_ 2 - J A N J I -

548 47 28
                                    

"Kenapa semua orang kalut ni? Raf?" Lengan Rafeez ditarik. Tangan sebelah lagi ligat mengedit gambar yang baru diambil. Mata masih tertancap atas skrin.

"Cukuplah Faris. Kalau muka pecah tu, tak boleh cantum balik dah. Cubalah kau tolong kitorang cari budak perempuan yang hilang tu." Rafeez merampas I-phone6 dan memasukkannya ke dalam beg sandangnya. Mata dijegil geram kepada Faris.

"Yelah! Aku cari. Kalau aku jumpa dia terlebih dahulu daripada korang, kau belanja aku makan untuk satu bulan. Hah! Ada berani ke?" Faris mengejek. Kotnya ditanggalkan dan disangkut pada kerusi yang didudukinya tadi.

Lengan kemeja putih disingsing hingga ke siku. Senyuman sinis terukir di bibir. Hujung kanan bibir terjungkit ke atas. Dia pasti dia dapat melaksanakan misi semudah kacang ini.

"Beres. Aku janji. Malah, aku akan tambahkan ganjaran. Belanja kau semua makanan yang sedap sampai meleleh air liur kau nanti. Kalau kau mula datang awal kerja. Boleh?"

Faris menghulurkan tangannya. Mereka berdua berjabat tangan mengesahkan perjanjian berlisan itu. Kemudian mereka berpelukan. Belakang badan masing-masing ditepuk tanda persaudaraan mereka yang utuh. Sebaik saja pelukan dileraikan, Faris berjalan meninggalkan Rafeez. Langkahnya menuju ke kawasan yang jauh daripada set penggambaran.

"Faris! Tunggu aku!" Rafeez mengekori Faris yang makin laju dan hampir lesap daripada pandangan.

"Eh? Kenapa ikut aku?" Bulat mata Faris tak puas hati.

"Nanti dengan kau pula yang hilang. Kalau kita pergi sama-sama, kita boleh survive walaupun sesat." Rafeez cuba meyakinkan sahabatnya merangkap majikan yang tak bertauliah.

"Kau yakin ke boleh survive? Tapi tak apa. Dalam hutan belantara macam ni, kita tak boleh cakap besar tau. Tak elok. Oleh itu, moh le kita mencari budak itu." Faris memaut lengan Rafeez. Sengihan lebar ditayangkan.

Tak semena kepala Faris ditonyoh. "Kau fikir kau hensem?"

"Dengki. Muka aku macam Jung Hae In. Kau?" Faris tergelak kecil. Suka benar dia menyakat Rafeez.

Agak jauh mereka masuk ke dalam hutan bagi meneruskan misi pencarian.

"Apa nama budak tu?" Tanya Faris.

"Eton."

Faris mengangguk faham. Dia berdehem beberapa kali sebelum menjerit, "Eton! Eton! Kau kat mana? Semua orang tengah cari kau ni!"

Mulanya Rafeez buat muka terkejut. Namun selepas melihat usaha Faris, dia pun turut melaungkan nama Eton.

Dalam hatinya berharap semoga pencarian mereka berjaya.

***

"Argh! Syaf. Telefon polis. Biar mereka teruskan pencarian. Hesy... macam mana korang buat kerja? Budak tu hilang pun korang tak perasan!" Pengarah Khairi mengamuk. Semua pekerjanya dicerlung tajam. Tiap kali bertembung mata, akan ada sabungan kilat memancar. Marah betul dia.

"Hah! Itu dia!" Jerit salah seorang pekerja di situ. Telunjuknya menunjukkan ke satu arah di belakang van produksi. Seorang kanak-kanak perempuan muncul dengan botol air mineral di tangan. Dia meneguknya rakus. Kelihatan dahaga sekali anak kecil itu.

"Eton! Eton pergi mana? Puas kami cari. Nafas pakcik ni dah tersekat-sekat tau tak. Risau cari kamu." Pengarah Khairi mendekati budak itu.

