Aku tutup pintu kereta sebaik sahaja Jiyeon selamat masuk ke dalam kereta. Sekarang baru pukul 5 pagi tapi kami dah nak bergerak ke hospital sebab Jiyeon cakap dia tak boleh tidur dan tak sedap hati.
Aku masuk ke tempat pemandu dan berkalih memandang Jihyun yang tidur di atas riba Aehyun. Aku usap rambutnya dan menghidupkan enjin kereta.
Sampai sahaja di hospital, Jiyeon ditempatkan di bilik persendirian untuk bersalin. Doktor cakap bukaan tak ada lagi jadi Jiyeon takkan bersalin lagi. Cuma sakit tu dah mula terasa jadi mungkin harini juga Jiyeon bersalin.
Aku berdebar sebab ini kali pertama Jiyeon nak hadap benda ni. Aku memeluk bahu Aehyun yang sedang tidurkan Jihyun disofa.
"Sayang nak makan apa-apa? Saya boleh turun pergi kafe." Soalku dan Aehyun menggeleng. Kami berdua mengerling Jiyeon yang sedang tidur.
"Saya risau, Jimin."
"Saya pun risau sangat. Tak boleh bertenang dada ni sebab risau." Aehyun memeluk pinggang aku dan belakang aku diusapnya. Kami berjalan mendekati Jiyeon. Segala wayar-wayar yang ada diperutnya membuatkan aku resah.
Bunyi degupan jantung bayi pun berdebar semacam je. Aku usap rambut Jiyeon. Kesian dengan adik aku. Sepatutnya sekarang Taehyung yang teman dia, tenangkan dia dan bagi semangat.
"Saya chat diorang dalam group tadi. Hoseok cakap dia datang kejap lagi dengan Jungkook. Yang lain sibuk sikit mungkin datang lambat."
"Awak tak nak bagitahu Taehyung ke benda ni?"
"Bagitahu pun dia boleh buat apa je sayang? Dia nak datang sini ke pagi-pagi buta ni semata-mata nak tengok—"
Bibir aku dikepit Aehyun. Aku memandangnya pelik.
"Berapa kali saya cakap, jangan cakap buruk pasal Taehyung. Dia kawan awak Jimin." Aku mencebik. Aku geram la, mana boleh nak duduk diam je lepas apa yang dia dah buat dekat Jiyeon.
"Sekurang-kurangnya sebelum ni kalau dia dah rasa yang dia tak boleh terima adik saya, bagitahu dan bercerai awal-awal. Bukan layan Jiyeon sebab simpati sampai jadi macamni. Dia takpe la tak terasa sa—"
"Park Jimin." Aku mengemam bibir.
"Sayang, sekali je. Awak dengar je la saya membebel eung? Siapa nak dengar bebel saya kalau bukan awak?" Aehyun menggeleng.
"Saya nak dengar benda baik je yang keluar dari mulut awak. Awak cakap tak baik saya sumbat penumbuk ni kang." Aku tersenyum lebar dan pipinya aku cium bertubi-tubi.
"Sayang tengokkan dia sekejap. Saya nak turun beli kopi. Nak hilangkan mengantuk. Awak nak apa-apa tak?"
"Coklat."
"Saya rasa la, anak kita ni gilakan coklat sebab awak asyik makan coklat je kerja!" Aku cium bibirnya dan keluar dari wad Jiyeon. Aku berjalan ke lif dan turun ke tingkat bawah. Kedai serbaneka yang ada dekat situ aku masuk.
Selesai membeli, aku keluar semula dan berjalan nak masuk ke dalam lif. Tapi nama aku dilaung membuatkan langkah aku terhenti. Jungkook dengan Hoseok hyung dah sampai. Awal betul.
"Jiyeon dah bersalin ke?" Aku menggeleng kecil sambil masuk ke dalam lif. Aku tekan tingkat 5 dan pintu tertutup.
"Belum lagi. Dia tengah tidur sekarang. Dia punya tu tak terbuka jadi dia tak boleh bersalin lagi. Korang tak kerja ke?"
Kami keluar dari lif dan menuju ke bilik persendirian Jiyeon. Aku dah sedia maklum dengan pihak hospital nak bilik besar sebab kami ramai. Jadi sebabtu aku pilih bilik persendirian.
"Aku cuti harini. Saja ambil off day kebetulan sangat sebab adik kau nak bersalin." Aku mengangguk faham. Aku pandang pula Jungkook.
"Ambil cuti emergency." Aku ketawa. Macamlah bini dia yang nak bersalin. Masuk sahaja wad Jiyeon, kami duduk di ruang yang tersedia meja dan sofa disitu. Bilik ni memang besar, jadi takdelah nampak sempit sangat kalau yang lain datang.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] Mr Perfect% [ COMPLETE ]
RomanceOld title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit pun boleh jadi manis kan ? Tapi mesti akan ada terselit rasa kelat , To join MR PERFECT PREORDER, do...