_ 26 - S A M A -

192 33 0
                                    

"Faris. Apa lagi yang hendak kau tunggu?" laung Tok Rantau yang sudah merentas jambatan penghubung antara lantai jeti ke atas kapal.

"Kejap. Saya ... saya nak tunggu kawan saya," lantang Faris menjawab tatkala berpaling ke arah Tok Rantau untuk lima saat sebelum berpaling menghadap pusuan orang ramai.

"Jangan lambat. Atau kau kami tinggalkan saja!" Tok Rantau memberi amaran.

Faris tersengih gugup sambil mata masih melilau ke sana sini.

"Cepatlah," bisik Faris memohon.

Bibir bawah digigit. Dia risau juga sebenarnya. Sama ada orang yang ditunggu benar-benar datang atau dia hanya bergantung pada paksi harapan palsu sahaja.

Peluh dingin mula menjalar pada setiap inci kulitnya.

Hati dipujuk supaya bersabar tunggu untuk beberapa minit saja lagi.

Bunyi bising dari atas kapal membuatkan Faris mendongak ke belakang. Ramai anak-anak kapal sudah berjujukan membentuk barisan. Masing-masing mencerlung tajam ke arah Faris. Mereka dengan bersungguh-sungguh memaki Faris.

Faris menjadi serba-salah.

"Faris!" panggil Tok Rantau yang baru memunculkan diri dari celahan barisa anak-anak kapal. Dia mengisyaratkan Faris supaya bersegera.

Hendak tak hendak, dia terpaksa akur. Tidak mahu imejnya sebagai budak baru tercemar begitu saja.

Faris menapak menghala ke jambatan dengan keluhan yang berat. Pada langkah ketiganya, ada suara kecil memanggil Faris dari belakang.

"Tuan Faris!"

Melebar senyuman Faris. Dengan tergesa-gesa, dia berlari mendapatkan tuan empunya suara.

Dari lipatan lengan kiri bajunya, Faris mengeluarkan satu lipatan kertas. Ia digenggam kejap seperti merenjatkan segunung keikhlasan kepada objek tersebut.

"Eton sampaikan salam abang kepada kak Cempaka, ya. Kemudian berikan surat ini kepadanya. Jangan diberitahu kepada sesiapa, tau," pesan Faris.

Eton mengangguk kecil bersetuju. Kertas tadi disimpan kemas dalam genggamannya.

Kepala Eton diusap perlahan. "Terima kasih si peramal kenit yang bijak!"

"Selamat kembali, Tuan Faris."

Lambaian Eton yang bersungguh-sungguh mengiringi pemergian Faris. Saat bayang lelaki itupun sudah menghilang dari pandangan mata, Eton membuka telapak tangannya.

Surat kiriman Faris dipandang dengan senyuman kecil.

"Aku sudah tidak mendapatkan apa-apa mimpi berkenaan Tuan Faris semenjak dua tiga hari yang lalu. Aku sudah tidak bisa menebak sama ada Tuan Faris bakal kembali lagi atau tidak."

* * *

Persis pesanan Tok Rantau, Faris kentalkan hati tatkala dia disuruh membuat kerja tak henti-henti sejak saat sauh diangkat dan perlayaran bermula. Mengangkat kotak-kotak kayu dan berguni-guni barang dagangan ke bilik penyimpanan begitu melelahkan.

Naik turun tangga juga satu hal. Sudah banyak kali kakinya tersadung dek pandangan dihadang kotak yang dibawa.

Faris menarik nafas panjang ketika dia sedang berehat buat seketika di dalam bilik penyimpanan. Badan disandarkan ke guni yang telah diangkut. Kaki berlunjur senang menghadap anak tangga yang menuju ke bahagian atas kapal. Baru sahaja hendak melelapkan mata, dia sudah dijerkah oleh satu suara garau.

"Anak muda! Masih banyak barangan kami yang perlu engkau pindahkan ke sini. Tak usah engkau culas bekerja!"

"Nak rehat sekejap je. Nanti saya sambung. Janji."

"Dasar pemalas. Aku ini sewaktu muda seperti engkau dahulu tidak terfikir hatta sedetik berkenaan mahu tidurlah apalah. Aku hanya fikir kerja dan kerja sahaja. Engkau kami arahkan itu dan ini sedikit sudah melenting tidak ingat dunia!" bebel lelaki itu lagi.

Mata dikunci ke lantai. Tidak berani melawan, Faris zipkan mulut becoknya. Risau jika kata-katanya hanya akan menjadi bahan bakar api yang sedang marak.