"Ma-maaf pakcik. Saya tertidur di belakang van. Lepas tu ada nyamuk. Jadi saya masuk dalam beg selimut. Bila dah dahaga, saya bangun nak minum air. Err... lepas tu, saya dengar orang panggil Eton... Eton. Tak tahu pula yang saya hilang." Panjang dan sayu Eton bercerita. Dia agak takut sebenarnya mendengar tengkingan Pengarah Khairi tadi.

"Hah. Tak apalah. Sekarang kita mulakan penggambaran. Semua! Bersiap. Eton pergi salin baju dan mekap sikit dengan Akak Didi." Pengarah Khairi mengarah anak buahnya. Dalam benaknya teringatkan seorang lagi pelakon di bawahnya. "Faris! Mana Faris?"

Semua orang berpandangan sesama sendiri. Ke mana pula mamat acah kacak itu?

"Dia ke arah sana dengan Rafeez. Mungkin nak cari si Eton." Syaf menunjukkan ke arah hutan tebal. Set penggambaran mereka tidak lah jauh ke dalam hutan. Jadi, apa saja di dalam sana mereka tidak tahu. Bahaya atau tidak. Benar-benar di luar pengetahuan mereka.

Pengarah Khairi mengurut kepalanya yang pusing. Satu masalah selesai, datang pula masalah lain.

"Telefon Rafeez!"

"Ada line ke dekat sini?"

"Cubalah dulu! Argh! Menyusahkan!"

Skrip tebal dihempas ke atas meja. Boleh diserang sakit jantung lelaki tua ini.

***

Ada getaran dirasakan dalam beg sandangnya. Rafeez menggagau telefon Asus berwarna Rose Gold dan dibawa keluar. Nama Syaf muncul pada skrin. Dia cepat-cepat angkat. Maklumlah, sudah dikira satu keajaiban apabila terdapat rangkaian di sini. Hujung matanya mengerling Faris yang bercekak pinggang masih melilau mencari.

"Hello? Syaf?" Ucap Razeef.

"Wei ... kau ... na? Ba ... ni. Eton ... pun." Percakapan Syaf putus-putus saja.

"Apa kau cakap? Tak faham!" Jerit Rafeez.

"Bal ... la. Ka ... pa ... ton." Bagitahu Syaf lagi.

Dada Rafeez turun naik. Dia tak faham!

Tangannya mengangkat memberi isyarat kepada Faris. Mahu lelaki itu mendekatinya. Langkahnya ke sana sini cuba mencari line yang lebih kuat. Telefon diangkat tinggi. Talian tadi juga dah terputus.

Mata asyik tertumpu pada bar di bahagian atas skrin. Berharap ada perkembangan. Namun notifikasi Emergency Calls Only yang muncul. Kadang-kadang No Service.

Rafeez lantas mendongak mencari kelibat Faris. Dia berpaling ke kanan dan kiri. Kemudian berpusing ke belakang. Tiada. Faris tiada. Jantungnya berdegup laju. Sekarang dia menjadi bingung. Adakah dia atau Faris yang sesat?

Peluh merenik di dahi. Dia risaukan si Faris. Nombor Faris yang sudah melekat dalam ingatan ditekan pantas. Dia ingin mencuba nasib dengan menelefon Faris.

Angkatlah Faris... Angkatlah. Harapnya ada rangkaian di sini. Tolonglah....

"Argh!" Dia lantas mematikan panggilan. Urat lehernya menegang. Liur diteguk kesat. Esofagusnya dirasakan berpasir saja. Bibir bawahnya digigit dan rahang diketap.

Dia lupa!

I-phone 6 Faris ada dalam beg sandangnya. Menyesal. Itulah perasaannya kini.

'Ya Allah... apa yang aku nak buat ni?'

Rafeez terduduk lemah. Dia bagaikan hilang punca. Rambut dicengkam hingga kusut.

Tak boleh. Dia perlu cari jalan kembali ke set penggambaran. Minta bantuan polis dan pencarian Faris berjalan. Eton? Ah! Baginya Faris yang menjadi keutamaan.

Kejamkah dia?

Macam mana?
Apa pendapat korang tentang bab dua?
Kalau ada yang perlu diperbaiki, jangan segan komen.
😊😄
Terima kasih kerana sudi membaca😉😉

Bicara SemalamWhere stories live. Discover now