Hafeez melihat Zariel di sebelahnya. Wajah Zariel tidak kelihatan sebarang garis atau kedutan menandakan dirinya dalam keadaan tenang. 'Aik , aku tak tahu jawapan soalan nombor tiga belas, dua puluh dua dengan tiga puluh empat. Dia tahu ke? Relax semacam je.'
"Okey, masa dah tamat! Dah-dah, berhenti jawab. Hantar kertas jawapan. Tunggu sini, cikgu check jawapan dengan future wife cikgu." ujar Cikgu Zaf sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk di sebelah Cikgu Husna. Cikgu Husna menayangkan muka menyampah sambil menyemak kertas jawapan Zariel.
Cikgu Husna menanda kertas Zariel dengan bersemangat. 'Lagi satu soalan je dan Zariel dapat 100%! Dan... okey! Zariel dapat 100% jadi... betul tekaan aku. Zariel bukannya tak pandai tapi pura-pura je.' Cikgu Husna menutup kertas jawapan Zariel dan mencatatkan 100% di muka hadapan kertas itu. Matanya tidak henti-henti memandang Zariel yang sedang melihat pemandangan di luar tingkap.
"Hafeez dapat 88%. Zariel dapat berapa?" bisik Cikgu Zaf perlahan.
Cikgu Husna tidak menjawab pertanyaan 'bakal suami tidak jadinya itu' tetapi dia tersenyum puas. 'Maafkan cikgu ye Hafeez, soalan ni memang susah sebab ni untuk Zariel sebenarnya.'
"Kitaorang dah tanda, ada seorang je yang dapat 100% dan dia yang akan jadi mentor Aqilah. Pelajar tersebut ialah... Zariel Firdaus."
Zariel tersenyum kecil. Cikgu Zaf dan Cikgu Husna terkedu melihat senyuman itu. Sepanjang mereka mengajar, tidak pernah pula Zariel menunjukkan senyumannya. Nampaknya, Aqilah memang special di hati Zariel.
"What? Saya tak percayalah dia boleh dapat 100%! Cikgu tak pelik ke budak yang tak lulus semua subjek boleh betul semua soalan? Dia meniru!"
"Eh mana ada Zariel meniru. Kan cikgu ada kat sini tengok kau orang berdua dari mula test sampai habis. Sesaat pun cikgu tak alihkan pandangan tau demi menegakkan keadilan anak bangsa!" Cikgu Zaf bangga dengan dirinya yang menggalas gelaran pengawas peperiksaan terbaik pada tahun lepas. Jadi, mustahil lah untuk Zariel menipu semasa test.
Hafeez berjalan ke meja Cikgu Husna dengan perasaan tidak puas hati. Dia mengambil kertas jawapan Zariel dan dirinya kasar. Helaian demi helaian disemak dan dibandingkan.
"Cikgu! Soalan nombor tiga belas ni, boleh pulak guna cara Zariel! Cikgu takde ajar pun jawab macam ni."
Cikgu Zaf melihat jawapan Zariel. Dia cuba untuk memahami jalan kerja itu. "Cikgu terima jalan kerja ni. Jawapan pun tepat. Sebenarnya, Math ni tentang penyelesaian masalah. Tak penting pun, kita guna cara apa asalkan kena dengan teori dan jawapan tepat. Thats why, cikgu selalu cakap Math ni senang sangat nak dapat markah."
Cikgu Husna memandang Cikgu Zaf dengan kagum. Kadang-kadang, Cikgu Zaf ni cool juga! Dia menundukkan wajahnya dan tersenyum kecil.
"Dah, kau orang berdua boleh balik kelas. Cikgu nak pergi kelas Hafeez, nak bagitahu pasal perubahan mentor mentee ni." tutur Cikgu Husna sambil mengemas barang-barangnya.
Hafeez terus keluar dari perpustakaan dan melangkah laju menuju ke kelasnya. Zariel pula hanya tersenyum manis sambil membayangkan saat-saat dia mengajar Aqilah nanti. Hatinya sangat gembira.
....................................
