Kantoi

4.3K 225 16
                                    

Aqilah menatap Zariel dengan pandangan tajam. Dia menarik nafas kemudian dihembuskan perlahan. Nasiblah lelaki di hadapannya itu sudah sah digelar suami. Kalau tidak, memang habis dia kerjakan.

"Apa pandang-pandang? Abang tahu abang hensem."

Gaya mahu muntah dipamerkan. "Encik Zariel Firdaus sedar tak apa yang encik dah buat?" Kedua belah tangan dicekak ke pinggang.

"Sedar tapi Puan Nur Rania Aqilah sedar tak yang saya nak lindungi isteri saya?"

"Tapi perlu ke encik pecat pekerja yang dah lebih 10 tahun bekerja kat sini?"

Tangan Zariel mencapai salah sebuah fail di atas mejanya. Dia membaca laporan tentang hasil jualan makanan Cafe Eternal Love.

"Wow untung dari dapur lima bertambah lagi bulan ni. Tahniah cef Aqilah. Saya nak bagi ganjaran ni. Nak tak?"

Aqilah merampas fail di tangan Zariel. Dia meletakkan fail itu kembali ke atas meja. Wajah suaminya ditarik supaya menghadapnya.

"Zariel! Saya serius ni. Kenapa buat macam tu? Wanda takde buat salah besar jadi tak payahlah sampai pecat dia. Dia dah lama sangat kerja sini jadi normal kalau dia tak sukakan saya sebab saya dah rampas jawatan sekretari tu dulu dari dia. Lagi pula, dia sebenarnya dah lama sangat sukakan awak. Dia peminat sejati awak. Saya boleh faham kenapa dia jadi macam tu. Mestilah sakit kalau orang yang kita suka layan kita buruk. Dia tak tahu pun kita berdua dah kahwin."

Badan Aqilah diterbalikkan. Kini, gadis itu pula yang bersandarkan meja kerja. Mata mereka berdua bertembung.

"Aku paling tak suka kalau ada orang sakitkan kau walaupun hanya dengan kata-kata. Siapa dia nak hina kau? Kau segalanya bagi aku. Aku akan jaga kau sampailah aku dah tak bernyawa. Dia silap oranglah cari pasal dengan kau. Aku pernah sia-siakan 10 tahun hidup aku tanpa kau. Bila aku dah dapat kau, aku takkan biarkan sesiapa sakitkan kau lagi."

Perasaan terharu menyerbu di hati Aqilah. Pantas suaminya dipeluk erat. "Janganlah marah. Saya tahu abang sayang saya. Abang kan Thor saya. Saya minta maaf eh sebab tak faham apa abang rasa."

Zariel melepaskan pelukan. Dia menyamakan ketinggian dengan Aqilah. Hidung isterinya ditarik sederhana kuat sehingga kemerahan.

"Auch." Aqilah menggosok hidungnya.

"Jangan buat lagi. Aku taknak tengok kau diam je orang hina kau. Aku taknak kau bela orang yang berniat jahat kat kau. Paling penting, aku nak kau panggil nama aku kuat-kuat bila kau hadap situasi macam ni lagi. Faham?"

Aqilah mengangguk faham. Tangan Zariel ditarik lalu digoyangkan perlahan. "Saya tak bersedialah nak bagitahu semua orang. Bagi saya masa sikit lagi eh?"

"Nur Rania Aqilah!" Zariel mendengus perlahan.

"Alaa bolehlah. Zariel? Bolehlah eh?" Aqilah mengerdipkan kelopak matanya ke arah Zariel.

"Hmm tapi kalau jadi lagi benda macam ni, aku tak teragak nak buat pengakuan biar sampai satu dunia tahu kau isteri aku."

Tawa Aqilah meletus. "Iya nanti kita bagitahu satu dunia ye."

Zariel menarik senyum. Marahnya tidak akan kekal lama kalau melibatkan gadis di hadapannya. Aqilahlah racun dan dia juga penawar.

.......................................................

"Jom pergi makan kat restoran yang baru buka tu nak tak?" ajak Elina.

"Ada jual apa je?" tanya Ridhwan.

Elina menatap menu di telefon pintarnya. "Weh ada offer hari ni! Makan lima orang percuma satu. Cukuplah kita berenam."

Raudhah mengambil telefon pintar Elina. "Wuu macam sedap je. Okeylah akak nak ikut."

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now