Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Walau pernah berbeza
Langit dan udaraTangan Aqilah tercari-cari di mana 'pemusnah' mimpi indahnya sebelum menjumpai telefon pintar samsung miliknya di bawah bantal. Kemudian, dia mematikan alarm itu dan menyambung tidurnya yang terganggu.
Setelah lima minit berlalu,
Well , I found a girl beautiful and sweet
I never knew you were the someone waiting for me
Cause we were just kids when we fell in loveAqilah mencapai telefonnya dan mematikan alarm tersebut daripada terus berbunyi.
"Okay, kau menang! Aku kalah... puas hati? Aku bangun then pergi kelas tambahan ye. Setiap pagi bising je tahu! tapi... bukannya aku yang set ke? lepas tu marah alarm pulak. Sabar jelah ye alarm sebab dapat tuan yang tak bertauliah macam aku ni." Inilah rutin Aqilah setiap pagi apabila dia sepatutnya cuti tetapi terpaksa menghadiri kelas tambahan.
Usai mandi dan menunaikan solat subuh, Aqilah turun ke bawah dan terus menuju ke dapur. Dia melihat ibunya, Puan Haslinda sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.
"One!"
"Two!"
"Baaaaa!!"
"Oh mak kau nak kahwin lagi dengan Haji Dollah jongang!" latah Puan Haslinda.
Terkekek-kekek Aqilah ketawa mendengar ibunya melatah menyebut nama Haji Dollah, jiran belakang rumah mereka. Hahahaha lawaknya mak ni!
"Ouuhhh, kantoi! Mak nak kahwin dengan Haji Dollah tu! Tapi kan, takde orang lain ke mak? Banyak lagi pakcik hot kat luar sana tu." Aqilah memang membangkang kalau maknya hendak berkahwin dengan jiran mereka itu. Bukannya Aqilah tak tahu yang Haji Dollah tu playboy tua walaupun gigi orang tua itu tak menawan, hihihi. Sempat lagi mengutuk orang.
"Kau ni! Terkejut mak. Kalau ada sakit jantung, dah lama mak gol tau! Lagi satu, takde maknanya mak nak kahwin dengan buaya darat tu. Cukup-cukuplah mak ni kena cerai disebabkan perangai tak semenggah ayah kau tu." kata Puan Haslinda yang sudah serik untuk berkahwin lagi.
"Mak! kan orang dah cakap, jangan ungkit lagi pasal lelaki tak guna tu. Kita hidup berdua je sampai bila-bila. Aqilah dah biasa dah takde ayah. Tak ingin pun nak ada ayah lagi. Kita kan kuat. We can do it, mom! Hehehe." Aqilah nekad untuk tidak membuka ruang mana-mana lelaki masuk ke dalam hidupnya lagi kecuali datuknya sahaja.
"Dah, jangan bebel. Jom makan nasi goreng ni. Nanti atok datang nak hantar pergi sekolah kang tak sempat nak makan pulak." Puan Haslinda bersyukur kerana ayahnya sudi hendak menolongnya membesarkan Aqilah dan Azihah.
"Mana angah, mak? Takkan tak bangun lagi. Tahulah cuti. Janganlah tunjukkan kegembiraan dapat tidur lama kepada orang yang tengah sedih sebab tak cukup tidur." kata Aqilah sambil mengunyah nasi goreng dengan cepat kerana risau atoknya akan sampai.
"Biasa lah adik kau tu, kalau matahari tak tercongok atas kepala mana dia nak bangun."
Aqilah segera menghabiskan nasi goreng apabila mendengar bunyi hon kereta.
"Tu atok dah datang tu. Nasib baik dah habis makan."
Aqilah pantas ke arah singki mencuci pinggan dan sudu sebelum bersalaman dengan ibunya. Dia mencapai beg sekolah dan terus meluru masuk ke dalam kereta.
"Semua dah cukup eh? Takde tertinggal barang?" tanya atoknya, Encik Usman.
Aqilah mengangguk kecil. Kereta itu meluncur laju menuju ke sekolahnya yang tak jauh mana pun. Al-maklumlah manja tapi balik pandai pula jalan kaki. Itu pun sebab ibunya sibuk bertugas di hospital sebagai nurse.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...