_ 47 - LIRIK BERTUAH -

128 20 3
                                    

Amaran: Bab 47 terlalu cringe. Siapa nak skip boleh skip. Sebab aku terbitkan 3 bab hari ni. Ampun. Tak tahu laa aku fikir apa masa tulis ni 😂

***

Panik yang bermukim sepantas kilat membawa kaki Faris ke arah satu kelompok yang masih memekik. Anak mata ligat mencari. Tidak lain tidak bukan, Cempaka keutamaannya. Ikatan kain hitam yang menutup separuh wajah dikemaskan.

Jiwa yang dilanda badai mula berombak tenang. Seorang gadis yang terduduk dengan wajah lesu dirapatinya.

Belum sempat mendekat, Cempaka langsung mundur. Ada riak gementar yang gadia itu pamerkan.

Anak mata Faris tidak berkalih waima seinci tatkala dia menarik nafas dalam sebelum bersuara lantang, "apakah kalian tidak melihat bahawa budak laki-laki ini sudah parah benar kecederaannya? Segera bawakan dia pergi untuk dirawat!"

Jelas satu-persatu butir bicaranya di sebalik kain hitam yang menutup separuh wajah. Dia kemudiannya mendaratkan lutut kiri ke tanah di sisi Cempaka. Lengan menongkat pada lutut kanannya. Telapak kiri pula mencium lantai debu bagi seimbangkan posisinya saat itu.

Orang ramai yang seakan baru saja berjaga daripada lena terus bising mengarah sesama mereka untuk membawa budak lelaki itu sebelum sekitar itu mula lengang.

Faris melirik pada pakaian lusuh Cempaka yang sudah dipenuhi tompokan darah.

"Kau ada cedera ke, Cempaka?" bisik Faris.

Mata gadis itu terbuntang luas.

"Far ...."

Belum sempat nama itu disebut, Faris sudah menunjukkan jari telunjuknya ke bibir. Topeng

"Cepat. Orang istana sudah datang."

Cempaka mengerling pada satu susuk yang berhampiran mereka. Lagaknya seperti mengawasi sesuatu namun tegaknya tidak lama sebelum dia lekas beredar. Mampir sekadar menyampaikan pesan.

Pisau yang disisipkan di betis dikeluarkan oleh Faris. Bilahnya yang tajam mudah sekali memotong tali yang diikat pada pergelangan tangan Cempaka.

"Jom."

"Ke mana?"

"Ke pentas penentuan." Faris tersengih sendiri. "Genggam hujung tali itu dan ikut saya."

Hujung satu lagi melilit pada tangannya sendiri. Langkah seribu dibuka oleh Faris.

Dalam kemengahan, Cempaka hanya mengekori.

"Tangkap mereka!" Bergema satu pekan suara garau itu.

Menyusup di celahan orang ramai, Faris laju menapak ke sebuah pentas kecil di tengah pekan. Beberapa lelaki yang sedang melelong pakaian dilambai mesra olehnya.

"Pak cik, boleh saya guna tempat ini? Sekejap saja."

"Mengapa, orang muda? Kami sedang berniaga."

"Jangan risau. Saya borong semua barang jualan pak cik."

Lelaki yang agak kurus lingkungan separuh abad itu mengangguk sebelum berkata lantang, "kemaskan semuanya lekas."

Bicara SemalamWhere stories live. Discover now