taehyung dengan Sooji kahwin sebab aku kesian dekat Sooji.
Apa pula dia kata nanti sebab waktu aku bersalin dia datang melawat. Jadi aku pergi tapi tanpa pengetahuan Jimin. Aku mendukung Eunchae dan keluar dari rumah. Eunchae aku letakkan dia baby seat dan beralih ke tempat pemandu.
Terus aku menuju ke hotel milik datuk Taehyung dan masuk ke dalam. Disebabkan dewan malap, aku rasa tak ada yang perasan kalau aku duduk belakang-belakang. Aku nampak Jimin dengan yang lain duduk dekat meja paling depan.
Selepas beberapa minit, Taehyung naik ke atas pentas. Aku tak tahu kenapa tapi gambaran wajah dia nampak muram. Hanya menunduk. Malah lebih muram dari waktu aku dengan dia nak berkahwin haritu.
Dia cintakan Sooji kan? Kenapa dia nampak sedih?
Dan kini mata tetamu termasuklah aku mula beralih ke pintu masuk dewan. Tapi sebaik sahaja pengantin perempuan masuk, dahi aku berkerut seribu. Apa yang aku nampak ni?
Aku berkalih memandang sekeliling dewan. Aku dapati kelibat Sooji baru sahaja keluar dari dewan melalui pintu kecil di sebelah pintu utama membuatkan aku turut keluar untuk mengejar Sooji.
"Lee Sooji!" Sooji berhenti dan memandang aku. Aku mendekatinya dan tangan Sooji aku tarik menuju ke lobi hotel. Kami duduk dan aku memandang wajahnya yang memaparkan reaksi biasa.
"Sooji, apa jadi sebenarnya ni? Kenapa bukan awak yang kahwin dengan Taehyung? Saya tak faham."
"Saya pun baru tahu hal sebenar semalam, Jiyeon."
"Ikut saya balik rumah dan cerita semuanya."
Sooji mengangguk dan mengikut aku balik ke rumah Jimin. Sempat aku hidangkan dia air sementara Sooji pegangkan Eunchae untuk aku. Aku duduk di sebelahnya, menunggu kata-kata dari mulut Sooji.
•
•
•
•
•
Aku dan yang lain tak bekerdip memandang pengantin perempuan yang sedang berjalan masuk ke dalam dewan. Apani? Kenapa bukan Sooji yang masuk ke dalam dewan?
Aku berkalih memandang Taehyung yang sedang memandang meja aku dan yang lain tengah duduk sekarang. Wajahnya kusut dan sedih.
"Guys, what is going on? I thought Taehyung's bride is Lee Sooji?"
Kami semua memandang Namjoon hyung.
"Aku rasa ada benda tak kena hyung. Taehyung tengah minta tolong kita." Kami memandang ke arah Taehyung sebaik sahaja Jungkook menegur.
"Jimin, Jungkook. Korang berdua pergi tunggu dalam kereta. Aku dengan Namjoon settlekan jalan lain, Jin dengan Yoongi hyung tolong Taehyung cover line sebab ada wartawan dekat luar sana."
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
Storie d'amoreOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...