Semi Special

1.8K 232 183
                                    

"Kau pergi hideout tu hati-hati pandang kiri kanan depan belakang." Aku pejam mata dan hela nafas.

"Aku pergi hideout naik kereta bukan jalan kaki." Jimin ketawa dan tubuh aku dipeluk. Aku kerling Jihyun yang baring di tengah-tengah Eunchae dan Jaemin.

"Jaga anak aku tau."

"Ya, jangan risau. Kau tu sampai sana nanti telefon aku." Aku mengangguk. Aku berjalan ke arah kak Aehyun dan tubuhnya aku peluk pula.

"Ni, kak Aehyun dah bekalkan makanan. Bila-bila berhenti la makan. Roti ada nasi pun ada." Aku tersenyum dan mengangguk. Aku pergi pula pada Jihyun, Jaemin dengan Eunchae. Ketiga-tiga mereka aku cium.

"Jihyun, jagakan Eunchae untuk aunty okay?" Jihyun mengangguk. Aku bangun dan keluar dari rumah. Aku lambai Jimin dan kak Aehyun sebelum berangkat pergi. Harini, aku nak jumpa Taehyung.

Sepanjang perjalanan, sangat membosankan. Hideout diorang tu jauh sangat. Dah la jauh tersorok pula. Aku terfikir apalah Taehyung buat dekat situ seorang diri dah dua hari ni.

2 hours later.

Sampai sahaja di hadapan rumah tersebut, aku regangkan tengkuk. Fuh. Aku dail nombor Jimin terlebih dahulu.

"Jiyeon, kau dah sampai ke?"

"Ha dah. Diorang dah tidur?"

"Dah, aku tengah tidurkan Eunchae ni. Susah betul dia tidur."

"Itulah Eunchae suka tidur lambat. Sorry lah."

"Takpe. Kau pergilah jumpa Taehyung. Bye bye."

"Bye."

Aku keluar dari kereta dan berjalan ke pintu utama sambil membawa makanan yang kak Aehyun bekalkan.

Aku masukkan kod nombor yang Jimin dah bagitahu waktu aku nak datang tadi.

Dan aku masuk. Aik gelap je? Aku cari suiz lampu dan buka. Beg serta kot dan letak di sofa. Aku pandang sekeliling. Mana Taehyung? Tiba-tiba aku terdengar dengusan seseorang dari dapur. Aku berjalan ke dapur.

"Taehyung." Aku bergegas ke arahnya. Taehyung tengah tekup dahi. Aku pandang mula apa yang ada dalam kuali. Ya Tuhan, dah hangus telur goreng dia buat? Aku terus tutup api dan kipas asap yang berkepul.

"Sini." Aku tarik Taehyung duduk. Dahinya aku kerling.

"Kena minyak ke dahi awak ni?" Soalku dan Taehyung mengangguk. Aku mencari kotak first aid di dalam almari. Aku bawa ke meja dan aku cari krim. Aku selak rambutnya dan sapu krim tersebut. Ada dua bekas.

"Tahan rambut ni." Taehyung akur dan rambutnya ditahan. Aku pula ambil plaster mini dan lekatkan pada dahi dia. Aku simpan semula first aid tadi dalam almari dan duduk di hadapan Taehyung.

"Ni, kak Aehyun bekalkan makanan. Awak nak saya panaskan tak?" Taehyung menggeleng malah terus dicapai chopstick dan makan. Aku tersenyum nipis. Aku bangun dan ambilkan air untuk Taehyung.

"Lepas makan saya nak awak cerita dekat saya benda betul." Taehyung mengangguk. Aku turut menjamu selera.

Selepas beberapa minit kami makan, aku mengemas terlebih dahulu sementara Taehyung menunggu aku di ruang tamu. Aku berjalan mendekatinya dan duduk bersila di atas sofa bersebelahan Taehyung.

Taehyun raih tangan aku dan digenggam erat. Aku membalas pegangan tangannya sambil tersenyum. Taehyung nampak stres membuatkan mata aku menghasilkan air mata.

"First, saya nak minta maaf sangat sebab buat awak macamni Jiyeon. Saya terpaksa sangat-sangat. Saya taknak bahayakan keluarga saya." Aku mengangguk faham.

[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now