Aqilah merenung tali begnya yang diikat bersama dengan beg Zariel. Dia seakan teringat sesuatu.
Baru sahaja dia ingin meleraikan ikatan tali itu, ada tangan lain yang menindih tangan kanannya. Kepala ditoleh ke sebelah. Pandangan mereka bersatu.
"Kau ingat sepuluh tahun yang lepas? Saat aku cakap yang aku akan ikat kau dengan tali perkahwinan? Aku dah tunaikan."
Aqilah terkedu. Jantungnya mula mengepam laju. Dia mengetap bibir. Cepat-cepat dia leraikan pegangan tangan.
Bibir Zariel mengukir senyum. Segera dia mengangkat begnya dan kepunyaan gadis itu.
Mata Aqilah membulat. "Eh, tak payahlah bawakan. Aku tak suruh pun." Dia memprotes.
Melihatkan Zariel yang tidak memberi reaksi apa-apa, dia pantas mengambil dua gulung khemah. Sekurang-kurangnya, ada juga benda yang dia boleh bawa.
Zariel merampas kedua gulungan khemah itu lalu diletakkan di bahunya.
Pandangan tidak puas hati dihalakan kepada Zariel. "Tak berat ke? Tak apa, biar aku bawa." celah Aqilah.
"Jangan risau, sayang. Lagi berat masa atok suruh abang lari tiga kilometer bawa tiga guni geras dengan dua plastik penuh berisi sayur." Zariel berkata sambil tersenyum sinis. Sengaja mahu mengenakan gadis itu.
Aqilah ternganga saat mendengar panggilan sayang dan abang keluar dari mulut Zariel. Wajahnya merah menahan malu.
"Eii apa abang sayang? Aku risau beg aku jatuh lepas tu ada barang pecah ke apa je!" Aqilah mencebik. Segera dia berlari mengejar langkah Wani yang laju berjalan di hadapan.
"Smooth brader." puji Hafeez.
"Tengoklah siapa yang berbicara." kata Zariel bangga.
"Eleh, habis yang sampai gaduh ni kenapa pulak?"
"Aku yang salah. Tak fikir sebelum cakap."
"Aku pun sama. Habis tu nak buat macam mana eh?"
"Eh mana ada sama. Kau je yang cakap tak fikir." Zariel menyindir.
"Tak guna."
"Hmm, dah lama tak jumpa kau ni, aku perasan yang kau punya kepandaian dah berkuranglah."
"Sejak terperangkap dalam cinta Wani, otak aku pandai subjek bagaimana memikat hati si dia je."
Zariel membuat muka. Pantas, dia berjalan laju menuju ke tapak perkhemahan meninggalkan Hafeez yang sedang berpuitis.
"Woi, tunggulah aku!"
.................................................
"Disebabkan Aqilah pro dalam memasak, penyediaan makanan tengahari diserahkan kepada anda. Yeay, tahniah." Mini menepuk tangannya.
"Oh, pandai kau eh? Takkan aku seorang je. Tolonglah."
Irfan menyiku perut Zariel manakala Aakil mencuit bahagian lengan. Wani berdehem.
"Aku tolong kau."
Aqilah menoleh memandang Zariel. Lelaki itu sedang tersenyum lebar ke arahnya. "Tu... angkat kotak-kotak tu. Elok-elok bawa. Dalam tu ada makanan."
Zariel berlari ke arah kotak yang ditunjukkan oleh Aqilah. Dia dengan gembiranya mengikuti langkah isterinya dari belakang.
"Hmm, dah hilang macho si Zariel tu. Yang ada, Zariel yang terencat akal masa zaman sekolah dulu." kutuk Irfan.
Pap! Kepala Irfan dipukul kuat oleh Azwa. Kan dah kena! Ada ke cakap kawan sendiri terencat akal!
Irfan menggosok kepalanya. Sakit!
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Roman pour AdolescentsHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...