_ 46 - KALAU BUKAN DIA, SIAPA? -

143 21 0
                                    

Melihat Ghani yang masih mempamerkan kerutan di wajah, Faris menyambung tenang, "garis masa kewujudan aku dah cukup celaru sekarang. Dan aku bersedia untuk jatuh sedalam manapun sebab aku ... tak ada apa untuk dipertaruhkan. Juga tak ada yang menjadi asbab untuk aku berhenti di saat ini."

"Maaf kerana tiada aku mengerti akan bait bicaramu. Aku hanya ingin menekankan perihal bahayanya keputusan melulu kau ini."

Bahu Ghani ditepuk perlahan.

"Bahaya?" Faris menuruni anak tangga sambil menggeliat kecil. Dia berpaling ke arah Ghani semula yang masih tegap berdiri di anjung rumah. "Aku sanggup redah selagimana ia membuka peluang untuk aku bertahan hidup."

Faris kemudiannya langsung tegak menghadap anjung sambil mencekak pinggang. 

"Kau tahu tak?" Dia menyoal.

Beberapa pasang mata oleh anak silat yang lain termasuk Ghani sendiri terus ditala ke arahnya. Masing-masing menantikan lanjutan bicaranya.

"Watak paling serius yang aku pernah lakonkan adalah sebagai ketua gangster tau. Kalau setakat lawan orang jahat noob, In sha allah aku menang."

Faris mendabik dadanya seolah bangga.

"Apa gang ...?" Bulan yang sedari tadi mendengar menyoal.

"Noob?" Ulang Paan yang duduknya di sisi Bulan dengan mata menjuling ke atas seakan berfikir akan sesuatu.

Kali ini meledak tawa Faris sehingga senak perutnya. Entah mengapa wajah bingung mereka menggeletek tangkai hatinya. Tubir yang bergenang diseka dengan ibu jari.

"Usah disaratkan kepala kalian dengan kata-kata Ikram. Bukan kalian tidak mengetahui akan keanehannya itu," ujar Ali seraya menyisipkan sebilah parang ke pinggangnya.

Faris menghabiskan sisa tawanya sebelum pandangan seriusnya lurus menerkam Ali. "Dah siap? Daus?"

"Sudah siap, Ikram. Tapi ... apa kau benar bertenaga? Wajah kau itu masih pucat lesi aku lihat." Daus muncul di sebelah Ali.

Mereka beriringan menuruni anak tangga penuh segak dan kemas menuju Faris yang berdiri di tengah halaman.

"Kenapa semua orang nak prihatin sangat ini? Aku okey. Penatlah nak ulang benda sama banyak kali ini."

Bibir Faris menggerenyot dengan pakej julingan mata ke atas.

Ali lantas mengerling Daus sekilas. Dia mengisyaratkan sesuatu kepada lelaki itu dengan ekor matanya.

Dan dengan serta-merta, Daus meluru ke arah Faris dan dengan selamba dia melayangkan kaki kanan tepat pada wajah Faris.

Tidak pula melenting, Faris sepantas kilat melenturkan tubuh sendiri ke belakang. Tangan pula cekap menangkap layangan kaki Daus di udara dan kemas sekali digenggamnya. Kaki itu langsung ditarik tinggi dan menyebabkan Daus hilang imbangan.

Akhirnya lelaki itu tertiarap mencium tanah. Kaki yang terapung tadi kemudiannya menghempas bumi setelah dilepaskan daripada cengkaman Faris.

"Nampak tak? Aku okay!" Faris mengangkat kedua-dua belah tangannya di paras dada masih cuba meyakinkan temannya yang lain.

Tangan yang dihulurkan buat Daus disambar pantas lelaki itu untuk bangkit. Baju Daus yang dikotori debu tanah ditepuk Faris dan ditiup berkali-kali olehnya.

"Maaf, Daus."

"Itu hanya serangan kecilku buat kau kerana kau masih belum sihat sepenuhnya. Andai berpeluang, aku ingin bertemu dengan kau di dalam gelanggang," pinta Daus dengan sengihan kecil di bibirnya.

Bicara SemalamWhere stories live. Discover now