"Kelak selesai memunggah barang, engkau naik ke atas dan bersihkan ruangan makan kami," lelaki itu sempat berpesan sebelum berpaling dan mendaki anak tangga untuk menyertai yang lain.

"Baik, tuan."

Keinginannya untuk tidur tadi hilang setelah disergah mengejut. Faris kemudiannya bangkit menuju bungkusan yang selalu dia kelek ke sana dan ke mari. Ia disimpan bersama barangan milik Tok Rantau.

Tali yang mengikat bungkusannya dibuka. Kotak kayu yang diberikan oleh Puteri Azalea tempoh hari dicapai. Sudah lama dia mahu membuka kotak itu namun hasratnya sering dipatahkan oleh kerja yang tak berkesudahan.

Lambat tangannya membuka penutup kotak kayu itu. Separuh hatinya dijerat perasaan bersalah dek menyelongkar barang peribadi bukan miliknya. Tapi kehadiran secebis anggapan bahawa dia perlu tahu info akan penerima kotak itu memaksa dia bertindak sebegitu.

Satu surat yang digulung diambil lalu diletakkan ke sisi. Tidak berminat untuk tahu apa yang dikupas di dalamnya. Beberapa perhiasan wanita seperti kerongsang berbentuk hati dan cucuk sanggul juga dia ambil lalu diletakkan bersama surat tadi. Apa yang menarik perhatiannya ialah sekeping kertas kayu yang agak tebal di bahagian dasar kotak. Kotak kayu terpaksa diterbalikkan bagi mengeluarkan isinya.

Faris tergamam buat seketika. Lama dia menilik gambar pada kertas kayu itu sebelum menghela nafas panjang. Serta-merta dia berdiri mencari tempayan yang menghadap matahari dalam bilik penyimpanan barang.

Kemudian hujung baju mengelap habuk pada tempayan yang dijumpainya. Pantulan wajah Faris pada dinding tempayan semakin jelas tidak lagi kekaburan. Lantas kertas kayu tadi diletakkan di sebelah imej yang dipantulkan tadi.

Sama.

Jantung mula berdetak tidak tentu arah. Sel-sel otaknya tidak mampu berhubung saat itu.

"Faris, kemari kau! Ada kerja yang Pendek Alang mahu berikan kepada kau. Naik ke dek kapal lekas!" panggil seorang lelaki di muka pintu.

Faris lantas menyimpan kertas kayu tadi di bawah pelipat lututnya. Dia kemudiannya mendongak ke belakang memandang lelaki itu sebelum mengangguk perlahan.

* * *

Setelah dua minggu genaplah perlayaran mereka ke Tanah Herwin atau dikenali juga sebagai Kepulauan Melaka. Sebegitulah apa yang dikhabarkan oleh Tok Rantau kepada Faris.

"Tanah Herwin? Kenapa pelik namanya tok? Kenapa tak letak Tanah Tuah ke, Tanah Lekir ke, Tanah Mahsuri ke. Kan nampak kemelayuannya tu."

"Shh! Jangan disebut nama mereka di sini. Orang kata nama orang-orang masyhur itu punya sakti. Lebih sakti jika kau berada di tanah duduk tinggalnya mereka! Lagipula kita ini orang asing. Mahunya penduduk di sini marah dek mulut kau, Faris," balas Tok Rantau saat turun daripada kapal dan menuju ke jeti.

Faris diam menggigit jari sahaja. Entah kenapa hatinya bagai dicucuk jarum yang sakit dan pedih tatkala Tok Rantau mengelaskan mereka sebagai orang asing di Kepulauan Melaka. Tok Rantau mungkin ya, tapi dia tidak.

"Umi, Faris dah balik. Rindu," bisiknya perlahan. Dada yang mula rasa sebak ditepuk beberapa kali.

"Tok. Kita nak ke mana?" soal Faris tatkala Tok Rantau laju saja menyusup masuk antara pusuan orang di jeti.

Namun, tidak aneh juga kerana dia sudah punya banyak kenalan dan sudah arif dengan selok belok di kawasan ini.

"Mahu bertemu sama Ketua Kampung Jangok. Kau ikut sahajalah. Nanti kelak kita bertemu sama orang yang kau cari itu."

Faris turut mempercepatkan langkah bagi menyaingi kelajuan kaki katik Tok Rantau. Semacam lipas kudung saja lelaki itu berjalan.

Bicara SemalamWhere stories live. Discover now