Semi Special 4

1.7K 227 101
                                    

2 month later.

"Sini, saya bukakan." Aku berkalih sesaat, memandang Taehyung. Aku angkat baju aku dan Taehyung tolong bukakan balutan luka di perut aku. Luka ni betul-betul atas tulang v line aku. Nasib sangat. Kalau kena tulang tu aku tak tahulah.

Taehyung duduk di kerusi meja solek dan pinggang aku ditarik supaya mendekat.

"Dah tak nampak sangat." Aku mencebik dan pandang refleksi aku di cermin. Dah dua bulan aku tak berhenti sapu krim supaya parut dia hilang tapi nampaknya susah sebab ni parut bekas jahitan.

"Nak sapu krim lagi ke?" Aku angguk. Taehyung berkalih dan cotton bud diambil kemudian diambil sikit krim. Aku turut menunduk untuk melihat. Selesai sapukan krim, Taehyung lekatkan kapas yang agak besar dengan tape yang tersedia.

"Nak balut ke?"

"Tak yah la." Aku turunkan baju dan mengajak Taehyung turun. Kebetulan, yang lain pun baru sampai. Aku duduk di sebelah Jimin dan kepala aku lentokkan di atas bahunya sambil memeluk lengan Jimin.

"Hm Yoongi hyung, apa yang gempak sangat sampai ajak berkumpul ni?"

"Ayah Eunhwa nak jamin dia keluar dari penjara. Dan kalau korang nak tahu, ayah dia jumpa aku."

Dahi aku berkerut.

"Kenapa?"

"Dia ugut aku untuk bersihkan rekod Eunhwa dan dia rasuah aku duit."

"Hyung! Kau terima ke?!" Taehyung mula tak senang duduk. Ini yang susah kalau ada ayah kaya ni. Memang senang la dia nak jamin Eunhwa keluar dari penjara. Dah tu boleh ugut Yoongi oppa duit pula tu.

"Taklah! Aku tak tergugat sikit pun."

Yoongi oppa regangkan tengkuk dia dan bersandar.

"Ni korang berdua bila nak kahwin? Sampai bila nak macamni?" Soalan dari Namjoon oppa membuatkan aku mengerling Taehyung.

"Jiyeon ni ha. Taknak kahwin dengan aku selagi parut dia tu tak hilang. Padahal aku dah tengok dari awal lagi." Aku berkalih memandang Jimin dan mengangkat kening.

"Entahnya. Tidur sebilik juga. Kahwin je la. Tak bagus buat macamni. Aku risau tau." Aku mencebik.

"Nanti la bincang tarikh." Jawabku dan mereka mengangguk. Bukan apa, bergelar isteri nanti aura dia lain macam. Lagi-lagi bila dah lama sangat kami berjauhan. Sekarang duduk dengan dia rasa biasa je.

Sebabtu aku nak parut aku hilang dulu baru kahwin. Siapa je taknak sempurna sebelum kahwin kan? Biar dia tengok parut aku tak puas-puas sebelum aku jadi isteri dia.

"Cerita Eunhwa ni macam mana?"

"Itulah aku tak tahu. Masuk la seribu kali pun ayah dia tetap akan jamin."

Aku pejam mata.

"Aku pergi jumpa diorang." Semua memandang Taehyung.

"Dengan Jiyeon." Aku mengangguk setuju. Lagipun aku pandai psiko orang. Lagi-lagi orang yang bermasalah macam Eunhwa. Sebab, dulu waktu sekolah sampailah aku masuk universiti aku jadi pengerusi kelab psychiatric.

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now