_ 49 - KERANA RASA BINASA -

107 18 0
                                    

"Esok pagi aku akan bawa Cempaka ke satu tempat."

"Kita akan ke mana?"

"Rahsia."

Cempaka melirik senyum. Dia menoleh sekilas Faris di sisi.

"Sekarang kau sudah banyak bersedekah, kan?"

"Maksud Tuan Faris?"

"Sudah rajin tersenyum."

"Iya. Kerana hamba tidak mahu membiarkan satu saat pun berlalu tanpa kenangan manis yang tercipta antara kita, tuan."

Jantung Faris yang awalnya berlari anak kini mula berdegup seperti sedang memecut ke satu destinasi di awang-awangan.

"Dan kau juga sudah pandai berkata-kata."

"Bukankah setiap peluang dan waktu yang ada itu dijolokkan dengan gelaran emas? Sesuatu yang begitu bernilai dan berharga. Lagipula hamba tidak tahu siapa antara kita yang akan meninggalkan noktah terlebih dahulu di hayat ini."

Faris terdiam sejenak. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.

"Jadi kalau macam itu, boleh aku katakan sesuatu? Sebelum noktah itu wujud menjadi titik perpisahan yang kita sendiri tak pasti?"

"Silakan."

"Ana uhibbuka fillah." Faris tersengih lebar.

"Maksudnya?"

"Saranghae."

"Maksudnya?"

"I love Cempaka so much."

Kali ini melebar senyuman Cempaka. "Ertinya?"

"Saya lelaki kacak."

"Usah berbohong."

"Hanya akan bercakap benar jika Cempaka berkata, I love you too."

"Dan tidak sama sekali hamba akan berkata begitu." Meruncing mata Cempaka ke arah Faris.

Terkekeh Faris ketawa melihat reaksi Cempaka.

"Oh, iya! Macam mana Cempaka baca surat yang aku bagi, ya? Pernah belajar membaca? Ia bukan tulisan jawi. Sebelum ini pun Cempaka pernah speaking, kan? Acah berahsia pula masa itu."

"Hamba menuntut bersama tuanku permaisuri sedari kecil. Apa yang diajarkan kepada baginda permaisuri, hamba juga menumpang tadah ilmunya."

"Maksud aku, aku menulis guna huruf erm ... yang versi orang putih." Faris menggaru dagunya yang tidak gatal saat cuba mencari istilah yang sesuai untuk kefahaman Cempaka. "Bukankah kau orang guna jawi ekoran ada hubungan diplomatik dengan Kepulauan Melaka yang menggunakan tulisan jawi pengaruh kedatangan Islam di sana?"

"Iya, seluruh Indera Kara menggunakan tulisan Jawi. Hamba juga belajar perihalnya. Dan sepertimana Faris bilang sebentar tadi, huruf orang putih itu juga kami berdua belajar perihalnya."

Bicara SemalamWhere stories live. Discover now