Tok
Tok
Tok"Cikgu, ada cikgu!" jerit Iman.
Semua mata tepat memandang ke arah pintu. Ada juga pelajar yang ketawa mendengar ayat pelik Iman.
"Kak Ain, saya nak jumpa Aqilah, Hui Min dengan Adam sekejap, boleh?" tanya Cikgu Husna lembut.
"Hui Min, Aqilah, Adam. Tu Cikgu Husna nak jumpa."
Hui Min, Aqilah dan Adam keluar dari kelas. Aqilah merasakan jantungnya berdegup laju. 'Siapa agaknya yang menang? Hafeez ke Zariel?' Sempat Aqilah bertanya di dalam hati.
"Hui Min dan Adam belajar dengan Hafeez. Aqilah pulak belajar dengan Zariel tau."
"Zariel yang menang? Serious ke?" tanya Aqilah dengan nada menjerit.
Hui Min dan Adam menahan ketawa melihat wajah cemberut Aqilah.
"Iye, Zariel dapat full mark. Cikgu mana ada nak main-main. Nanti kau orang belajar dengan mentor masing-masing. Time Math je, semua yang terlibat pergi library. Pelajar lain, belajar dengan cikgu."
"Cikgu Husna, saya taknak dengan Zariel. Please, cikgu! Dia tu macam psycho tau!"
"Argh, tak bolehlah macam tu. Saya dah janji dengan Zariel dan Hafeez. Zariel tu... nampak sangat sayang kat awak. Untung Aqilah. Hehehe." usik Cikgu Husna.
'Tidak! Kenapa jadi macam ni!' jerit Aqilah di dalam hati.
.....................................
"You... you taknak masuk library ke? Kenapa you asyik jalan sini jalan sana?" Hui Min bertanya kepada Aqilah. Dia pelik melihat Aqilah yang mundar-mandir di hadapan pintu perpustakaan.
"You masuk dululah. Erm... I tiba-tiba rasa pintu perpustakaan ni cantik. I nak suruh mak I buat pintu rumah macam ni." Aqilah pura-pura menilik pintu di hadapannya. Dia merasakan debaran di dada. Dia berasa tidak tenang kerana tidak ingin belajar berdua dengan Zariel.
Hui Min tergelak mendengar kata-kata Aqilah sambil menggeleng kepalanya perlahan. Dia tahu dan faham apa yang Aqilah rasa bila nak berjumpa dengan orang yang kita tak rapat, perempuan lah katakan. Suka sangat overthinking... tetapi kes Aqilah lain sebab Zariel suka dia.
"Okey, I masuk dulu tau. You jangan lari masuk kelas pula." ujar Hui Min sebelum melangkah masuk ke dalam library.
Akal Aqilah mula berfikir bukan-bukan. Mulutnya terkumat-kamit menyuarakan apa yang berada di benak fikirannya.
"Kalau Zariel hilang sabar ajar aku lepas tu dia tengking aku, macam mana?"
"Kalau Zariel geram then dia pukul aku, apa aku nak buat?"
"Kalau Zariel cucuk mata aku dengan gunting sebab aku dah nak tertidur belajar Math nanti aku dah takde mata!"
"Apa kata, aku sembunyi kat tandas je. Lagi bagus sebab..." Kata-kata Aqilah terhenti apabila mendengar suara seseorang yang berada di belakangnya.
"Saya boleh je masuk tandas perempuan, dukung awak, bawak masuk library."
-Jangan lupa vote plus komen tau ! 😊-
Hai readers , sis nak cakap thank you sangat2 sebab cerita ni dah lebih 1k views ! Yeayy ! Okay , kalau korang perasan , sis dah tukar cara penulisan cerita ni dan sis akan edit bab2 sebelumnya. Sorry , sis mengalami writer block ! Takleh nak type hahaha . Bab ni sis cuba juga dapatkan idea sbb IzzIman_27 ni rindu Zariel hehehe . Anyway , kalau kat rumah sis ada library mcm dlm gambar atas tu , mmg sis tidur kat situ terus hahaha . Okay , bye ! 😄
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...