_ 54 - ADA APA DENGAN DIA? -

129 17 4
                                    

"Ke mana janjimu yang mahu membawa kepada beta pemilik sebilah pisau itu?" Tenang suara Jamil bertanya.

"Ampun, tuanku. Tiada patik mungkir. Patik punya permasalahan sebelumnya tetapi janji tetap janji yang harus terlaksana, tuanku," ujar Faris dengan rahang diketap rapat.

Dia meronta apabila merasa lemas dengan tindakan Laksamana Warih mencengkam kedua belah bahunya dan memijak kasar belakang pelipat siku memaksa dia melutut di hadapan sultan.

"Di mana bukti janjimu? Bawa dia menghadap beta."

"Jikalau patik membawanya ke mari, apa kurnia tuanku kepada patik? Patik tidak memberi andai tidak menerima."

Jamil mencarik senyuman sinis. Kedua belah tangannya bertaut ke belakang tubuh. Tubuhnya tegap berdiri di hadapan Faris.

"Apakah yang berhajat di hati?"

"Benarkan patik melaksana apa yang tergendala. Lelaki yang akan dibawa akan menjadi orang suruhan patik sehingga tercapai apa yang tertunda."

Jamil mendekat. Lutut kanannya menyentuh lantai di Balairong istana itu. Bibir merapat ke cuping telinga Faris seraya berkata, "sungguh murni hajatmu, wahai pemuda. Bukankah untungnya berpihak kepada beta. Pulang kau bertangan kosong sahaja. Apa tidak mengapa?"

Mata Faris tertunak pada wajah Azalea yang berkeluh kesah di singgahsana.

"Hidup dua kerajaan akrab bersama. Tiada salah patik berjasa. Lagipula, izinkan patik menebus khilaf tempoh hari kerana tidak patik tahu gadis bersuara merdu itu rupanya insan yang tidak tuanku mengurniakan ampun," ujar Faris mendatar. Dia kemudiannya berbisik, "pengkhianat belum bercerai jasad dan nyawa. Tidakkan tuanku bersusah hati? Panglima tuanku tidak berjaya, oleh itu izinkanlah patik mencuba."

Faris mengerling ke sisi menangkap riak keruh di wajah Jamil. Raut yang sememangnya dia harapkan.

Jamil mencengkam kuat bahu Faris sehingga kukunya sengaja dibenamkan ke kulit lelaki itu.

"Apakah anak buah Bedul membocorkan perihal itu?" Dia membisik keras ke cuping telinga Faris.

Dengungan bualan para menteri yang perhatian mereka hanya kepada si pemerintah dan pemuda entah dari mana usulnya itu tidak menggugah perbualan Jamil. Apa yang sedang dibicarakan lebih menjadi keutamaannya kala itu.

Apabila Faris berdiam diri, dia menyambung, "Bawakan kepada beta pemilik pisau itu esok hari."

"Pernahkah dia datang menghadap tuanku memohon diperlanjutkan waktu untuk menghunus pisaunya ke perut pengkhianat itu?"

Faris meneguk liur usai melontarkan soalan yang ingin benar dia ketahui jawapannya.

Jamil lantas berdiri.

"Sepertinya kau tahu banyak, ya. Jawapan beta tiada. Tiada pernah bertemunya." Jamil membuang pandang ke arah Laksamana Warih dari hujung mata sebelum menurunkan titahnya, "lepaskan pemuda ini. Andai dia berhajat menghadap beta, khabarkan segera."

"Menjunjung titah, tuanku."

Laksamana Warih melepaskan dengusan kasar sebelum menolak tubuh Faris. Rasa geram yang memuncak dalam dada dipendam sahaja.

* * *

"Faris, perlahankan langkahmu. Ada hal yang ingin beta perkatakan."

Bicara SemalamWhere stories live. Discover now