_ 30 - FARIS IKRAM -

155 28 2
                                    

"Bagaimana kau mahu jadi jantan kalau menahan serangan si tua bangka seperti aku juga kau tidak mampu?"

Pak Kenit melirik ke arah pemuda yang sudah terlentang di atas tanah sebelum mencekak pinggang dengan tubuh yang mendada ke langit. Kempis hidungnya menghirup dalam udara segar.

"Alahai Pak Kenit ini. Dia lawan saya macam bergaduh dengan antagonis drama melayu. Habislah tubuh kacak saya kena tibai," adu Faris masih cuba menampung tubuh yang sudah tergolek bagai nangka busuk tadi. Debu tanah yang menyelaputi setiap inci kulitnya disapu sekadarnya.

"Begitulah anak jantan berlawan." Pak Kenit terus mengepal buku lima lalu dengan kelajuan cahaya ia ditujukan tepat ke wajah Faris.

Membuntang mata Faris dengan serangan itu. Telapak tangannya naik menghalang serangan daripada menyentuh wajah. Dek kalut mengelak tubuhnya menjadi tidak seimbang dan sesaat kemudian dia kembali bersatu pada tanah.

"Terbang tinggi lepas pagar, sayakan budak baru belajar." Mata Faris tegak menikmati keindahan langit bersama bibir yang melepaskan helaan kecil.

"Makan durian sampai lelah, Pak Kenit kenalah mengalah." Faris mencebik bibir kepada Pak Kenit yang merenungnya sambil menggeleng perlahan.

Lelaki itu menarik tangannya semula bagi menyimpan tenaga yang terkumpul pada buku limanya tadi. Jauh di dalam sudut hati, dia sudah berhasrat untuk mengeluarkannya semula apabila Faris sudah menjadi pemuda hebat seperti bayangannya dan sebagaimana harapan Tok Rantau.

Buat seketika, fikirannya melayang mengingatkan pertemuan dia dan Tok Rantau setelah lelaki itu kembali daripada Pulau Sena minggu lalu.

"Di dalam dada anak muda itu punya seribu keinginan. Matanya aku lihat menggetarkan seribu perasaan. Tubuhnya melenggokkan seribu ujian. Namun, jikalau tersadung dia melangkah, anak muda itu boleh kecundang di tengah jalan."

"Maksud kau apa, tok?"

Teh bancuhan isteri, dicicip perlahan oleh Pak Kenit. Wap yang masih berkepul menyinggah pada seribu kerutan di dahinya.

"Kelak kau tahu." Tok Rantau melirik ke arah Faris yang rancak berceloteh. "Aku sebenarnya berhajat mahu dia terus tinggal di sini bersama kau. Dalam pada itu kau ajar dan perturunkanlah segala ilmu yang kau ada kepadanya."

"Tok Rantau sudah banyak berjasa kepada orang-orang kampung ini. Jika menunaikan hajat itu mampu membalas jasa tok sudah tentu aku tidak keberatan. Malahan aku senantiasa berlapang dada untuk melakukannya."

Tok Rantau mengangguk kecil sebelum berkata, "cucuku perlu disegani dan masyhur orangnya. Biar derap langkahnya tegas menundukkan mata helang musuhnya. Biar bicaranya tajam membisukan lawannya. Biar tindak tanduknya menjadi butir bicara sejagat manusia."

"Namun, tidakkah kau merasakan harapan kau bagai menanti langit terbelah dua? Masakan mungkin sikapnya yang keanakan itu boleh megah mendabik dada?" Tersungging senyuman di bibir Pak Kenit di sebalik misainya yang agak tebal.

"Aku menggalaskaan tanggungjawab ini kepada kau, Kenit. Kau berikanlah secebis kepercayaan buatnya. Jangan patah semangat juang kau selagi tidak musuhnya menggeletar tubuh saat menatap kedua belah matanya."

"Meskipun begitu, aku masih tidak mengerti. Mengapakah harus begitu kau menentukan perjalanan hidupnya?"

"Aku hanya membuka jalan. Hanya Tuhan yang menentukan." Tok Rantau merenung dalam ke dalam mata hitam milik Pak Kenit. "Bukankah kau mengatakan kau akan menunaikan sahaja hajat aku?"

"Aku seorang yang berpegang pada janjiku, Tok Rantau. Diri ini hanya diburu rasa ingin tahu akan tujuan kau untuk semua itu. Bukankah dia hanya anak muda yang kau temukan sesat di Kampung Nyawa?"

Bicara SemalamWhere stories live. Discover now